Isnin, 9 Disember 2013

My Baby Bucuk Ahmad Zafran Mohd Ramzan

Semoga Tuhan terus memberikan kekutan dan ketabahan kepada Sweet Tulip dan My Little Bucuk dalam menghadapi ujian dari Yang Maha Esa. Inilah ujian yang paling berat dan paling besar dalam hidup ST setakat ini. Terima kasih Ya Allah kerna menguji hamba-Mu ini. 

Kehilangan My Baby Bucuk-Ahmad Zafran membuatkan ST hampir hilang semangat. Sesuatu yang amat ST dan MLB nanti-nantikan hanya bersama kami selama 9 bulan sahaja dan kembali kepada Pemilik asalnya. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga ST dan MLB yang memberikan semangat dan sokongan kepada ST dari mula kehilangan sehingga kini. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kami. 

Kini hampir 3 bulan pemergian Zafran. ST lebih tabah menghadapi kehidupan seharian tanpa Zafran. ST bersyukur kerana dikurniakan MLB yang sentiasa sabar dan tabah melayan ST dan redha atas kehilangan anak kami. Semoga Allah terus memberikan kami peluang untuk memiliki cahayamata seterusnya. 

Thanks a lot pada sahabat yang berkongsi pengalaman sendiri, kata-kata semangat dan doa yang dikirimkan kepada kami. Buat sahabat yang masih keliru dengan ST, inilah cerita sebenarnya. ST selamat melahirkan seorang bayi lelaki bernama Ahmad Zafran Bin Mohd Ramzan pada 23.September.2013 pada 10.32 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Bayi kami telah meninggal kerana lemas dan di kebumikan di Petaling Jaya.   

Semoga kami diberikan terus kekuatan dan ketabahan meneruskan kehidupan tanpa Zafran. Seindah namanya Ahmad Zafran "Kejayaan Yang terpuji", Zafran sentiasa di hati kami. 
Alfatihah

Ibu dan Papa sentiasa akan sayang dan rindukan Zafran

   

Jumaat, 19 Julai 2013

Berbuka di Zam-Zam Cafe & Satay Club

Masih tak terlewat rasanya untuk Sweet Tulip ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah ini membawa barakah dan hikmah yang besar kepada kita semua.

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia nie, aktiviti berbuka puasa bersama keluarga tercinta merupakan agenda utama dalam aktiviti bulan puasa ST walaupun tahun nie ST dah dapat berpuasa. Setelah berbincang2 dengan pakar makan a.k.a kaki makan keluarga ST iaitu Kak Ngah Faizah, kami akan berbuka puasa di Zam-Zam Cafe & Satay Club di Damansara. Boleh click Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk tengok info selanjutnya.

Pada asalnya kami nak balik berbuka puasa di Seremban tapi last minit My Little Bucuk ada tugasan di Johor Bahru, terpaksalah tukar plan. Setelah mendapatkan confirmation dari seluruh adik-beradik, kakak dan abang ipar ST di Melaka tak dapat balik berbuka. Maka Emak ST dan Ujang(adik lelaki ST) yang akan ke KL untuk berbuka di sini.

Okay ST sharekan gambar-gambar yang sempat diambil oleh Ujang dan Kak Ngah Faizah. Emak dan ST banyak duduk jer sebab tak larat nak melawat kawasan. Sebelum ke lokasi berbuka, kami sempat bershoping sekejap di Mahnaz Food, Seksyen 26 Shah Alam. Murah2 dan menarik sungguh. Sangat memberikan inspirasi baru dalam menghasilkan menu masakan yang baru.

Nie enterance Zam-Zam Cafe & Satay Club
Lokasi Zam-Zam Cafe & Satay Club mudah untuk dicari. ST kurang familiar skit dengan kawasan nie tapi Cafe nie boleh nampak dari tepi highway. Boleh cliks Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk mengetahui lokasi sebenar. Pasti tak sesat mencarinya. 

Antara menu buffet untuk berbuka Nasi Beriyani, Murtabak dan Kari ayam
Sebenarnya ada banyak menu makanan yang disajikan. Semuanya sedap-sedap belaka dan berbaloi dengan harga pakej Ramadhan Buffet yang dikenakan. Sekiranya datang berbuka di sini, boleh call untuk tempahan. Nak walk-in Ramadhan Buffet pun boleh tapi lau tak dapat masuk tu pasrah jer lah yer coz ramai family yang datang berbuka di sini.  

Antara menu yang ST suka waktu berbuka di sini adalah Kambing Golek. Memang terbaiklah. Tambah lagi ST memang sukakan kambing. Makan beriyani dengan kambing lagi sedap dari makan dengan kari ayam atau gulai daging. Murtabak pun sedap, tak berminyak dicicah dengan gravy dari kambing golek, perghhh...memang terbaik!

Dessert Bubur Kacang Hijau, Buah-buahan dan Asam Jeruk
 Untuk manisan atau pencuci mulut, ada bubur kacang hijau yang pekat dan sedap. Rasa pun tak de lah manis sangat, sesuai dengan tekak orang berpuasa. Ada jugak disediakan ABC. Tapi ST tak berani makan coz dah rasa skit jer pun dah rasa manis betul. ST kan kena kawal gula..huhuhuhu

Air Katira & Sirap bandung Selasih, Kuih-Muih, Mee Rebus, Rojak dan Soto
Bagi sesiapa yang tak nak makan nasi, boleh makan menu sampingan yang lain. Antara makanan yang diambil oleh Ujang dan Kak Ngah faizah adalah soto, mee rebus dan rojak. Semuanya sedap2 belaka. Kak Ngah Faizah puji kuah soto yang memang terbaik. Minuman panas turut disediakan seperti nescafe dan teh tarik. ST suka dengan teh tariknya. Memang sedap!  

Suasana santai untuk rehat-rehat selepas berbuka. 
 Sebenarnya banyak seksyen/ruangan di Zam-Zam Cafe & Satay Club nie. Ada ruangan santai untuk lepak-lepak sambil layan Shisha dan boleh main pool di ruangan bawah. Jangan keliru, Shisha tak termasuk di dalam pakej Ramadhan Buffet yer. begitu jugak dengan Dessert Bar, juga tidak termasuk dalam pakej.

Dessert Bar nie tak termasuk dalam pakej Ramadhan Buffet yer. 
 Harga Ramadhan Buffet di Zam-Zam Cafe & Satay Club seperti berikut :
Dewasa : RM 38.00
Kanak-kanak : RM 19.50

Wajah-wajah kesayangan ST

 Suasana di sekitar ruangan Ramadhan Buffet.   
Ini ruangan untuk Ramadhan Buffet. Santai dan selesa
Ade satay corner untuk peminat satay. Satay ada 2 jenis pilihan iaitu satay ayam dan satay kambing. Satay sedap dan mesti cuba bagi penggemar kambing. Satay bersaiz besar-besar. Macam saiz satay kat Satay Station tu. So tak perlu amik bebanyak sebab makan skit pun dah kenyang tambah lagi bulan puasa nie kan.
Terima Kasih layanan yang amat baik dari pihak pengurusan
Kemudahan di sini amat baik. Toilet bersih dan kemas. Uniform pekerja pun menarik coz mereka pakai jersey bola satu club nie. Sorry ST lupa, tapi memang suasana baik dan layanan pekerja pun bagus. Boleh datang lagi lain kali.

Jumaat, 21 Jun 2013

Bubur Nasi Berlauk Kampung Baru

Huiii..lame sungguhlah Sweet Tulip tak meng"update" blog! Semenjak pregnant nie memang malas sungguh nak menulis. So hari nie paksa skit jejari menaip dan edit2 skit gambo(letak watermark jer pun). Malam tadi Mak dan 2 adik ST iaitu Ujang dan Qynet datang ke KL melawat ST sekeluarga dan Kak Ngah Faizah. Setelah berbincang2 dengan pakar dan kaki makan family kami iaitu Kak ngah, kami bawak mak makan Bubur Nasi Berlauk di Kampung Baru. ST pernah dengar pasal Bubur Nasi Berlauk Kampung Baru nie tapi x pernah cuba dan tak tahu lokasinya di mana. So kami just follow Kak Ngah dan Mr. Badang ke lokasi makan-makan setelah semua berkumpul di Dataran Merdeka. 

Bila sampai jer kat kedai tu, rupa2nya sebelah sahaja dengan Restoran Chop & Steak yang selalu kami pergi. Selama nie parking jer kat sebelah kedai tu tapi x pernah pun tahu ade jual bubur nasi berlauk coz namer kedai tu tulis Johan Tomyam. So memang tak sangka ada jual bubur nasi berlauk. Setelah dapat meja, kami terus order air dan pilih2 lauk untuk makan dengan bubur nasi. Memang meriahlah meja tu dengan makanan sampai naik pening nak makan lauk maner satu dulu coz banyak sangat pilih lauk...huhuhuhuhu.

Penuh meja dengan makanan. memang kaki makan sungguh.
Antara menu lauk yang kami pilih adalah daging kicap, sayur lobak masin, telur masin, ikan masin, cendawan masak taucu, somtam dan kerang rebus. Banyakkan?! Tak ke pening nak pilih maner nak makan dulu. Tapi ST tetap maintain makan maner yang terliur kat tekak nie dulu iaitu somtam. Alhamdulillah, ST kekenyangan sesangat. Mujur masa hari siang ST tak amik nasi, so bila makan bubur nie x lah sesak sangat perut ST. My Baby Bucuk pun riang gembira biler dapat makan macam-macam. 

Ujang dan Qynet berjuang menghabiskan makanan

Time kasih Kak Ngah dan Mr. Badang coz belanja

Emak ST kurang sihat jadi kurang selera nak makan
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan makanan.
Jadi tak membazir!
MLB yang semakin naik badannyer semenjak ST pregnant sebab
selalu jadi mangsa untuk habiskan makanan ST
Okay, sesiapa nak cuba makan bubur nasi berlauk nie boleh cuba. Kena pandai mix and match lauk supaya sedap jer rase bubur tu nanti. Harga boleh tahanlah dan banyak pilihan lauk. Ada banyak kedai yang jual bubur nasi berlauk nie so kena pandai pilih kedai dan makanlah dengan berhemah serta jangan membazir. 

Jumaat, 7 Jun 2013

SuP IkaN MeRaH

Sup Ikan Merah memang sedap! Masa Sweet Tulip kecik2 dulu selalu jugak makan sebab Arwah Abah ST memang sukakan sup. ST belajar makan ketam pun bermula dengan makan sup ketam. Mudah kata Arwah Abah punya selera selalu sama dengan selera kami adik-beradik yang masih kanak-kanak. Ditambahkan lagi Emak ST yang memang cekap memasak dan sedap masakannya, memang ST bulat dan comel semenjak kecik lagi.

Malam tadi ST masaklah sup ikan merah sebagai makan malam. My Little Bucuk belikan ikan merah segar ketika kami ke pasar malam seksyen 7, Shah Alam. Memang kami dah lama teringin nak makan sup ikan merah nie tapi selalunya saiz ikan merah yang dijual terlalu besar dan terlalu banyak plak untuk kami. Bila jumpa saiz yang sedarhana dan segar, tak berlengah lagi MLB terus sambar dan minta ST masakkan.

Sup Ikan Merah ST & MLB
Berikut cara nak sediakan Sup Ikan Merah. Ini cara ST sediakan, tak tahulah macam maner orang lain buat. ST sediakan dengan cara mudah dan ringkas jer.

Bahan-bahan :
Ikan merah saiz sedarhana - 1 ekor (siang dan bersihkan)
Ubi kentang  - 3 ketul (potong ikut suka)
Lobak Merah - 1 batang (potong ikut suka)
Bawang Putih - 2 ulas (ditumbuk hancur)
Bawang Merah - 3 Biji (ditumbuk hancur)
Halia - sebesar ibu jari (ditumbuk hancur)
Sup Bunjut - 1 bunjut
Lada Hitam dan Lada Sulah
Kiub Ayam Knorr - 1 ketul (Tak nak masukkan pun boleh)
Minyak masak untuk menumis
Daun Bawang - untuk lebih aroma menyegarkan

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan yang telah disiang. Kalau boleh kepala ikan dibelah dua supaya lebih mudah untuk dimakan nanti.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk hancur. Bila dah naik bau, masukkan sup bunjut, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika sehingga kentang dan lobak merah agak masak.
3. Masukkan air 2 cawan dan biar sup mereneh sebentar. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk hitam serta kiub Ayam Knorr. Masukkan juga garam dan biarkan sebentar.
4. Setelah sup siap, masukkan ikan merah dah biarkan selama 5 minit. Setelah sup dan ikan merah serasi dan sedap, masukkan daun bawang. Tutup api dan biarkan sebentar sebelum dihidangkan.
5. Jangan reneh ikan terlalu lama kerana isi ikan merah adalah sangat lembut dan mudah hancur sekiranya direneh terlalu lama di dalam sup.

Selamat mencuba semua. Malam tadi MLB makan dengan penuh selera dan tak puas katanya. Okay, next time boleh buat lagi sebab dah jadi makanan kegemaran MLB plak!

Rabu, 22 Mei 2013

ToKaK iBu to bE : BriYanI MaK JaH

Okay, lama sesangat dah tak menulis dalam blog nie. Sesungguhnya kemalasan tu berjaya menguasai ST dari menulis...huhuhuhu. Alhamdulillah, ST dah masuk trimester kedua dan kesihatan ST dan baby semakin baik. Keinginan nak makan macam2 pun kembali semula dan macam biaselah tekak ibu mengandung nie, semuanyer tak kena. 

Hari nie ST lunch lambat sebab tunggu customer pick up kad mereka. Dah setel urusan dengan customer, cepat2 cucuk insulin dan berjalan ke kedai nak tapau makan. Dari satu kedai ke satu kedai ST pergi, lauk dah banyak habis dan ada yang ST tak berkenan. Amboi !!! Dah lah setakat membeli jer, macam-macam kerenah yer ST nie. Lama ST tak pergi ke Restoran Mak Jah dekat2 dengan opis nie sebab jauh skit nak jalan. Alasan semata-mata! Sebenarnya dekat jer tapi ST malas, blok sebelah jer sebenarnyer tapi sebab time lunch selalu panas, so tapau kat kedai dekat2 jer.

Tengok2 lauk untuk nasi campur tak menarik so order Nasi Briyani Mak Jah. Dalam hati nie berharaplah supaya sedap. Kang tak pasal2 nasi tu MLB yang kena makan petang nanti. Macam biasa lau masa makan nie(semenjak peregnant nie lah kan), MLB memang selalu jadi tukang habiskan makanan ST. Thanks MLB sebab tolong habiskan makanan ST dan macam biasa jawapan MLB "terima kasih membesarkan dia lagi". Hahahahahaha!

Bungkus pun cantik. Berbaloilah membayarnyer!

ST pilih Nasi Briyani Daging Mak Jah. Sedap nasinya.
 So far okaylah nasi briyani daging Mak Jah nie. Berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan. Papadom pun ranggup, tak lemau macam tempat-tempat lain tu. Cuma ST tak berapa nak berkenan sangat dengan dalcanya, so x makan pun dalca tu. Amik kuah kari daging tu jer wat rencah supaya St tak tercekik. Kat sini ada macam2 menu so saper2 tak suka briyani boleh order menu lain. Orang pun ramai so ST pilih yang paling cepat dan sedap supaya boleh makan  cepat2.

Pakej lengkap dengan acar mentah/rampai, dalca & kari daging yang banyak.

Jemput makan yer!
Restoran Mak Jah nie ada banyak cawangan, so bolehlah cari di lokasi paling dekat dengan tempat masing2. Menu pelbagai, rasa pun okay dan harga berpatutan.

Sabtu, 30 Mac 2013

Thanks to My Silent Reader!

Assalamualaikum semua. Thanks a lot pada pembaca-pembaca yang masih rajin singgah sekejap kat blog Sweet Tulip yang dah lama tak update apa2 citer. Dulu bukan main rajin bercerita macam2 ek, la nie dah senyap jer plak kan. Okay, ST nak share skit dengan silent reader semua yang ST x berapa nak sihat. ST sakit buatan orang. Buatan Orang? OMG!!!? Bukan orang lain pun yang wat tapi My Little Bucuk lah! Okay, gurau jer.

My Baby Bucuk In The Making
Alhamdulillah, ST dah mengandung 3 bulan. Sejak pregnant ST kurang ada mood nak menulis skit. Maybe My Baby Bucuk tak suker menulis kot. Tapi ST still suka membaca blog2 kawan2 yang lain. So Senyap jer lah blog ST nie. Thanks sgt2 sebab masih rajin click dan baca blog ST walaupun tak ade ape update pun lebih dari sebulan. 

ST kurang sihat sebab kena kencing manis di awal kehamilan. So memang berita yang sangat2 mengejutkan buat diri ST. Now ST dalam proses untuk recover semula semangat dan try untuk terima dengan positif ujian atas ST. Buat kawan2 di luar sana, jagalah makan sebaik mungkin yer. Jangan jadi macam ST- asyik cerita pasal makan jer kan! Tiap2 hari ST menangis sebab susah nak terima dan adapt pertukaran corak hidup kepada kehidupan dan pemakanan yang lebih sihat. Selain risau sesangat tentang gula dalam darah dan baby, ST juga seolah-olah macam fobia dengan nasi dan lauk-pauk. So itu bukan suatu yang bagus yer semua. Minda kena positif yer!

Minta tolong rakan2 semua doakan ST dan baby sihat sejahtera dan doakan kami terus kuat semangat untuk survive until delivery time. Biar pun ST x tahu sape pembaca blog ST tapi ST gembira sebab masih ada yang sudi berikan sedikit perhatian pada diri ST. Bila ST tengok peningkatan pembaca, ST rasa macam ada sokongan yang kuat dari kawan2 semua. Thanks a lot My Silent Reader! 

Rabu, 20 Februari 2013

Saripah Exciden : Jari Kaki Tersepit Kat Escalator!

Masih ingat Saripah, kucing Sweet Tulip? Saper2 tak kenal dan tak ingat saper Si Saripah nie boleh rujuk kat SINI. Pagi tadi Saripah melepak betul-betul kat depan escalator nak naik ke tingkat atas. So orang nak gunakan escalator pun susah sebab Si Pah nie dah melepak kat situ dan tak mahu beralih. ST masuk opis macam biasa dan biarkan jer Si Pah kat situ. 

Dekat-dekat pukul 10 pagi, terdengar Si Pah mengiaw-ngiaw sambil berlari dari escalator. ST cuba nak ambil Pah tapi Pah tetap cuba larikan diri. Mujur ada kengkawan kat situ, Roy tolong pujuk Si Pah. Lepas Roy berjaya pujuk dan dukung Pah, kami periksa jari kaki Pah dah patah dan berdarah sebab tersepit kat escalator. Kami cepat-cepat ambil tisu dan Roy carikan minyak gamat untuk rawat luka Pah. Sambil Roy letak minyak gamat, ST cari dan call veterinar yang terdekat untuk rawat jari kaki Pah. Mujur Klinik Haiwan di Seksyen 6 dah buka dan doktor pun ada. So kami pun terus bawak Pah ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Dah balik dari klinik, biarkan Pah rehat dulu. Pasni baru sekolahkan die!

Doktor tak bagi Pah jilat, tapi Si Pah nie jilat jugak kakinya.
 Kat klinik, doc kata kena buat surgeri coz takut tulang dalamnya rosak. Another alternatif ialah bagi injection antibiotik, cuci luka dan sapu krim. Disebabkan coast untuk surgeri agak mahal, ST pilih amik injection dengan ubat jer. Doc pun rawat Pah dan ST kesian tengok Pah sakit masa kena cuci luka kat jari kaki. ST buat apa yang ST mampu jer. InshaaAllah, selagi kita berusaha akan ada jalan dari-Nya. Doc berikan juga ubat makan untuk bengkak dan luka kaki Pah.

Waktu nak ambil ubat, doc tanya ape nama Pah. Hahahaha ... ST segan2 nak sebut, last2 Roy cepat2 cakap nama sebenar Pah Sharifah. Wawww !!! Doc pun terkejut. Kelas kau Pah! Huhuhuhuhu ...... Doc pesan bagi ubat dan sapukan krim pada luka di jari kaki Pah. 

Merajuk dan mengantuk selepas kena sekolahkan. Terus tido!

Nie kaki Pah yang tersepit kat escalator tu.
 Doc pesan supaya buatkan kon untuk elakkan Pah jilat luka die tu, tapi Pah degil tak mahu pakai. Dan paling geram Si Pah nie sedaya-upaya menangggalkan kon tu dari leher die. Berjaya plak tu. ST x nak paksa so ST biarkan Pah wat ape yang dia rasa selesa. Salah seorang kengkawan kat opis pun kata x letak kon pun tak per. Coz air liur kucing ada penawar sendiri.

Dah buatkan kon untuk elak Pah jilat kakinya tapi Pah berjaya tanggalkan
jugak dari leher die. Tak selesa lah tu.
ST harap kaki Pah cepat sembuh dan tidak melarat sehingga perlu disurgeri. Biarlah Pah cepat sembuh dan jangan lagi dah nak main2 kat escalator. Kesian tengok Pah menahan sakit dan sememangnya Pah tak pernah sakit melainkan sakit beranak dulu. ST sayang Pah! Semua orang kat sini sayangkan Pah. Cepat sembuh yer dan jangan nakal-nakal! 

Selasa, 19 Februari 2013

Ketam Masak Telur Masin

Ketam Masak Telur Masin? Pernah makan tak? Tekak Sweet Tulip nie asyik nak makan macam-macam dan lain dari yang biasa. Google2 lah mencari masakan untuk ketam, tetiba terjumpalah plak resepi Ketam Masak Telur Masin. Resepinya nampak mudah dan menarik. Dengan tak tahu macam maner rasa masakan tu, ST pun cubalah buat. Dan hasilnya memang sedap. Rasa lemak-lemak gitu. 

My Little Bucuk pun suker walaupun pada mulanya MLB pelik tengok cara menyediakannya. Terima kasih MLB sebab sanggup pergi mencari daun kari untuk pastikan percubaan ST memasak hidangan nie berjaya walaupun malam tadi hari hujan. ST kongsikan resepinyer yer. Mana tahu kot2 ada yang nak mencuba hidangan nie coz majoriti sedara-mara dan kawan2 ST semua suka memasak dan makan-makan.

Ketam Masak Telur Masin ST
Bahan-bahan :
Ketam 2 ekor
Telur Masin 2 biji
Bawang Merah dan Bawang Putih
Bawang Besar
Cili Api
Daun Kari
Susu Sejat Cair
Buttercup
Tepung Jagung

Cara Masakan :
1. Rebus telor masin keras dan ambil isi sahaja. Hancurkan isi telur putih dan kuning. Sesetengah orang gunakan kuning telur masin sahaja, tapi ST gunakan semua sebab sayang nak buang. So nanti dah ade perisa masin semulajadi dari isi putih telur masin tu.

2. Bersihkan ketam dan perapkan sebentar dengan garam, lada sulah dan lada hitam. Nak sedap boleh jugak tambah skit penambah rasa "cukup rasa". Kemudian gaul ketam dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang panas sehingga ketam masak.

3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Potong sedikit bawang besar untuk penambah hiasan.

4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit buttercup as pengganti minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga garing. Masukkan daun kari dan bawang besar. Masukkan isi telur masin yang telah dihancurkan tadi. hancurkan lagi sekali agar telur serasi dengan bahan tumisan tadi.

5. Masukkan ketam dan gaul sehingga sebati dengan bahan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit susu cair. Jangan terlalu banyak masukkan takut nanti terbanyak sangat kuahnyer. Gaul sebati dan rasa masin ok ke tak..Kalau kurang boleh tambah garam. ST tak tambah garam sebab dah masin dan lemak2 dengan isi telur masin tu.

Okay ... selamat mencuba yer!

Jumaat, 15 Februari 2013

AyaM PeNyet AniKa SeLeRa

Sebut ayam penyet mesti semua dah pernah makan kan?! Banyak juga kedai yang jadi ayam penyet main course mereka. Tapi tak semuanya sedap dan sambalnya kena dengan selera kita. Petang semalam Sweet Tulip dan My Little Bucuk makanlah ayam penyet kat Restoran Anika Selera, Kelana Jaya. kami kerap jugak makan di sini dan menu ST setiap kali ke sini adalah ayam penyet. Dah lama nak tulis pasal kesedapan ayam penyet kat sini tapi bila pegi makan ST selalu terus makan sebab lapar sesangat akibat lama menunggu makanan sampai. Ayamnya akan digerong garing panas-panas dan dihidangkan dengan sayuran serta keriuk-keriuk @ keropok ranggup di atas ayam. Didatangkan nasi putih dengan sup kosong, so memang kenalah dengan selera kami.

Haaaa ... sedap memang sedap tapi nak tunggu makanan nyer sampai boleh sampai pengsan. Lama sungguh menunggu. Nasib baik airnya sampai cepat. Boleh juga wat alas perut dengan air jap. Petang semalam sambil nak tunggu ayam penyet sampai, kami order dulu roti canai wat alas perut coz dah lapar sesangat. Hehehehe .... bila makanan dah sampai, kami pun makan dengan gembiranya. 

Teh Ais untuk ST & Sirap Bandung untuk MLB
 Air kat sini pun sedap. Terasalah susu, sirap dan perisa-perisa yang sepatutnya. Tapi ST nak kongsikan pasal teh ais yang ST rasa ada campuran lain. Rasanyer sedap dan macam nak order lagi 1 jer teh ais. Tapi AWAS!!! Teh aisnya menyebabkan ST dan MLB tak tido malam. Teh ais nie buat kita rase tak mengantuk walaupun badan kita nie sebenarnya dah penat giler-giler. So hati-hati biler nak minum teh ais kat sini. Disebabkan semalam ST datang petang dan memang nak berjaga skit,so ST pun orderlah Teh ais Berhantu nie!

Set Ayam Penyet yang ada tempe, tahu goreng, timun, kobis dan
sambal yang tidak terlalu pedas. Saper suka sambal tu masam,
boleh perah sendiri limau yang turut diberikan.
Datang dengan nasi putih dan sup kosong.
Ada juga menu-menu lain kat sini tapi setakat ini ST suka Ayam Penyet jer. Lauk campur di siang hari pun sedap jugak tapi mahal sikitlah. Tak silap pemiliknya orang Kelantan, so ada juga menu tomyam dan mee celup siam.  

Khamis, 14 Februari 2013

.:HappY BeLaTed BirtHdaY My DadDy In Law

Happy Belated Birthday Ayah. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik , rezeki yang murah dan dilimpahi rahmah dari-Nya. 1 Februari 2013 genaplah 66 tahun Ayah mentua Sweet Tulip. Jadi ST & MLB buat makan-makan skit untuk raikan ulangtahun hari lahir ayah. ST masak yang simple2 jer. Pastinya Gulai Lemak Cili Api Ikan Keli mesti ada sebab itu makanan kegemaran ayah & MLB. Like Father like Son lah kan! Huhuhuhuhu

Ismail Bin Hashim
01/02/1947 - 01/02/2013
66 Tahun
ST tempahkan kek keramel sebabnya dah jemu makan kek berkrim. Bagus untuk
kesihatan dan sesuai dengan selera ayah yang tak suka kek berkrim.
Kek ST tempah kat Ucu Bakery. ST mintak hias skit krim bagi nampak ala-ala kek Happy Birthday. Rasa kek karamel nie sedap dan tidak terlalu manis walaupun ada karamel. Nak lagi sedap, sejukkan dulu, baru makan. Saper-saper nak tengok lagi hasil tangan Ucu Bakery yang cantik dan sedap, clicks kat SINI

STrequest lilin yang besar dan bling2!
Nak tengok no. phone ada kat sini

Rabu, 13 Februari 2013

SaNtaP Gelato Fruity Italian Ice-cream

Sweet Tulip memang suka tengok rancangan masak & makan western. Bukanlah semua masakan mereka yang ST suka tapi tertarik dengan cara @ budaya mereka yang berbeza dengan budaya kita. Jadi selalulah ST akan berebut siaran tv dengan My Little Bucuk sebab nak tengok rancangan kegemaran masing-masing. Selepas balik bercuti di Mersing, esoknyer kami bersantai plak di Sunway Piramid. Asalnya nak pergi bayar bil broadband jer, tapi entah macam maner terjalan-jalan & tershoping plak kat situ. Huhuhuhuhu ..... MLB ajak tengok wayang tapi disebabkan barisan terlalu panjang dan kami bukanlah membercard TGV so cancel lah tengok wayang.

Masa otw nak ke car park ST ternampak Gelato Fruity Italian Ice-cream, terus tetiba teringat rancangan Globe Trekker yang ada siarkan pasal gelato nie. Owhhh ... ade rupanya kat Malaysia. ST jer yang tak tahu. Hehehehe ..... ST pun terus ajak MLB untuk cuba Gelato Fruity Italian Ice-cream nie. Yang ST pasti gelato nie dibuat 100% dari susu dan kemudian akan ditambah perisa buah-buahan & kekacang. So tak da bahan pengawet. Ada pelbagai perisa  dan warna yang pastinya menarik selera untuk menikmati gelato nie. Nak lebih info click kat Gelato Fruity Italian Ice-cream 

Kalau tak sure nak perisa yang mana satu, boleh testing dulu rasa yang kita berkenan. Free jer untuk testing rasa tu, tapi jangan dah cuba-cuba semua perisa, lepas tu x beli sudah lah yer!!! Boleh mix jugak lau nak macam-macam perisa dalam 1 bekas / mangkuk. Harga boleh tahan dan kalau suka topping boleh letak cuma x banyak pilihan jer untuk topping. MLB lebih suka Tutti Frutti tapi ST lebih suka gelato nie. Pokoknya tepuk dada, tanya selera dan check poket. Huhuhuhuhu

O'reos + Very Berry
Tisu untuk lap mulut if comot!
I LIKE !
Muka suka dapat makan gelato ice-cream  

JeNjaLaN Ke MeRsIng

 Tahun Baru Cina kali ini Sweet Tulip ikut family My Little Bucuk ziarah keluarga ibu saudara MLB di Felda Nitar di Mersing, Johor. Inilah kali pertama ST ke kawasan lebih jauh di negeri Johor. ST pernah sampai di Muar sahaja, itupun waktu zaman kanak-kanak dahulu. ST agak teruja jugak nak pergi melawat ke Mersing sebabnya hari cuti dapat jalan-jalan. Huhuhuhuhu .... ST ada 3 tujuan sahaja ke sana iaitu nak melawat keluarga MLB, melawat sepupu ST yang tinggal di Felda Tenggaroh  dan melawat rakan baik ST, Cik Hanim yang juga berada di Mersing. 

ST dah mula cuti hari Jumaat lagi. Tapi hari Sabtu pagi jugak baru ST mula mengemas barang2 untuk dibawa. 2 orang sepupu MLB iaitu anak tuan rumah yang kami nak pergi nie, balik bersama kami. So ST tak risau sebab ade co-pilot lain yang akan membantu & teman MLB memandu. So ST bolehlah tidur sekejapkan dalam perjalanan. Huhuhuhuhu .... Macam biasa, PLUS memang akan jem, so kami ikut LEKAS yang tak berapa nak lekas sebab jem di plaza tol. Orang ramai terlupa yang mereka tiada smart tag lalu tanpa segan silu beratur di line tu. Sudahnyer jalanraya tak jem, nak keluar plaza tol yang jem.

Sebelum keluar rumah, ST suruh MLB dan adik sepupu untuk sarapan pagi nasi goreng berlauk supaya nanti tak payah nak berebut dengan orang ramai kat R&R nak beli makanan. Ada baki nasi goreng lagi skit, ST bungkus untuk ST plak makan dalam perjalanan nanti. Jimatkan? So tak yah nak bersesak-sesak kat R&R. Toilet pun masalah jugak, setelah 4 buah R&R sesak, dah masuk Melaka baru ST dapat buang air akibat toilet yang penuh. Macam kat shoping complex plak. Akhirnya kami berhenti makan di R&R Pagoh, coz MLB nak makan mee bandung. MLB kata mee bandung nyer sedap. ST plak makan bubur lambuk kambing. Adik Sepupu makan nasi campur & nasi lemak. 

Bubur lambuk untuk ST dan Mee Bandung untuk MLB

Angah, salah seorang adik sepupu MLB. Dia pilih nasi campur
Kami sampai lebih kurang jam 6.00 petang. Rehat-rehat luruskan badan sambil tunggu Ibu saudara MLB yang ST panggil Induk Nor balik dari menghantar pengantin. MLB ajak pusing2 kawasan felda naik motor. Wahhhh, kuat betul angin kat kawasan situ terutama atas bukit. Nyaman jer dan sejuk mata memandang sebab semuanyer hijau jer pemandangan.

Selepas makan malam, kami bergerak ke Bandar Mersing. Sajer nak tengok bandar Mersing waktu malam, memang happening. ST suka kat pantai Mersing. Angin laut kuat tapi x lah sampai macam ribut. Naik buaian pun x rasa nak main buai sebab nak menghayati angin tu. Punyalah seronok kat pantai tu, sampai luper nak ambil gambar ramai2. ST lebih duduk kat buaian layan angin laut yang wat ST rasa nak berkhemah jer kat situ.

Angin pantai yang sangat best. Rasa macam nak duduk jer
kat pantai sampai hari siang.
Hari Ahad ST dah berjanji nak jumpa kawan baik ST di Tanjung Leman. Lebih kurang 1 jam jugak lah nak menyampaikan ke sana. Hari hujan plak sepanjang hari tu, so nak tak nak, ST & MLB redah jugak ke Tanjung Leman. Tak kisahlah x dapat berjalan2 sangat kat Tanjung Leman sebabnyer hujan lebat, pentingnyer ST dapat jumpa Cik Hanim. Sepupu ST plak ke Melaka, jadi kami lepak2 kat situ sementara family MLB yang lain sampai. Lepas melepak sekejap di Tanjung Leman, kami ke bandar Mersing semula untuk cari keropok lekor Mersing. Sedap keropok Lekor Mersing nie, banyak rasa ikan dari tepung. Berbaloi beli kat sini. 

Ambil gambar di bawah payung jer. Hujan, ape pun tak boleh!
Pemandangan sekitar Tanjung Leman. Sebalik tanjung nie
ada Jeti untuk ke Pulau Sibu.
Pagi sebelum balik, ST sempat luangkan masa melawat kawasan rumah Induk Nor. Pelbagai tanaman yang ditanam sekeliling rumah nie. Salah satunya ialah pokok buah markisa atau lebih dikenali passion fruit. Masa mula2 ST dengar nama buah nie agak pelik skit tapi bila dah tengok isi buah tu baru ST perasan tu passion fruit. Alahhh, mengada betulkan bila x tahu nama buah nie dalam bahasa Melayu. Huhuhuhu
  
Inilah pokok buah markisa / passion fruit 
Seronok  ST bila dapat petik sendiri buah tu
Banyaknyer buah. Redup jer berteduh bawah nie!
Inilah tuan / puan punya tanah. Pemalu mereka nie, so ambil gambar curi2!
Selalunyer siput babi atas tanah kan?! kali nie siput babi
panjat pokok plak. Sangat nature!
Hasil passion fruit yang ST petik. Walaupun masih hijau kekuningan, still boleh petik
sebabnya nanti buah tu akan bertukar warna ke merah hitam .
Lepak2 kat pangkin sambil tengok pokok bunga
Pak Uda yang rajin berkebun
On the way balik, kami singgah di Ayer Hitam. ST pun beli lah ape yang patut buat kenang-kenangan. Kami sempat singgah isi perut, merasa Murtabak Special dan Soto.

STtertanya2 di manakah specialnya tapi still ok rasenya.

Soto ayam, boleh tahan....
Menariknyer semasa di Ayer hitam nie, ada 1 kedai yang jual t-shirt as baju kenangan semasa berkunjung ke sana. Ada banyak warna yang menarik, banyak design yang pelbagai dan harganya berpatutan. Saper2 yang suka kumpul t-shirt boleh dapatkan di sini.

ST dah dapatkan t-shirt untuk kami ber2!

Nie kedainyer. Kalau datang, singgahlah di sini, pasti puas hati.
Alhamdulillah, ST dan MLB selamat sampai rumah akhirnya setelah singgah rumah mak ST di Seremban. Seronok datang ke sini dan ST rasa nak datang lagi. Suka sangat2 kat pantai Mersing dan keropok lekornyer.