Sabtu, 3 Mei 2014

Creme de Fume'

Hokayyy lama sungguhlah dah update blog nie. Sikap tak amik kisah a.k.a malas menguasai diri. Sempena umur yang bakal meningkat minggu depan, pujuk-pujuk balik semangat tuk conteng-conteng blog yang x seberapa nih.

Ini kisah tahun lepas yang saja Sweet Tulip nak kongsikan. Jom makan ice cream ala-ala homemade kat Creme de Fume' di Plaza Masalam, Shah Alam. Sebenarnyer ST ada beli voucher di Groupon, maka beberapa hari sebelum voucher tu tamat tempoh, ST baru teringat nak gunakan.
Ajak My Little Bucuk pergi makan ice cream. Sukalah sungguh hati dia bila ajak makan ice cream. 

Kiosk Creme de Fume' nie tak besar, kecik jer tapi kiosknyer cantik dan comel-comel gitu. Staf yang layan pun bagus. Siap terangkan lagi cara mereka buat ice cream tu dan suggest ice cream yang sedap dan paling popularlah. Hasilnyer kami order Chocolate Fantasy untuk MLB dan Brownie Batter untuk ST. 

Creme de Fume'
 Ice cream di Creme de Fume' nie bukan readymade cam kat BR tu yer. Di Creme de Fume' bila order baru mereka buat. Memang unik dan menarik. Kita boleh tengok cara mereka sediakan. Ada pelbagai perisa dan pening kepala nak pilih. Rasa macam makan ice cream tapi tekstur ala-ala macam makan gelato. Pepandailah pikir rasanyer macam maner tapi yang pasti memang sedap.

Muka tak sabar nak makan ice cream
Harga berpatutan, murahlah skit dari kat BR. Klu mampu makan BR, mesti mampu makan Creme de Fume' nie. Hasil dari voucher yang ST beli, kami hanya tambah RM 0.80 jer untuk dapatkan 2 jenis ice cream idaman masing-masing.

Sapa-sapa teringin boleh cuba ice cream Creme de Fume' nie di Plaza Masalam, Shah Alam. Nie alamat nyer :
Creme de Fume'
G36, Plaza Masalam
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-58806970
*Berhadapan dengan Giant Plaza Masalam