Khamis, 7 Februari 2013

Annual Dinner

Nak cuti Tahun Baru Cina nie, barulah tempat kerja Sweet Tulip nak buat Annual Dinner. Almaklumlah, dekat-dekat nak raya diaorang baru nak makan besar. Jadi ST pun hadirlah bersama dengan My Little Bucuk. Kami sampai lewat sebabnya ST tunggu customer dan MLB plak kena OT. Sampai2 jer ST wat muka tak bersalah masuk dan bagi alasan jalan jem pada bos. Bukanlah tak mahu datang awal tapi kekangan masa ditambah dengan jalan jem, wah hal dari rumah ST ke sana amik masa 10 -15 minit jer. Huhuhuhu

Lagipun Annual Dinner nie buat kat restoran cina. Jadi faham2 jer lah. ST dan MLB x berani nak makan. Teguk jer lah air pepsi dan teh. ST plak layan ais kosong bebanyak sebab perut dah lapar giler. Waktu kami sampai, baru nak mula makan. Bos ST plak sibuk berborak dengan MLB. Siap gelak2 bagai sambil tengok handphone. Ntah apelah kisahnyer, ST malas nak amik tahu. Tapi dalam hati nie terpikir jugak sapa sebenarnyer yang kerja kat sini? Okay, MLB memang peramah, so ST memang tak hairan.

Sambil borak2 & mereka makan-makan, Bos letak ayam dalam pinggan MLB suruh makan. Berderau darah ST masa tu memikirkan macam mana nak menolak dengan cara berhemah. Mujur MLB bijak kata dah kenyang sebab dah makan before datang. Lega hati ST. Besar sungguh dugaan. ST biarkan MLB borak2 dengan Bos. Dah kamcing tu kira ok lah tu. ST plak discuss kejap dengan rakan sekerja yang lain untuk strategi seterusnya. Dah namanyer company dinnerkan, nak cerita ape lagi lau tak pasal kerja jugak kan......

Ada acara Lucky Draw, ST sekali lagi dapat rice cooker. Tahun lepas pun dapat rice cooker jugak, Alhamdulillah. Walaupun tahu tak leh makan malam tu tapi ST tetap hadir. Lagipun 99% staff semuanyer cina, so ST seorang jer orang melayu kat bahagian marketing dan 2 orang melayu lagi kat bahagian production. Apa boleh buatkan dah rezeki ST kat situ. Sekurang2nyer company tak ketepikan ST walaupun ST minoriti kat situ. Mereka layan ST pun baik so ST kenalah jaga jugak hati Bos. Ape2 pun ST enjoy pegi dinner tu sebabnyer dapat hadiah.Huhuhuhuhu.... Jimat duit ST sebab x payah beli rice cooker 1 lagi. Memang ade plan nak beli 1 lagi supaya senang bila ramai tetamu datang rumah, x perlu masak nasi guna 1 rice cooker jer.  

MLB & ST

Acara Lucky Draw. ST dapat Rice Cooker 

MLB bersama Bos yang tersangat peramah...
Opss, Bos tersorok plak!

Takut nak makan, so minum pepsi jer lah

Rakan sekerja ST, Calvin(kiri) & Ah Wai(kanan)