Selasa, 8 Januari 2013

Spagetti Aglio e Olio Picannte

Hujung minggu lepas, tatkala orang ramai sibuk dengan Anugerah Juara Lagu, Sweet Tulip sibuk nak mencuba masak spagetti olio. Teringin sebab selalu tengok rancangan masakan & bace blog2 orang lain pasal resepi yang mudah dan sedap nie. Petang ajak My Little Bucuk beli barang nak buat masakan tu kat Matahari Mall & cari minyak zaiton kat Giant. Setelah lengkap segala barang, tepat pukul 8.45 malam, ST pun mulalah menyediakan spagetti nie. Memang mudah dan sedap. Maka inilah hasilnyer apabila ST beraksi di dapur. Sambil masak, ST berlari-lari antara dapur dengan ruang tamu sebab nak tengok AJL ... huhuhuhu

Spagetti Aglio e Olio Picannte
 ST kongsikan resepinyer yer. Ini adalah hasil daripada ubah suai yang ST buat agar kena dengan selera kita as orang Malaysia. Resepi asal atau original untuk spagetti olio hanya menggunakan spagetti, minyak zaiton dan bawang putih sahaja. So ikut suker nak cuba resepi yang maner berkenan di hati.

Bahan-bahannyer :
1. Spagetti rebus sehingga masak. Masukkan sedikit minyak agar spagetti tidak melekat. Tus spagetti setelah masak. 
2. Bawang putih 6 biji dicincang halus. Boleh juga dihiris nipis-nipis.
3. Bawang holland 1/2 biji dipotong dadu.
4. Sedikit udang segar. ST guna 20 ekor udang sebab kami memang sukakan udang. Lagi pun ST x perlu  nak berebut dengan MLB sebab masing2 dapat udang sama rata.
5. Bebola sotong 6 biji. ST hiris nipis-nipis bebola sotong nie. Kalau nak pakai sotong segar pun boleh. ST gunakan bebola sebab nak habiskan stok makanan yang ada.
6. Cendawan shitake 7 ketul dan hiris niis-nipis juga.
7. Cili padi 6 biji. Better kurangkan sebab nanti pedas sangat. Sebab itu ade nama "Picannte" yang bermaksud pedas! huhuhu
8. Sedikit daun Oregano kering
8. Minyak zaiton untuk menumis bahan-bahan di atas.

Antara bahan-bahan yang digunakan
Cara memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan 6 sudu makan minyak zaiton. Nak masukkan lebih pun boleh coz minyak zaiton bagus dan baik untuk kesihatan.
2. Masukkan bawang putih, bawang holland, cili padi dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cendawan shitake, bebola sotong dan akhir sekali udang. Gaul rata sehingga udang masak dan letak sedikit garam dan lada sulah.
3. Masukkan spagetti dan gaul rata. Taburkan sedikit daun oregano kering dan serbuk perasa sekiranya perlu. Gaul sehinga sebati dan boleh dihidangkan.

Mudah bukan. Tak susah pun nak buat. ST tambah lagi sikit minyak zaiton selepas masukkan spagetti supaya lebih lazat. MLB x berape suker sebab tak berkuah macam spagetti bolognese dan carbonara. Aduyai suamiku, tekak melayu botol!!!