Akhir2 tahun nie mesti semua company sibuk mengira keuntungan tahunan untuk bonus pekerjakan?! Ke x de bonus? Doalah bebanyaknyer, minta ade bonus. Bagi yang dapat bonus tu, minta2lah dapat bonus lebih skit tahun nie! Tapi orang yang bekerja dengan gomen semalam lagi dah dapat durian runtuh! Alhamdulillah suami Sweet Tulip salah seorang dari mereka yang dapat durian runtuh tu! Makanya ST pun dapatlah menumpang hujung jari kaki. Jadilah kan dari x merasa langsung!
MLB ambil ST dari tempat kerja terus tanya nak ape. Cakap jer, semuanyer boleh. ST memang dah tahu MLB dapat durian runtuh semalam. Tapi itukan duit die, die yang bekerja susah-payah mencari rezeki. ST minta dua perkara jer iaitu :
|
Tutti Frutti perisa Red Velvet + Chocolate |
|
Pizza Hut
Nak meminta2 nie bukan tabiat ST. Walaupun MLB kata mintalah apa sahaja, ST x mahu. Biarlah MLB urus sendiri keuntungan yang die perolehi. Sebagai isteri, ST hanya menumpang hujung jari kaki. Bila MLB offer, ST hanya terfikirkan nak makan Pizza Hut. Maybe orang akan kata ST poyo, macam x pernah makan Pizza Hut. Pernah makan tapi memandangkan MLB x berape nak gemarkan Pizza, hati ST serba-salah nak minta belikan. Bila peluang macam nie ada, ST amik peluang & MLB plak mencadangkan Tutti Frutti sebagai hidangan tambahan. Huhuhuhu ... Lagilah ST suka. Perisa RV + Choc adalah adalah gabungan kegemaran kami!
Biarpun sikit, ST gembira kerana itu tanda MLB benar2 kotakan janjinya. Hiduplah dengan cara sedarhana dan bersyukur atas apa yang dikurniakan-Nya. Berpijaklah di bumi yang nyata, sedarilah di mana kemampuan diri kita sebenarnya. Biarlah kita pakai baju biasa aje, x selip-lap baju artis, asalkan nak minum & makan x minta orang lain belanjakan. Biarlah kita x terbang berjalan sini sana, asalkan nak suap rezeki ke mulut sendiri tak berkira-kira. Doakan ST dan MLB x luper diri! |