Isnin, 17 Disember 2012

Cik Ieda, Cik Fisha, Cik Hanim & Cik Yan

Alhamdulillah, malam tadi Sweet Tulip dapat bertemu kembali dengan BFF mase belajar di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana. Sebenarnya pertemuan nie dirancang oleh Cik Hanim yang datang dari Johor. Mujurlah My Little Bucuk dapat pulang sebentar dari operasi untuk menunaikan impian ST untuk berjumpa BFF ST. Kami berjumpa di rumah Cik Fisha, kebetulan pula Cik Fisha baru dapat baby yang pertama. Sempat juga kami sambut hari lahir untuk Cik Yan (18.12.2012) dan belated birthday untuk Cik Fisha (08.12.2012)

Dari Kanan Cik Yan, Cik Puan Hanim, Puan Nafishah & Cik Puan Ieda a.k.a Sweet Tulip

Masa kami sampai, baby Iqbal Syafi baru nak terlelap. ST pun sajer kacau2 bagi Si Iqbal nie bangun semula., terus die nangis. Huhuhuhu ... nakalkan ST nie. SI Iqbal nie suker berborak rupernyer. Bile kite bercakap dengan die, Iqbal akan senyum2 dan cuba nak bercakap... hahahaha. Pandai Iqbal!




Harapan ST biarlah ukhwah kami berkekalan selamanya. Tak dinafikan jarak & masa menjadi halangan untuk kami sering berjumpa. Hanya melalui telefon dan facebook kami sering berhubung. Dengan kehadiran Iqbal Syafi, di harapkan akan ada generasi kedua yang akan menyambung terus ukhwah yang telah kami bina. Pertemuan pertama sewaktu menghadiri sesi temuduga di UiTM menjadi titik tolak perkenalan kami sehingga menjadi ukhwah terindah untuk hari ini. Setiap kami pernah melalui suka & duka bersama. Semoga Allah merahmati perhubungan ini dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas kami serta tabahkan kami di atas semua ujian dari-Nya.