Jumaat, 25 Januari 2013

LaKsA PeNaNg PaK MaT

Beberapa minggu yang lepas, Sweet Tulip ikut kawan ke gerai laksa milik ayahnyer di sekyen 18, Shah Alam. Rakan ST bantu ayahnyer jaga gerai laksa sekejap sementara ayahnyer pergi solat Jumaat. Maka sempatlah ST mencuba Laksa Penang Pak Mat as lunch hari tu. ST bukanlah peminat laksa tapi biler ST nak makan laksa, haruslah kuah laksa tu sedap, pekat dan bau yang menarik perhatian sangat2! Banyak songeh plak yer... huhuhu! Waktu study kat UiTM Puncak Perdana, ST dan BFF akan pergi makan laksa dekat dengan Tesco Extra (dekat stadium Shah Alam). Laksanyer memang sedap, pekat dan baunyer mengancam! Makan plak dengan cendol, wahhh terangkat sungguh. Tapi sekarang ST dah jarang pegi kat sana sebab rasenyer dah kurang Umphhh, tak macam dulu.

Bile ST makan Laksa Penang Pak Mat nie, ST rase puas sebab rasenyer same seperti mule2 ST makan laksa kat Tesco Extra tu. Isi ikan pekat terasa, halus jer tekstur kuah dan x jumpe pun tulang-tulang ikan. Memang sedap laksa tu. Makan plak dengan cendol, memang terbaiklah. Ok, kalau sesiapa nak makan laksa yang sedap, pekat serta bau yang mengancam, boleh pegi kat gerai Pak Mat nie.

Pak Mat Laksa Penang
Bersebelahan CIMB Bank Seksyen 18, Shah Alam
Harga : RM 3.50 semangkuk
No. Telefon : 012-644 0916 / 019-617 4179

Nie Laksa yang ST makan hari tu.
Lau nampak banner, situlah gerai Laksa Pak Mat
Pak Mat & anaknyer, arnida (nie kawan ST)
Makan laksa dengan cendol pulut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan