Akhir-akhir nie, Sweet Tulip suker makan coklat. Habis coklat dalam peti ais ST makan. Rase tak cukup, ST minta My Little Bucuk belikan lagi. Sangat ketagih dengan coklat sekarang nie. Kat opis pun, sambil wat keje, makan coklat jugak. Adoyaiii ... 2 minggu lepas masa jalan-jalan kat Bukit Bintang, MLB ternampak Auntis Anne's. MLB tanyer pada ST nak ke? ST kata ok jer sebabnyer nampak macam x menarik. Waktu pegi KLLC selalu jer ST nampak si Auntie Anne's nie, tapi entahlah kenaper ST x terpikir langsung nak mencuba. Maybe sebab bila lalu jer mesti ramai orang dan ST malas nak beratur panjang semata-mata nak beli pretzel tu. Maybe design pretzel tu x menarik perhatian ST.
Nie Auntie Anne's - gambar ehsan Google |
Kami beli Pretzel Sesame untuk MLB dan Pretzel Eclairs Stix untuk ST. Lepas jer merasa 1 Pretzel Eclairs Stix, ST terus jatuh cinta dengan kelembutan pretzel yang disaluti dengan coklat tu!!! Rasa terbaiklah pretzel stix tu. Kami pun terus berjalan sambil makan. ST bertanya pada MLB sama ada MLB mahu makan Pretzel Sesame x? Tak sempat MLB nak jawab, ST dah terjatuhkan pretzel tu ke lantai. ST rase bersalah dan terkilan sangat2 sebab x sempat pun nak merasa pretzel tu. Muka MLB lagilah tak payah cerita, hampa terpapar di seluruh muka! MLB tak marah cuma terkilan, rezeki dah ada dalam tangan tapi still tak masuk ke mulut. Itulah namenyer takde rezeki. ST ajak MLB patah semula ke outlet Auntie Anne's tapi MLB x mahu. Jadi serba salah sangat2 dengan MLB.
Semalam ST ajak MLB jalan2 kat Paradigm Mall. Lama x pergi sana, pegi pun masa mall tu baru mule buka dan time tu ST teringin giler2 nak makan Kenny Rogers. Macam2 kan ST nie??? Banyak betul teringin nyer... Sebenarnyer ST nak bawak MLB pegi outlet Auntis Anne's kat LG Floor. Tapi ST x bagitahu pun MLB, sajer nak surprise... huhuhu. Bila dah dekat2 nak sampai kat outlet tu, baru MLB faham dan tahu kenapa ST ajak pegi Paradigm Mall coz sambil jalan2 MLB sibuk tanyer kenape nak pegi sana. Tapi ST just bg alasan nak cari barang. ST senyum jer. Misi ST nak pastikan MLB dapat kembali pretzel yang kempunan nak makan dulu. Tapi sampai jer kat sana MLB tukar pilihan. MLB tak mau Pretzel Sesame tapi nak Pretzel Cheesy Dog. ST masih setia dengan My Eclairs Stix. Lembut dan sangat mempesonakan di dalam mulut ST. MLB pulak dah tersangkut dengan Pretzel Cheesy Dog yang besar dan creamy tu. So kami masing2 kenyang dengan makan Auntie Anne's malam tadi. MLB kate nak makan lagi lain kali. YESSSSSS!!! I Like!!!
I Love Pretzel Eclairs stix! |
He Love Pretzel Chessy Dog! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan