Sup Ikan Merah memang sedap! Masa Sweet Tulip kecik2 dulu selalu jugak makan sebab Arwah Abah ST memang sukakan sup. ST belajar makan ketam pun bermula dengan makan sup ketam. Mudah kata Arwah Abah punya selera selalu sama dengan selera kami adik-beradik yang masih kanak-kanak. Ditambahkan lagi Emak ST yang memang cekap memasak dan sedap masakannya, memang ST bulat dan comel semenjak kecik lagi.
Malam tadi ST masaklah sup ikan merah sebagai makan malam. My Little Bucuk belikan ikan merah segar ketika kami ke pasar malam seksyen 7, Shah Alam. Memang kami dah lama teringin nak makan sup ikan merah nie tapi selalunya saiz ikan merah yang dijual terlalu besar dan terlalu banyak plak untuk kami. Bila jumpa saiz yang sedarhana dan segar, tak berlengah lagi MLB terus sambar dan minta ST masakkan.
Sup Ikan Merah ST & MLB |
Berikut cara nak sediakan Sup Ikan Merah. Ini cara ST sediakan, tak tahulah macam maner orang lain buat. ST sediakan dengan cara mudah dan ringkas jer.
Bahan-bahan :
Ikan merah saiz sedarhana - 1 ekor (siang dan bersihkan)
Ubi kentang - 3 ketul (potong ikut suka)
Lobak Merah - 1 batang (potong ikut suka)
Bawang Putih - 2 ulas (ditumbuk hancur)
Bawang Merah - 3 Biji (ditumbuk hancur)
Halia - sebesar ibu jari (ditumbuk hancur)
Sup Bunjut - 1 bunjut
Lada Hitam dan Lada Sulah
Kiub Ayam Knorr - 1 ketul (Tak nak masukkan pun boleh)
Minyak masak untuk menumis
Daun Bawang - untuk lebih aroma menyegarkan
Cara memasak :
1. Bersihkan ikan yang telah disiang. Kalau boleh kepala ikan dibelah dua supaya lebih mudah untuk dimakan nanti.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk hancur. Bila dah naik bau, masukkan sup bunjut, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika sehingga kentang dan lobak merah agak masak.
3. Masukkan air 2 cawan dan biar sup mereneh sebentar. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk hitam serta kiub Ayam Knorr. Masukkan juga garam dan biarkan sebentar.
4. Setelah sup siap, masukkan ikan merah dah biarkan selama 5 minit. Setelah sup dan ikan merah serasi dan sedap, masukkan daun bawang. Tutup api dan biarkan sebentar sebelum dihidangkan.
5. Jangan reneh ikan terlalu lama kerana isi ikan merah adalah sangat lembut dan mudah hancur sekiranya direneh terlalu lama di dalam sup.
Selamat mencuba semua. Malam tadi MLB makan dengan penuh selera dan tak puas katanya. Okay, next time boleh buat lagi sebab dah jadi makanan kegemaran MLB plak!