Selasa, 5 Februari 2013

KerNa SaYa HaNya DuDuK SaHaJa


“Dia seorang pendidik, sibuk mendidik anak bangsa. Mana ada masa melayan panggilan awak”
“Masa mengajar guru lebih kurang 10 jam seminggu, mustahil dia tiada masa menjawab panggilan saya”
“Awak pernah menjadi guru ke? Apa yang awak tahu pasal guru?!”
“Saya pernah menjadi kerani di sekolah jadi saya tahu masa mengajar guru!”
“Kerja dia bukanlah macam awak yang hanya duduk sahaja di kerusi! Awak tahu ke masalah dia?!”
“Kenapa perlu pikirkan masalah dia sedang awak sepatutnya memikirkan tentang saya?”

Hari ini telah membuktikan bahawa kerjaya seseorang itu adalah contoh terbaik walaupun mereka bukanlah manusia sempurna. Tiada masa menjawab panggilan telefon tapi mempunyai masa melayan rakan internet setiap hari. Bahkan sanggup menelefon berkali-kali seandainya mesej tidak dibalas.

Seorang isteri yang hanya bekerja di pejabat, dilihat seperti manusia yang tidak punya apa. Tidak punya masalah kerana HANYA DUDUK SAHAJA. Seorang isteri yang HANYA DUDUK SAHAJA membantu suaminya menyara kehidupan dengan melalui business kecil-kecilan yang untung tidak seberapa. Seorang isteri YANG HANYA DUDUK SAHAJA berkongsi rezeki untuk dinikmati hasil dari tindakan HANYA DUDUK SAHAJA. Seorang isteri yang HANYA DUDUK SAHAJA melakukan pelbagai usaha bagi menjayakan business yang diceburi tanpa menyedari suaminya bakal PERGI. Kerana DIA HANYA DUDUK SAHAJA.


Saat cinta berpaling,
Saat hati menjelma serpihan-serpihan kecil,
Saat hura-hara terjadi,
Saat ujian demi ujiannya terasa terlalu besar untuk ditanggung sendiri,
Ke manakah seorang isteri mahu mencari kekuatan,
Supaya hati mampu terus bertasbih
Abang, Apa Salahku? Saat Cinta Suami Berpaling
Asma Nadia

Buku yang sangat bagus! Panduan buat para isteri baik buat gadis yang masih sunti.