Lama rasenyer Sweet Tulip & My Little Bucuk makan burung puyuh. Masa ke Pasar Karat di Stadium Shah Alam hujung minggu lepas, kami ternampak orang menjual burung puyuh yang telah siap diproses. MLB memang suker dengan burung puyuh, maka dia pun belilah 4 ekor saiz gred A yang segar dan baru disembelih. ST tak pernah masak lauk burung puyuh jadi macam tak berape nak pandai nak jadikan lauk ape. Petang semalam MLB request masak puyuh tu bersalut tepung a.k.a puyuh goreng tepung. ST terpikir macam nak buat goreng berempah ke? Tapi MLB tak cakap pun nak goreng berempah.
ST keluarkan burung puyuh tu dari peti ais dan rendamkan di sinki. Burung puyuh tu ST belah 2 setiap seekor dan perapkan dengan bahan perapan asas iaitu bawang putih & bawang merah, halia dan serai. ST perapkan lebih kurang 40 minit bersama dengan garam, serbuk perasa dan sedikit minyak zaiton. Sebelum goreng, ST celupkan burung puyuh dalam telur yang dipukul kembang dan salut dengan tepung KFC perisa pedas jenama Nona. Goreng sampai garing, tuskan minyak dan sedia dimakan panas2 sambil tengok perlawanan bola ATM vs Lions XII. ST juga buatkan MLB sandwich telur mata cheese dengan garlic bread as starter for dinner. Itulah rezeki kami malam tadi.
Malam tadi, salah seorang cousin ST cuba resepi spagetti carbonara yang ST berikan pada die. Alhamdulillah, menjadi resepinyer. Suker hati ST bile share resepi dengan orang lain dan resepi tu menjadi. Bukan apa, ramai yang kadang2 terkena apabila mencuba resepi orang lain yang tak menjadi atau mungkin bukan rezeki mereka nak makan masakan tu. Itu yang kadang2 give up nak memasak. Tapi sekejap jer semua tu, bila cuba semula dan menjadi, mesti semangat kerajinan memasak tu berkobar2 semula. Memasak nie senjata utama nak menjaga hati & perut MLB, sebab tu ST selalu cuba memasak walaupun tak pandai & adakala x sedap pun. Tapi MLB akan tetap makan sampai habis sebab nak jaga hati ST agar terus rajin belajar memasak. I Love My Little Bucuk!