Jumaat, 25 Januari 2013

Sweety Cek Cenah

Sweety Cek Cenah @ Sweet Tulip? Okay, Sweety Cek Cenah ini sebenarnyer business yang ST kongsi bersama dengan sepupu ST iaitu Along Ina. Memandangkan kami mempunyai minat yang sama, jadi ST dan Along Ina berkongsi mulakan Sweety Cek cenah. Sweety mewakili ST, manakala Cek Cenah mewakili Along Ina. Sweety Cek Cenah dah ada page di facebook iaitu Sweety Cek Cenah. Kami mulakan dengan beberapa jenis produk seperti frozen food, beg cenderahati dan kain/pakaian

Inilah Sweety Cek Cenah
Harap sudi2lah datang ke page Sweety Cek Cenah. Boleh LIKE & lihat2 produk yang kami pasarkan. Manerlah tahu ada yang berminat, boleh dapatkan dari kami. Sebarang pertanyaan boleh PM atau sms/call/whatsapp di 012-333 5258 (Along Ina/ Siti Zarina) @ 019-365 2959 (ST/ Faridah Amran).

Page Sweety Cek Cenah
 ST senaraikan produk yang kami pasarkan yer :
Frozen Food
Karipap Ayam Kentang - 13 ketul 
RM 7.00 / pek
Karipap Sardin Bawang - 13 ketul
RM 7.00 / pek
Cucur Badak - 13 ketul
RM 7.00 / pek

Beg Cenderahati 
RM 0.90 - Harga Promosi
Minimum Tempahan / Pembelian 50 buah

Kain / Pakaian
Kain Pasang untuk Jubah : RM 120  Now RM 88 termasuk posttage
Kain Pasang untuk Baju Kurung : RM 120 Now RM98 termasuk posttage 

Untuk produk frozen food, Pick Up Point kami bahagikan mengikut kawasan bagi memudahkan pembelian. Boleh rujuk seperti di bawah :
Pick up point frozen food Sweety Cek Cenah
 Ini pula khas untuk promosi di sekitar kawasan perumahan ST iaitu di Kediaman Kastam Kelana Jaya.
Promosi di kawasan perumahan ST & MLB
 Doakan usaha kami ini berjaya yer. Almaklumlah ST nie baru nak mula belajar berniaga. Akan datang akan ada pelbagai lagi produk lain, masih dalam proses produksi. Jangan luper yer, click page Sweety Cek Cenah 
LIKE & Jemput singgah tengok2 apa yang berkenan di hati.

LaKsA PeNaNg PaK MaT

Beberapa minggu yang lepas, Sweet Tulip ikut kawan ke gerai laksa milik ayahnyer di sekyen 18, Shah Alam. Rakan ST bantu ayahnyer jaga gerai laksa sekejap sementara ayahnyer pergi solat Jumaat. Maka sempatlah ST mencuba Laksa Penang Pak Mat as lunch hari tu. ST bukanlah peminat laksa tapi biler ST nak makan laksa, haruslah kuah laksa tu sedap, pekat dan bau yang menarik perhatian sangat2! Banyak songeh plak yer... huhuhu! Waktu study kat UiTM Puncak Perdana, ST dan BFF akan pergi makan laksa dekat dengan Tesco Extra (dekat stadium Shah Alam). Laksanyer memang sedap, pekat dan baunyer mengancam! Makan plak dengan cendol, wahhh terangkat sungguh. Tapi sekarang ST dah jarang pegi kat sana sebab rasenyer dah kurang Umphhh, tak macam dulu.

Bile ST makan Laksa Penang Pak Mat nie, ST rase puas sebab rasenyer same seperti mule2 ST makan laksa kat Tesco Extra tu. Isi ikan pekat terasa, halus jer tekstur kuah dan x jumpe pun tulang-tulang ikan. Memang sedap laksa tu. Makan plak dengan cendol, memang terbaiklah. Ok, kalau sesiapa nak makan laksa yang sedap, pekat serta bau yang mengancam, boleh pegi kat gerai Pak Mat nie.

Pak Mat Laksa Penang
Bersebelahan CIMB Bank Seksyen 18, Shah Alam
Harga : RM 3.50 semangkuk
No. Telefon : 012-644 0916 / 019-617 4179

Nie Laksa yang ST makan hari tu.
Lau nampak banner, situlah gerai Laksa Pak Mat
Pak Mat & anaknyer, arnida (nie kawan ST)
Makan laksa dengan cendol pulut

Auntie Anne's - KegILaAn TeRbarU ST & MLB!

Akhir-akhir nie, Sweet Tulip suker makan coklat. Habis coklat dalam peti ais ST makan. Rase tak cukup, ST minta My Little Bucuk belikan lagi. Sangat ketagih dengan coklat sekarang nie. Kat opis pun, sambil wat keje, makan coklat jugak. Adoyaiii ... 2 minggu lepas masa jalan-jalan kat Bukit Bintang, MLB ternampak Auntis Anne's. MLB tanyer pada ST nak ke? ST kata ok jer sebabnyer nampak macam x menarik. Waktu pegi KLLC selalu jer ST nampak si Auntie Anne's nie, tapi entahlah kenaper ST x terpikir langsung nak mencuba. Maybe sebab bila lalu jer mesti ramai orang dan ST malas nak beratur panjang semata-mata nak beli pretzel tu. Maybe design pretzel tu x menarik perhatian ST.

Nie Auntie Anne's - gambar ehsan Google

Kami beli Pretzel Sesame untuk MLB dan Pretzel Eclairs Stix untuk ST. Lepas jer merasa 1 Pretzel Eclairs Stix, ST terus jatuh cinta dengan kelembutan pretzel yang disaluti dengan coklat tu!!! Rasa terbaiklah pretzel stix tu. Kami pun terus berjalan sambil makan. ST bertanya pada MLB sama ada MLB mahu makan Pretzel Sesame x? Tak sempat MLB nak jawab, ST dah terjatuhkan pretzel tu ke lantai. ST rase bersalah dan terkilan sangat2 sebab x sempat pun nak merasa pretzel tu. Muka MLB lagilah tak payah cerita, hampa terpapar di seluruh muka! MLB tak marah cuma terkilan, rezeki dah ada dalam tangan tapi still tak masuk ke mulut. Itulah namenyer takde rezeki. ST ajak MLB patah semula ke outlet Auntie Anne's tapi MLB x mahu. Jadi serba salah sangat2 dengan MLB

Semalam ST ajak MLB jalan2 kat Paradigm Mall. Lama x pergi sana, pegi pun masa mall tu baru mule buka dan time tu ST teringin giler2 nak makan  Kenny Rogers. Macam2 kan ST nie??? Banyak betul teringin nyer... Sebenarnyer ST nak bawak MLB pegi outlet Auntis Anne's kat LG Floor. Tapi ST x bagitahu pun MLB, sajer nak surprise... huhuhu. Bila dah dekat2 nak sampai kat outlet tu, baru MLB faham dan tahu kenapa ST ajak pegi Paradigm Mall coz sambil jalan2 MLB sibuk tanyer kenape nak pegi sana. Tapi ST just bg alasan nak cari barang. ST senyum jer. Misi ST nak pastikan MLB dapat kembali pretzel yang kempunan nak makan dulu. Tapi sampai jer kat sana MLB tukar pilihan. MLB tak mau Pretzel Sesame tapi nak Pretzel Cheesy Dog. ST masih setia dengan My Eclairs Stix. Lembut dan sangat mempesonakan di dalam mulut ST. MLB pulak dah tersangkut dengan Pretzel Cheesy Dog yang besar dan creamy tu. So kami masing2 kenyang dengan makan Auntie Anne's malam tadi. MLB kate nak makan lagi lain kali. YESSSSSS!!! I Like!!!

I Love Pretzel Eclairs stix!

He Love Pretzel Chessy Dog!