Rabu, 8 Januari 2014

Jenjalan Penang

Awal bulan Disember 2013, Sweet Tulip pergi ke Penang, kebetulan My Little Bucuk ada kerja di sana, jadi ST follow tapi kami tak gerak bersama coz MLB pergi atas urusan rasmi. ST pergi lepas kerja naik bas kat Puduraya lepas maghrib dan sampai kat stesen bas Sungai Nibong sekitar 12 tengah malam. Malam tu ST tumpang tidur di bilik adik ST, Qynet yang study di USM kat Desasiswa Tekun. Alhamdulillah, lena tidur kat sana sebab time study dulu pun dah pernah stay seminggu kat USM. Bangun pagi segar jer udara, bersemangat terus nak meronda penang.

Pagi kami berakfast kat Sekitar gelugor. hajat hati nak makan sandwish daging yang sedap tu, tapi kempunan sebab kedai tu tutup plak. Jadi makanlah roti jala yang sedap lagi tidak mengecewakan, memang terbaik! ST sempat juga cuba nasi lemuni. Rasa ala2 macam berherba dan makan dengan daging. Macam tak berapa nak kena dengan tekak ST jer.
Breakfast bersama adik ST, Akma Qynet
Selesai breakfast, kami mulakan meronda Penang dengan naik ke Bukit Bendera. kalau datang Penang, naiklah ke Bukit Bendera. Lokasinya berhampiran dengan Gurney tapi ST pakai google map jer, taip Penang Hill jumpalah jalannya. 

Untuk naik ke atas Bukit Bendera harus naik train macam LRT. Canggih dah sekarang nie, tak perlu dah naik kereta cable cam dulu-dulu. Bayaran untuk naik train adalah RM 8.00 untuk seorang warga negara Malaysia dewasa. Student plak RM 4.00 dengan syarat kena tunjukkan student card dan kad pengenalan setiap penumpang semasa nak membeli tiket.

Bukit Bendera Pulau Penang

Selfie time 
Suasana atas bukit nyaman dan sejuk-sejuk skit. Udara segar dan boleh tengok pemandangan Pulau Pinang di tanah besar. Sempat jugak adik ST ceritakan kawasan Kuala Muda yang turut terkena tempias tsunami dulu. Jadi bila dah tengok dari segi geografi, fahamlah ST bagaimana Kuala turut terkena tempias tsunami. Kebetulan adik ST pernah praktikal di Sahabat Alam di Penang, jadi sedikit sebanyak informasi tu banyak membantu kami tentang Penang.

Sesi bergambar wajib sekiranya ke Bukit Bendera
 So far, okaylah jenjalan kat atas Bukit Bendera nie. Tak rugi pergi dan boleh release stress. Kami rileks jer kat atas nie sebab tarikan utama kat atas nie adalah pemandangan yang cantik sekitar penang dan udara yang menyegarkan.

Rehat jap samabil makan kacang kuda pedas
Turun dari Bukit Bendera, kami terus ke Restoran Kapitan di Georgetown. Adik ST suggestkan kami makan nasi beriyani dengan ayam tandori tapi kami makan nasi kandar. Sekali tak kena selera lah plak. Sedap lagi makan nasi kandar kat Restoran Hakim seksyen 7, Shah Alam. ST raselah makanan adik ST iaitu beriyani dengan ayam tandori, mak aiii sedapnyer. Menyesal tak order menu tu tadi. Itulah degil sangatkan ST nie. Jadi ST kecek-keceklah skit makanan adik supaya tak kempunan..huhuhuhu

Selesai makan tengah hari, MLB kena balik ke hotel sebab ada tugasan. jadi peluang nie ST minta adik bawak ST jalan-jalan tengok lukisan mural yang sedang popular di Penang. kami pun pusing-pusing ikut suka jer. ST nak sewa basikal tapi adik ST plak jenis tak berani dan tak pandai naik basikal. So nak tak nak, kami kenalah jalan kaki.


Kami pusing dekat2 jer. Coz hari panas, tak berapa nak larat nak berjalan. ST sempat singgah ke masjid Kapitan Keling dan sempat jugak tengok gerai nasi kandar beratur yang tutup di sebelah masjid tu. Kedai nasi kandar beratur hanya buka pada pukul 10 malam setiap hari. Kempunan jugak nak merasa. Macam nak kena datang lagi jer nie.


Masa kami jalan-jalan kat sekitar Georgetown nie, memang banyak lukisan mural dan kedai-kedai yang menjual barang-barang seni. Memang cantik, menarik dan rambang mata kalau nak membeli. ST tak beli apa-apa pun sebab MLB dah warning jangan nak beli yang tak berguna. Sesiapa suka dengan seni memang boleh duduk sini lelamalah.


Setelah penat berjalan, kami singgah di China House untuk jamu tekak nie. Tempat nie sangat menarik dan kami suka enviroment kat sini. Kami order Milo cafe Dinosour dengan Lemon Cheseecake. Memang terbaik. Layanan yang baik dan suka dengan ketelusan mereka dalam berniaga. 

Di China House nie ada sediakan makanan atau cake yang diperbuat dengan alkohol, jadi mereka letakkan label pada makanan yang ada alkohol supaya orang Islam boleh tahu dan tidak terambil makanan tersebut. Kalau tengok video tahun melawat Malaysia 2014 nie, turut di paparkan suasana di dalam China House sebagai salah satu tarikan di Malaysia. So make sure lau ke Penang, singgah sini yer. Boleh lawati page fb China House, click China House.

Best of China House
Lepas dari China House, kami terus balik semula ke USM dan rehat-rehat sebentar. Dalam pukul 8.30 malam, adik ST bawak ST dinner di Hammer Bay. Masakan sedap dan banyak. Seafood memang segar. Boleh datang lagi dan enviroment pun menarik. Kami amik tempat duduk bawah pondok dan duduk bersila sambil menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

Habis makan MLB pun sampai dan bawak kami ke Batu Feringgi. Kat Batu Feringgi ST sibuk beli fridge magnet. Itu trademark kami skrg, setiap tempat yang kami dah pergi akan beli fridge magent sebagai tanda kami dah sampai ke sana. 

Ape pun memang seronok berjalan sekitar Penang. Tak puas pergi sekali, nak pergi lagi, lagi dan lagi.

Rabu, 1 Januari 2014

Cameron Highland

Alhamdulillah selepas tamat sesi berpantang, My Little Bucuk bawa Sweet Tulip bercuti ke Cameron Highland. Blood Pressure ST semasa berpantang tak berapa okay dan doctor suggestkan ST pergi bercuti atau jalan-jalan. Waktu berpantang ST ada jer jalan-jalan sekitar rumah tapi habis jer berpantang, kami terus pergi bercuti. 

Kami pergi pun bawa Emak ST serta adik lelaki ST, Ujang. Emak tak pernah lagi pergi Cameron Highland dan Ujang plak pergi waktu kecik-kecik dulu jer. ST plak dah kali naik ke CH. masih sama keadaan kat sana tapi penerokaan lebih luas dan terbuka. Sebab itu tak mustahil berlaku banjir lumpur kat Bertam Valley. Suasana dah tak berape nak sejuk, tapi selepas hujan turun memang sejuk kat CH nie.

Mak dan Ujang yang ceria semasa di CH
Kami gerak pukul 8.30 pagi dari rumah ST dan behenti sarapan sekejap di RnR Rawang. Dalam pukul 12.30 kami dah sampai ke CH. Kami bawak ke Mardi, makan tengah hari di Brinchang dan check-in hotel di Tanah Rata.

Makan strawberi coklat kat Mardi

Melawat Taman Herba di dalam kawasan Mardi

Posing area wajib singgah kalau ke Mardi
 Setelah check-in, kami merehatkan diri. Kebetulan hujan turun dengan lebatnya, jadi xtvt yang menariklah adalah tidur. Lepas Asar kami gerak keluar ke Pitsop kecil dari arah Tapah untuk menikmati minum petang di Ladang Teh Cameron Valley.

Ladang Teh Cameron Valley
Sebelah malam kami habiskan masa dengan shoping di pasar malam. Kalau nak makan boleh beli di pasar malam di Brinchang cuma belilah dengan peniaga Melayu. kat pasar malam wajib beli keledek manis, jagung mutiara CH, t-shirt sebagai kenangan dan ole-ole pada keluarga serta rakan-rakan. Murah dan berbaloi-baloi.

Esoknya kami terus check-out dan breakfast di Tanah Rata,makcik jual nasi lemah bungkus kat pasar tani Tanah Rata. ST suggestkan saper nak makan nasi lemak terbaik di CH, belilah pada makcik tu. Sedap dan murah. Ramai pelanggan tapi kualiti tetap sama. Setiap kali ST ke CH,pasti ST beli nasi lemak makcik tu.

Kami kemudiannya ke Taman Sedia iaitu perkampungan orang Melayu CH. Di sini banyak ladang strawberi milik orang melayu dan terdapat juga homestay untuk menginap. Dari Tmn sedia, kami terus ke Kea Farm dan Ladang Teh Boh. Kalau rasa-rasa nak tengok lokasi shooting Filem Ombak Rindu boleh lah ke sana. 
 
Di Taman Sedia

Ladang Teh Boh

Us

Dalam kilang proses daun teh

Kawasan Beranda Ladang Teh Boh
 Walaupun ST pergi seminggu sebelum cuti sekolah bermula, punyalah ramai jugak orang datang sampai nak minum Teh Tarik kat sana pun kena beratur panjang. Sebabkan malas nak tunggu, kami amik keputusan tengok jerlah. Kemudian kami teruskan perjalanan turun ikut Simpang Pulai. Singgah sekejap dekat satu lagi tarikan terbaru CH iaitu Cameron Lavendar. Boleh lah tempat tu. ST suka sebab banyak bunga dan boleh petik strawberi sendiri. 

Bunga-bunga di Cameron Lavendar

Petik strawberi. Mak ST mula-mula tak nak petik,
 sekali dah pegang gunting, ST plak risau sebab takut overbajet!huhuhu

Hasil petikan,memang tak banyak tapi besar-besar!
ST pergi tak lame pun, 2 hari 1 malam jer. Asal nak melepaskan hajat ST nak ke sana dan merehatkan minda ST. Bila dah selalu pergi dan setiap tahun pergi macam dah tak berapa nak menarik plak rasenyer CH nie. Tak per, ST tunggu 2 tahun lagi, baru naik semula. Maybe dah ade perkara baru yang menarik kat sana.

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga tahun yang mendatang memberikan lebih rahmat dan nikmat dari Yang Maha Esa. 30 minit terakhir tahun 2013 Sweet Tulip sambut dengan masuk tidur awal sebab dah mengantuk sangat, tak boleh nak tahan dah mata ST nie! Pagi ST bangun dari tidur dengan ceria dan bersemangat. Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya. 

B4 malam tahun baru, MLB ajak ke Port Dickson tapi sebab carik-carik hotel tak dapat dan tak penuhi citarasa, so cancel pg PD dan duduk umah jer. ST pun x kisah. Lagipun ST masih menghitung untuk hari ke-100 My Baby Bucuk, Arwah Zafran. Alhamdulillah .. 2013 meninggalkan kenangan yang amat bermakna buat kami sekeluarga. 

If orang lain mempunyai azam yang baru, antara azam ST adalah nak ganti semula puasa Ramadhan yang ST terpaksa tinggalkan masa pregnant. Okay, itu bukan azam, tapi kewajipan sebenarnyer... Harapan ST biarlah tahun baru 2014 ini Allah memberikan rezeki yang berterusan kepada kami dan kesihatan yang baik serta keselamatan di dunia dan di akhirat.

Salam Tahun Baru 2014 dari ST dan MLB
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Isnin, 9 Disember 2013

My Baby Bucuk Ahmad Zafran Mohd Ramzan

Semoga Tuhan terus memberikan kekutan dan ketabahan kepada Sweet Tulip dan My Little Bucuk dalam menghadapi ujian dari Yang Maha Esa. Inilah ujian yang paling berat dan paling besar dalam hidup ST setakat ini. Terima kasih Ya Allah kerna menguji hamba-Mu ini. 

Kehilangan My Baby Bucuk-Ahmad Zafran membuatkan ST hampir hilang semangat. Sesuatu yang amat ST dan MLB nanti-nantikan hanya bersama kami selama 9 bulan sahaja dan kembali kepada Pemilik asalnya. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga ST dan MLB yang memberikan semangat dan sokongan kepada ST dari mula kehilangan sehingga kini. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kami. 

Kini hampir 3 bulan pemergian Zafran. ST lebih tabah menghadapi kehidupan seharian tanpa Zafran. ST bersyukur kerana dikurniakan MLB yang sentiasa sabar dan tabah melayan ST dan redha atas kehilangan anak kami. Semoga Allah terus memberikan kami peluang untuk memiliki cahayamata seterusnya. 

Thanks a lot pada sahabat yang berkongsi pengalaman sendiri, kata-kata semangat dan doa yang dikirimkan kepada kami. Buat sahabat yang masih keliru dengan ST, inilah cerita sebenarnya. ST selamat melahirkan seorang bayi lelaki bernama Ahmad Zafran Bin Mohd Ramzan pada 23.September.2013 pada 10.32 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Bayi kami telah meninggal kerana lemas dan di kebumikan di Petaling Jaya.   

Semoga kami diberikan terus kekuatan dan ketabahan meneruskan kehidupan tanpa Zafran. Seindah namanya Ahmad Zafran "Kejayaan Yang terpuji", Zafran sentiasa di hati kami. 
Alfatihah

Ibu dan Papa sentiasa akan sayang dan rindukan Zafran

   

Jumaat, 19 Julai 2013

Berbuka di Zam-Zam Cafe & Satay Club

Masih tak terlewat rasanya untuk Sweet Tulip ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah ini membawa barakah dan hikmah yang besar kepada kita semua.

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia nie, aktiviti berbuka puasa bersama keluarga tercinta merupakan agenda utama dalam aktiviti bulan puasa ST walaupun tahun nie ST dah dapat berpuasa. Setelah berbincang2 dengan pakar makan a.k.a kaki makan keluarga ST iaitu Kak Ngah Faizah, kami akan berbuka puasa di Zam-Zam Cafe & Satay Club di Damansara. Boleh click Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk tengok info selanjutnya.

Pada asalnya kami nak balik berbuka puasa di Seremban tapi last minit My Little Bucuk ada tugasan di Johor Bahru, terpaksalah tukar plan. Setelah mendapatkan confirmation dari seluruh adik-beradik, kakak dan abang ipar ST di Melaka tak dapat balik berbuka. Maka Emak ST dan Ujang(adik lelaki ST) yang akan ke KL untuk berbuka di sini.

Okay ST sharekan gambar-gambar yang sempat diambil oleh Ujang dan Kak Ngah Faizah. Emak dan ST banyak duduk jer sebab tak larat nak melawat kawasan. Sebelum ke lokasi berbuka, kami sempat bershoping sekejap di Mahnaz Food, Seksyen 26 Shah Alam. Murah2 dan menarik sungguh. Sangat memberikan inspirasi baru dalam menghasilkan menu masakan yang baru.

Nie enterance Zam-Zam Cafe & Satay Club
Lokasi Zam-Zam Cafe & Satay Club mudah untuk dicari. ST kurang familiar skit dengan kawasan nie tapi Cafe nie boleh nampak dari tepi highway. Boleh cliks Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk mengetahui lokasi sebenar. Pasti tak sesat mencarinya. 

Antara menu buffet untuk berbuka Nasi Beriyani, Murtabak dan Kari ayam
Sebenarnya ada banyak menu makanan yang disajikan. Semuanya sedap-sedap belaka dan berbaloi dengan harga pakej Ramadhan Buffet yang dikenakan. Sekiranya datang berbuka di sini, boleh call untuk tempahan. Nak walk-in Ramadhan Buffet pun boleh tapi lau tak dapat masuk tu pasrah jer lah yer coz ramai family yang datang berbuka di sini.  

Antara menu yang ST suka waktu berbuka di sini adalah Kambing Golek. Memang terbaiklah. Tambah lagi ST memang sukakan kambing. Makan beriyani dengan kambing lagi sedap dari makan dengan kari ayam atau gulai daging. Murtabak pun sedap, tak berminyak dicicah dengan gravy dari kambing golek, perghhh...memang terbaik!

Dessert Bubur Kacang Hijau, Buah-buahan dan Asam Jeruk
 Untuk manisan atau pencuci mulut, ada bubur kacang hijau yang pekat dan sedap. Rasa pun tak de lah manis sangat, sesuai dengan tekak orang berpuasa. Ada jugak disediakan ABC. Tapi ST tak berani makan coz dah rasa skit jer pun dah rasa manis betul. ST kan kena kawal gula..huhuhuhu

Air Katira & Sirap bandung Selasih, Kuih-Muih, Mee Rebus, Rojak dan Soto
Bagi sesiapa yang tak nak makan nasi, boleh makan menu sampingan yang lain. Antara makanan yang diambil oleh Ujang dan Kak Ngah faizah adalah soto, mee rebus dan rojak. Semuanya sedap2 belaka. Kak Ngah Faizah puji kuah soto yang memang terbaik. Minuman panas turut disediakan seperti nescafe dan teh tarik. ST suka dengan teh tariknya. Memang sedap!  

Suasana santai untuk rehat-rehat selepas berbuka. 
 Sebenarnya banyak seksyen/ruangan di Zam-Zam Cafe & Satay Club nie. Ada ruangan santai untuk lepak-lepak sambil layan Shisha dan boleh main pool di ruangan bawah. Jangan keliru, Shisha tak termasuk di dalam pakej Ramadhan Buffet yer. begitu jugak dengan Dessert Bar, juga tidak termasuk dalam pakej.

Dessert Bar nie tak termasuk dalam pakej Ramadhan Buffet yer. 
 Harga Ramadhan Buffet di Zam-Zam Cafe & Satay Club seperti berikut :
Dewasa : RM 38.00
Kanak-kanak : RM 19.50

Wajah-wajah kesayangan ST

 Suasana di sekitar ruangan Ramadhan Buffet.   
Ini ruangan untuk Ramadhan Buffet. Santai dan selesa
Ade satay corner untuk peminat satay. Satay ada 2 jenis pilihan iaitu satay ayam dan satay kambing. Satay sedap dan mesti cuba bagi penggemar kambing. Satay bersaiz besar-besar. Macam saiz satay kat Satay Station tu. So tak perlu amik bebanyak sebab makan skit pun dah kenyang tambah lagi bulan puasa nie kan.
Terima Kasih layanan yang amat baik dari pihak pengurusan
Kemudahan di sini amat baik. Toilet bersih dan kemas. Uniform pekerja pun menarik coz mereka pakai jersey bola satu club nie. Sorry ST lupa, tapi memang suasana baik dan layanan pekerja pun bagus. Boleh datang lagi lain kali.

Jumaat, 21 Jun 2013

Bubur Nasi Berlauk Kampung Baru

Huiii..lame sungguhlah Sweet Tulip tak meng"update" blog! Semenjak pregnant nie memang malas sungguh nak menulis. So hari nie paksa skit jejari menaip dan edit2 skit gambo(letak watermark jer pun). Malam tadi Mak dan 2 adik ST iaitu Ujang dan Qynet datang ke KL melawat ST sekeluarga dan Kak Ngah Faizah. Setelah berbincang2 dengan pakar dan kaki makan family kami iaitu Kak ngah, kami bawak mak makan Bubur Nasi Berlauk di Kampung Baru. ST pernah dengar pasal Bubur Nasi Berlauk Kampung Baru nie tapi x pernah cuba dan tak tahu lokasinya di mana. So kami just follow Kak Ngah dan Mr. Badang ke lokasi makan-makan setelah semua berkumpul di Dataran Merdeka. 

Bila sampai jer kat kedai tu, rupa2nya sebelah sahaja dengan Restoran Chop & Steak yang selalu kami pergi. Selama nie parking jer kat sebelah kedai tu tapi x pernah pun tahu ade jual bubur nasi berlauk coz namer kedai tu tulis Johan Tomyam. So memang tak sangka ada jual bubur nasi berlauk. Setelah dapat meja, kami terus order air dan pilih2 lauk untuk makan dengan bubur nasi. Memang meriahlah meja tu dengan makanan sampai naik pening nak makan lauk maner satu dulu coz banyak sangat pilih lauk...huhuhuhuhu.

Penuh meja dengan makanan. memang kaki makan sungguh.
Antara menu lauk yang kami pilih adalah daging kicap, sayur lobak masin, telur masin, ikan masin, cendawan masak taucu, somtam dan kerang rebus. Banyakkan?! Tak ke pening nak pilih maner nak makan dulu. Tapi ST tetap maintain makan maner yang terliur kat tekak nie dulu iaitu somtam. Alhamdulillah, ST kekenyangan sesangat. Mujur masa hari siang ST tak amik nasi, so bila makan bubur nie x lah sesak sangat perut ST. My Baby Bucuk pun riang gembira biler dapat makan macam-macam. 

Ujang dan Qynet berjuang menghabiskan makanan

Time kasih Kak Ngah dan Mr. Badang coz belanja

Emak ST kurang sihat jadi kurang selera nak makan
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan makanan.
Jadi tak membazir!
MLB yang semakin naik badannyer semenjak ST pregnant sebab
selalu jadi mangsa untuk habiskan makanan ST
Okay, sesiapa nak cuba makan bubur nasi berlauk nie boleh cuba. Kena pandai mix and match lauk supaya sedap jer rase bubur tu nanti. Harga boleh tahanlah dan banyak pilihan lauk. Ada banyak kedai yang jual bubur nasi berlauk nie so kena pandai pilih kedai dan makanlah dengan berhemah serta jangan membazir. 

Jumaat, 7 Jun 2013

SuP IkaN MeRaH

Sup Ikan Merah memang sedap! Masa Sweet Tulip kecik2 dulu selalu jugak makan sebab Arwah Abah ST memang sukakan sup. ST belajar makan ketam pun bermula dengan makan sup ketam. Mudah kata Arwah Abah punya selera selalu sama dengan selera kami adik-beradik yang masih kanak-kanak. Ditambahkan lagi Emak ST yang memang cekap memasak dan sedap masakannya, memang ST bulat dan comel semenjak kecik lagi.

Malam tadi ST masaklah sup ikan merah sebagai makan malam. My Little Bucuk belikan ikan merah segar ketika kami ke pasar malam seksyen 7, Shah Alam. Memang kami dah lama teringin nak makan sup ikan merah nie tapi selalunya saiz ikan merah yang dijual terlalu besar dan terlalu banyak plak untuk kami. Bila jumpa saiz yang sedarhana dan segar, tak berlengah lagi MLB terus sambar dan minta ST masakkan.

Sup Ikan Merah ST & MLB
Berikut cara nak sediakan Sup Ikan Merah. Ini cara ST sediakan, tak tahulah macam maner orang lain buat. ST sediakan dengan cara mudah dan ringkas jer.

Bahan-bahan :
Ikan merah saiz sedarhana - 1 ekor (siang dan bersihkan)
Ubi kentang  - 3 ketul (potong ikut suka)
Lobak Merah - 1 batang (potong ikut suka)
Bawang Putih - 2 ulas (ditumbuk hancur)
Bawang Merah - 3 Biji (ditumbuk hancur)
Halia - sebesar ibu jari (ditumbuk hancur)
Sup Bunjut - 1 bunjut
Lada Hitam dan Lada Sulah
Kiub Ayam Knorr - 1 ketul (Tak nak masukkan pun boleh)
Minyak masak untuk menumis
Daun Bawang - untuk lebih aroma menyegarkan

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan yang telah disiang. Kalau boleh kepala ikan dibelah dua supaya lebih mudah untuk dimakan nanti.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk hancur. Bila dah naik bau, masukkan sup bunjut, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika sehingga kentang dan lobak merah agak masak.
3. Masukkan air 2 cawan dan biar sup mereneh sebentar. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk hitam serta kiub Ayam Knorr. Masukkan juga garam dan biarkan sebentar.
4. Setelah sup siap, masukkan ikan merah dah biarkan selama 5 minit. Setelah sup dan ikan merah serasi dan sedap, masukkan daun bawang. Tutup api dan biarkan sebentar sebelum dihidangkan.
5. Jangan reneh ikan terlalu lama kerana isi ikan merah adalah sangat lembut dan mudah hancur sekiranya direneh terlalu lama di dalam sup.

Selamat mencuba semua. Malam tadi MLB makan dengan penuh selera dan tak puas katanya. Okay, next time boleh buat lagi sebab dah jadi makanan kegemaran MLB plak!