Isnin, 9 Disember 2013

My Baby Bucuk Ahmad Zafran Mohd Ramzan

Semoga Tuhan terus memberikan kekutan dan ketabahan kepada Sweet Tulip dan My Little Bucuk dalam menghadapi ujian dari Yang Maha Esa. Inilah ujian yang paling berat dan paling besar dalam hidup ST setakat ini. Terima kasih Ya Allah kerna menguji hamba-Mu ini. 

Kehilangan My Baby Bucuk-Ahmad Zafran membuatkan ST hampir hilang semangat. Sesuatu yang amat ST dan MLB nanti-nantikan hanya bersama kami selama 9 bulan sahaja dan kembali kepada Pemilik asalnya. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga ST dan MLB yang memberikan semangat dan sokongan kepada ST dari mula kehilangan sehingga kini. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kami. 

Kini hampir 3 bulan pemergian Zafran. ST lebih tabah menghadapi kehidupan seharian tanpa Zafran. ST bersyukur kerana dikurniakan MLB yang sentiasa sabar dan tabah melayan ST dan redha atas kehilangan anak kami. Semoga Allah terus memberikan kami peluang untuk memiliki cahayamata seterusnya. 

Thanks a lot pada sahabat yang berkongsi pengalaman sendiri, kata-kata semangat dan doa yang dikirimkan kepada kami. Buat sahabat yang masih keliru dengan ST, inilah cerita sebenarnya. ST selamat melahirkan seorang bayi lelaki bernama Ahmad Zafran Bin Mohd Ramzan pada 23.September.2013 pada 10.32 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Bayi kami telah meninggal kerana lemas dan di kebumikan di Petaling Jaya.   

Semoga kami diberikan terus kekuatan dan ketabahan meneruskan kehidupan tanpa Zafran. Seindah namanya Ahmad Zafran "Kejayaan Yang terpuji", Zafran sentiasa di hati kami. 
Alfatihah

Ibu dan Papa sentiasa akan sayang dan rindukan Zafran