Khamis, 13 Disember 2012

Puding Roti Durian

Minggu lepas Sweet Tulip a.k.a ST pergi ke majlis perkahwinan kawan baik mase sekolah dulu. Mak aii... penat betul duduk dalam kereta (tandanyer jauh jugak lah umah member ST ). Nasib My Little Bucuk a.k.a MLB yang memandu. ST memang bertugas sebagai co-pilot jer (sebenarnyer x tahu memandu) huhuhuhu. Balik dari majlis kenduri, kami balik ke kampung ayah angkat. Sepanjang perjalanan nak ke rumah pengantin  dan otw balik kampung, kiri kanan jalan orang asyik menjual durian & rambutan. ST pun bising2 kat MLB untunglah ada kampung, ade durian & rambutan, x abis makan leh dijual! Dalam hati sebenarnya rasa cemburu tengok orang lain boleh  makan durian banyak2.

 Alhamdulillah, sampai kat rumah ayah, kat parking kereta punya lah banyak durian. Tapi itu untuk orang lain punyer. Bile Ayah tahu ST balik, x sempat nak duduk bertanya khabar die dah terus ke dusun nak amikkan ST & MLB durian yang baru lagi freshhh!!! Sambil2 tunggu ayah balik dari dusun ST makan durian x hingat. Ade dekat2 2-3 biji ST makan. Alahhhh, durian kampung jer. Banyak manerlah isinyer. Tapi penuhlah bonet kereta kami dengan durian. Fuuhhh... sampai hari nie kereta masih lg berbau durian. Pening kepala bila naik kereta.

Oleh kerana dapat banyak durian, dalam otak nie pikir nak buat macam2. Sampai terpikir nak wat durian crepe lagi! Hahahaha... Macam lah pandai wat kuih ST nie. Wat cekodok pun ST x pandai sebab selalu cekodok tu keras. Tapi dalam hati nie dah nekad nak buat Puding Roti Durian. ST sharekan skit resepinyer yer.

Puding Roti Durian 


Bahan-bahan untuk puding roti durian :
Roti putih, susu cair 1 tin, 1 biji telur, butter, marjerin dorina, kismis & sebekas isi durian

Cara menyediakan :
1. Sapukan 8 keping roti putih dengan marjerin dorina. Kalu nak guna planta pun boleh, ST suka margerin dorina sebab rasa yang sedang2 dan hasil dari lemak sayuran.
2. Gaulkan susu cair dengan telur, kismis dan isi durian. Tak perlu gaul sehingga kembang, sekadar nak sebatikan telur dan isi durian jer.
3. Koyak2 / potong2 roti dan rendam selama 15 minit dalam adunan susu cair yang telah digaul bersama telur, kismis dan isi durian tadi. Setelah roti telah sebati dengan adunan susu tadi, kacau adunan tersebut suapay semua roti lembut dan boleh lenyek2 skit roti tu supaya macam ala-ala hancur gitu.
4. Ambil bekas membakar / loyang dan sapukan butter di bahagian dalam bagi mengelakkan puding melekat pada dinding bekas.
5. Panaskan ketuhar. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas membakar / loyang. Bakar pada suhu 170celcius selama 35 - 40 minit.
6. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biar sebentar di luar. Setelah agak sejuk, masukkan puding roti durian ke dalam peti ais untuk di sejukkan.
7. Sedikit pesanan, lau nak bakar tu, kan ketuhar ade 2 pembakar. Agak2 dah 20 - 25 minit membakar, tukar guna pembakar bawah sahaja. Kalau tak, rentunglah skit macam ST punyer puding tu... huhuhuhu.

Kuah / Sos kastard


Bahan-bahan untuk sos kastard :
Susu cair 1 tin, 3 sudu makan gula pasir, kuning telur 2 biji, serbuk kayu manis & garam

Cara menyediakan :
1. Gaulkan susu cair bersama gula pasir & kuning telur. Panaskan di atas dapur masak. Masukkan secubit serbuk kayu manis dan garam untuk perasa.
2. Kacau sehingga adunan pekat berkrim. Jangan tinggalkan adunan semasa memasak agar sos tidak berketul-ketul.
3. Setelah sos kastard masak, boleh dimakan bersama dengan puding roti durian yang disejukkan.

* Ada sesetengah orang yang menggunakan tepung kastard untuk mebuat sos tapi ST tak gunakan. Ada juga  yang menggunakan perwarna kuning telur dan esen vanilla dicampur dalam sos kastrad. Bahan2 tu takde dalam senarai barang dapur ST, jadi ST just buat yang simple dan fresh jer.

MLB tak suker nak makan2 dessert nie. Jadi ST bawak le puding roti durian nie ke pajabat, bagi kawan2 yang dekat2 dengan opis merasa. Bak kata orang skit tanda ingat pada yang lain, banyak tanda berlebih. Alhamdulillah, kawan2 ST kata ok. Terima Kasih atas komen yang membina tu. 

Inilah kawan Sweet Tulip yang merasa puding roti durian ST.
Jangan tak tahu Ucu Bakery  pun suker puding nie!!!


kawan ST yang tudung purple nie malu2 nak makan sebabnyer
after lunch dia dah sebat dulu makan...hahahaha!

Alhamdulillah, terima kasih kawan2 yang sentiasa mendorong ST untuk terus
suker memasak dan menulis! Riang hati ST bile tengok puding roti durian habis.