Hujung tahun 2012, Sweet Tulip banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, seperti yang dirancang, 25.Disember.2012 kami berjaya mengadakan Majlis Pautan Kasih a.k.a Family Day I Love Bayai! Pertemuan diadakan di rumah sepupu ST iaitu Along Ina di Seri Bangi. Along Ina booked BBQ Pits berdekatan dengan swimming pool. Jadi sambil makan2 dan borak, boleh mandi kolam jugak. Semua ahli keluarga yang terlibat hadir kecuali Angah Ila sekeluarga yang berada di Mersing. Seronok berkumpul dan berbincang berkenaan agenda untuk group I Love Bayai.
Majlis berlangsung dengan meriahnyer. Ada masa nanti ST uploadkan video ucapan dari setiap wakil kumpulan plak yer. Memang berbaloi perjumpaan majlis nie. Pelbagai agenda telah di rancang dan akan diusahakan. Harap semua perancangan dapat dijalankan. Pelbagai kejadian kelakar yang berlaku sewaktu majlis berlangsung. Si Alif hampir lemas sebab tertidur kat tepi kolam akibat kepenatan mandi kolam. Mujur x de ape2 yang serius berlaku kerana sempat diselamatkan. Cik sumah pulak terlupa nak memberikan ucapan kerana terlalu teruja ... hahahaha. Nanti ST uploadkan videonyer yer. Sekarang nie Cik Sumah dah dapat gelaran baru iaitu Cik Sumah Lupo Lirik! Si Umar plak x boleh nak sabar makan kek, jadi die dah capai kek tu dengan tangan kirinyer. Nasiblah kena krim jer. Lau terjatuh kek tu, alamat tengok yo lah jawab eh!
ST tak masakkan ape2 untuk majlis nie coz ST dah ambil bahagian dalam menguruskan majlis. T-shirt I Love Bayai tu design by ST sendiri. Hari Isnin, ST & MLB pergi ke Matahari Mall dapatkan barang2 untuk siapkan ayam bbq, ikan bakar, kentang bakar, salad coselow dan minuman. ST hanya membantu Along Ina untuk bersihkan ayam, ikan dan sediakan kentang bakar. Mujur seorang sepupu Juay membantu sama untuk sediakan bahan. ST rasa penat sesangat sampai MC esoknyer...huhuhuhu. Tapi ST rase gembira sangat dapat berkumpul seluruh ahli keluarga! I Love My Family!
|
Inilah Family Member I Love Bayai |
|
Wakil Induk dari Kiri : Along Ina (kuning) Keluarga Cik Cenah a.k.a Hasnah, Pak Cik Baharin (kelabu) , Wan Bayai (Biru) Presiden I Love Bayai, Induk Sipat (Hijau) dan Cik Sumah (Ungu). |
Keluarga Induk Sipat
Keluarga Cik Sumah
Keluarga Pak Cik Baharin
|
Kek Coklat dari Ida Sekeluarga. Kelas kau Ida! |
|
Kamalia, Aina & Abe bersedia untuk acara renang |
|
Agar-agar tembikai dari Cik Sumah |
|
Antara menu kami ikan bakar, sosej stick & ayam bbq! |
|
Koca kelaparan selepas berenang, sedapkan ayam bbq mak lang & ibu! |
|
Abang Rosli & Kakwe. Sponser untuk hamper kanak-kanak! |
|
Besties cousin forever Kamalia & Aina! |
|
Makan jangan tak makan! |
|
Inilah team BBQ Kak Ngah Faizah & Member. Thanks a lot guys! |
|
Preparation kentang bakar by Along Zamri |
|
Gossip group I Love Bayai! |
|
Hope this will continue by our new generation! |