Selasa, 19 Februari 2013

Ketam Masak Telur Masin

Ketam Masak Telur Masin? Pernah makan tak? Tekak Sweet Tulip nie asyik nak makan macam-macam dan lain dari yang biasa. Google2 lah mencari masakan untuk ketam, tetiba terjumpalah plak resepi Ketam Masak Telur Masin. Resepinya nampak mudah dan menarik. Dengan tak tahu macam maner rasa masakan tu, ST pun cubalah buat. Dan hasilnya memang sedap. Rasa lemak-lemak gitu. 

My Little Bucuk pun suker walaupun pada mulanya MLB pelik tengok cara menyediakannya. Terima kasih MLB sebab sanggup pergi mencari daun kari untuk pastikan percubaan ST memasak hidangan nie berjaya walaupun malam tadi hari hujan. ST kongsikan resepinyer yer. Mana tahu kot2 ada yang nak mencuba hidangan nie coz majoriti sedara-mara dan kawan2 ST semua suka memasak dan makan-makan.

Ketam Masak Telur Masin ST
Bahan-bahan :
Ketam 2 ekor
Telur Masin 2 biji
Bawang Merah dan Bawang Putih
Bawang Besar
Cili Api
Daun Kari
Susu Sejat Cair
Buttercup
Tepung Jagung

Cara Masakan :
1. Rebus telor masin keras dan ambil isi sahaja. Hancurkan isi telur putih dan kuning. Sesetengah orang gunakan kuning telur masin sahaja, tapi ST gunakan semua sebab sayang nak buang. So nanti dah ade perisa masin semulajadi dari isi putih telur masin tu.

2. Bersihkan ketam dan perapkan sebentar dengan garam, lada sulah dan lada hitam. Nak sedap boleh jugak tambah skit penambah rasa "cukup rasa". Kemudian gaul ketam dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang panas sehingga ketam masak.

3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Potong sedikit bawang besar untuk penambah hiasan.

4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit buttercup as pengganti minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga garing. Masukkan daun kari dan bawang besar. Masukkan isi telur masin yang telah dihancurkan tadi. hancurkan lagi sekali agar telur serasi dengan bahan tumisan tadi.

5. Masukkan ketam dan gaul sehingga sebati dengan bahan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit susu cair. Jangan terlalu banyak masukkan takut nanti terbanyak sangat kuahnyer. Gaul sebati dan rasa masin ok ke tak..Kalau kurang boleh tambah garam. ST tak tambah garam sebab dah masin dan lemak2 dengan isi telur masin tu.

Okay ... selamat mencuba yer!