Jumaat, 23 November 2012

ProJek I LovE BaYai

Alhamdulillah, projek I Love Bayai telah bermula. Dengan terbinanya group I Love Bayai yang diasaskan oleh kak Ngah aku,  Faizah melalui medium whatsapp maka hubungan kekeluargaan kami menjadi lebih erat. Mula-mula aku agak ketinggalan jugak dengan teknologi alam maya nie. Tapi setelah ditunjuk ajar oleh Kak Ngah & Qynet, dapatlah aku menggunakannya untuk kebaikan. Setelah tertubuh group nie, kami lebih erat dan sering berkomunikasi antara satu sama lain hari2. Hal ini lebih mudah dan jimat(coz x payah susah nak jumpe...masing2 x punya masa yang sama & ada komitmen pada yang lain jugakkan).

Setelah berbincang langkah pertama untuk memperkukuhkan lagi group ini, kami telah bersetuju membuat sebuah T-shirt I Love Bayai untuk setiap seorang. Jadi aku pun melakukanlah apa yang patut dan seboleh mungkin untuk menjayakan projek nie. Setelah mendapatkan sebut harga untuk proses percetakan, aku pun bagitahu pada semua family member I Love Bayai. Alhamdulillah mereka bersetuju dan sekarang adalah proses menunggu pemberian baju dari family member I Love Bayai.

Setelah dicongak2 , harga untuk proses percetakan adalah seperti berikut :

Projek : T-shirt I Love Bayai
Harga 1 blok I Love Bayai : Rm 50 x 2 blok ( 1 blok untuk dewasa & 1 blok untuk kanak-kanak)
Total harga blok : RM 50 x 2 blok = RM 100
Harga untuk percetakan : RM 4 / t-shirt
Baju T-shirt : disediakan sendiri oleh family member of I Love Bayai mengikut saiz badan masing-masing
Tempat percetakan : IS Design - aku percaya dengan tempat nie coz dulu aku wat banner & bunting kahwin pun kat sini. Hasil kerja diarg memang cantik!

Kat bawah nie adalah contoh design untuk t-shirt I Love Bayai. Kami vote undian tertinggi akan dipilih sebagai design t-shirt . Akulah yang wat design nie....hahahaha bangga sekejap!

Akhirnya design nie manjadi pilihan ramai!


Nie plak skit jer yang undi. Maybe sebab dah biase kot. 

Untuk bahagian t-shirt agak berjalan lancar. Rasa x sabar nak tengok hasilnyer. Hope kami boleh dapat T-shirt nie b4 majlis yang dirancang.