Musim durian sedang rancak berlangsung sekarang nie. Sweet Tulip dah tak larat nak makan durian dah. Walaupun pun dihulur durian crepe, ST dah tak hairan dan x teruja pun! Cehhh ... bunyinyer macam berlagak tapi bile dah senang dapat & selalu dapat, ST naik jemu! Okay, tak mau cerita padal durian crepe tapi ST nak kongsikan berkenaan tempoyak, makanan tradisi orang melayu Malaysia. Tak semua orang makan tempoyak kan, ada yang tak makan durian tapi makan tempoyak. Ada yang makan durian tapi tak makan tempoyak. Kalau peminat tempoyak pun, belum tentu tahu cara nak buat tempoyak kan! Sebab semua tu boleh dapat kat mana-mana dan bila-bila masa jer.
ST belajar buat tempoyak melalui emak saudara sebelah suami, My Little Bucuk. Family ST jarang buat tempoyak kerana buah durian kurang menjadi, hanya cukup buat makan sahaja. Di kampung MLB, ST belajar buat tempoyak dengan Mak Teh. Pada mulanyer ST hanya teman duduk2 dengan Mak Teh asingkan isi durian dari biji. Sambil2 tu Mak Teh ceritakan macam maner cara menghasilkan tempoyak. ST nie jenis dengar jer tapi tak amik serius pun. Just dengar, tengok dan try ingat2 lupe cara penyediaannya. Huhuhuhu ..
Bila dah dapat terlalu banyak durian dari Ayah sehingga x lalu nak makan, ST pun cubalah wat sendiri tempoyak hasil dari tunjuk ajar dari Mak Teh yang ST dah ingat2 luper tu! Haaa ... padan muka! Masa orang beri ilmu ST nie wat x kisah kan, la nie nak wat sendiri ST tetiba rase terkial-kial. Try recover semula resepi Mak Teh dan baca2 kat internet untuk confirmkan semula betul tak caranyer. Dengan pelan-pelan ST wat jer ikut macam Mak Teh ajar.
Tempoyak
1. Asingkan isi durian dari bijinya. Masukkan dalam bekas bekas atau mangkuk.
2. Campurkan garam dan gula pasir dalam isi durian yang telah dihasilkan. Gaul rata dan rasa sedikit bagi memastikan rasa garam dan gula sebati dengan isi durian.
3. Simpan dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 3 hari dan akan terhasillah tempoyak. Akan ada air yang terhasil dari tempoyak tu, sila buangkan air tu.
4. Boleh masukkan tempoyak dalam bekas kecil dengan sukatan tempoyak 3/4 bekas dan boleh beri tempoyak pada ahli keluarga dan kawan2 yang lain.
Hasil dari tempoyak tu, ST bagi pada kawan2 dan ST simpan sikit untuk makan ST. MLB x makan tempoyak mentah2 macam tu, jadi malam tadi ST masakkan untuk MLB keli masak tempoyak. Tengah2 ST sibuk masak kat dapur, MLB datang tengok dan minta tambah lebih tempoyak dalam kuah tu agar lebih Umph!
Inilah hasil masakan ST. ST suker masak masakan berkuah dalam periuk tanah sebab rasenyer lebih sedap dan tahan lama. |
MLB cukup suker dengan keli tempoyak nie. Tambah2 lagi masak tempoyak dengan ikan kegemarannya! |
ST kongsikan di mana ST dapatkan resepinyer yer. Terima kasih pada http://www.myresipi.com/top/detail/17550 sebab berkongsi resepi dengan ST.
Memang menjadi & terbaik!