Jumaat, 19 Julai 2013

Berbuka di Zam-Zam Cafe & Satay Club

Masih tak terlewat rasanya untuk Sweet Tulip ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah ini membawa barakah dan hikmah yang besar kepada kita semua.

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia nie, aktiviti berbuka puasa bersama keluarga tercinta merupakan agenda utama dalam aktiviti bulan puasa ST walaupun tahun nie ST dah dapat berpuasa. Setelah berbincang2 dengan pakar makan a.k.a kaki makan keluarga ST iaitu Kak Ngah Faizah, kami akan berbuka puasa di Zam-Zam Cafe & Satay Club di Damansara. Boleh click Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk tengok info selanjutnya.

Pada asalnya kami nak balik berbuka puasa di Seremban tapi last minit My Little Bucuk ada tugasan di Johor Bahru, terpaksalah tukar plan. Setelah mendapatkan confirmation dari seluruh adik-beradik, kakak dan abang ipar ST di Melaka tak dapat balik berbuka. Maka Emak ST dan Ujang(adik lelaki ST) yang akan ke KL untuk berbuka di sini.

Okay ST sharekan gambar-gambar yang sempat diambil oleh Ujang dan Kak Ngah Faizah. Emak dan ST banyak duduk jer sebab tak larat nak melawat kawasan. Sebelum ke lokasi berbuka, kami sempat bershoping sekejap di Mahnaz Food, Seksyen 26 Shah Alam. Murah2 dan menarik sungguh. Sangat memberikan inspirasi baru dalam menghasilkan menu masakan yang baru.

Nie enterance Zam-Zam Cafe & Satay Club
Lokasi Zam-Zam Cafe & Satay Club mudah untuk dicari. ST kurang familiar skit dengan kawasan nie tapi Cafe nie boleh nampak dari tepi highway. Boleh cliks Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk mengetahui lokasi sebenar. Pasti tak sesat mencarinya. 

Antara menu buffet untuk berbuka Nasi Beriyani, Murtabak dan Kari ayam
Sebenarnya ada banyak menu makanan yang disajikan. Semuanya sedap-sedap belaka dan berbaloi dengan harga pakej Ramadhan Buffet yang dikenakan. Sekiranya datang berbuka di sini, boleh call untuk tempahan. Nak walk-in Ramadhan Buffet pun boleh tapi lau tak dapat masuk tu pasrah jer lah yer coz ramai family yang datang berbuka di sini.  

Antara menu yang ST suka waktu berbuka di sini adalah Kambing Golek. Memang terbaiklah. Tambah lagi ST memang sukakan kambing. Makan beriyani dengan kambing lagi sedap dari makan dengan kari ayam atau gulai daging. Murtabak pun sedap, tak berminyak dicicah dengan gravy dari kambing golek, perghhh...memang terbaik!

Dessert Bubur Kacang Hijau, Buah-buahan dan Asam Jeruk
 Untuk manisan atau pencuci mulut, ada bubur kacang hijau yang pekat dan sedap. Rasa pun tak de lah manis sangat, sesuai dengan tekak orang berpuasa. Ada jugak disediakan ABC. Tapi ST tak berani makan coz dah rasa skit jer pun dah rasa manis betul. ST kan kena kawal gula..huhuhuhu

Air Katira & Sirap bandung Selasih, Kuih-Muih, Mee Rebus, Rojak dan Soto
Bagi sesiapa yang tak nak makan nasi, boleh makan menu sampingan yang lain. Antara makanan yang diambil oleh Ujang dan Kak Ngah faizah adalah soto, mee rebus dan rojak. Semuanya sedap2 belaka. Kak Ngah Faizah puji kuah soto yang memang terbaik. Minuman panas turut disediakan seperti nescafe dan teh tarik. ST suka dengan teh tariknya. Memang sedap!  

Suasana santai untuk rehat-rehat selepas berbuka. 
 Sebenarnya banyak seksyen/ruangan di Zam-Zam Cafe & Satay Club nie. Ada ruangan santai untuk lepak-lepak sambil layan Shisha dan boleh main pool di ruangan bawah. Jangan keliru, Shisha tak termasuk di dalam pakej Ramadhan Buffet yer. begitu jugak dengan Dessert Bar, juga tidak termasuk dalam pakej.

Dessert Bar nie tak termasuk dalam pakej Ramadhan Buffet yer. 
 Harga Ramadhan Buffet di Zam-Zam Cafe & Satay Club seperti berikut :
Dewasa : RM 38.00
Kanak-kanak : RM 19.50

Wajah-wajah kesayangan ST

 Suasana di sekitar ruangan Ramadhan Buffet.   
Ini ruangan untuk Ramadhan Buffet. Santai dan selesa
Ade satay corner untuk peminat satay. Satay ada 2 jenis pilihan iaitu satay ayam dan satay kambing. Satay sedap dan mesti cuba bagi penggemar kambing. Satay bersaiz besar-besar. Macam saiz satay kat Satay Station tu. So tak perlu amik bebanyak sebab makan skit pun dah kenyang tambah lagi bulan puasa nie kan.
Terima Kasih layanan yang amat baik dari pihak pengurusan
Kemudahan di sini amat baik. Toilet bersih dan kemas. Uniform pekerja pun menarik coz mereka pakai jersey bola satu club nie. Sorry ST lupa, tapi memang suasana baik dan layanan pekerja pun bagus. Boleh datang lagi lain kali.