Sekitar 2 minggu nie, aku selalu jer nak tengok album kawin aku. Buka album kawin, tengok2 gambar yang cantik dan menarik. X puas hati lagi, aku bukak laptop plak, tengok gambar2 lain yang x de dalam album tu. Nie dah buang tebiat ke ape aku nie??? Hubby aku tanya apesal asyik belek album kawin. Aku hanya senyum jer. Sajer nak imbau kenangan yang tak berape nak lampau tu. Alhamdulillah, bulan November nie genap dah 6 bulan kami berumahtangga a.k.a berkahwin. Macam2 perkara berlaku dan diperlakukan agar majlis berjalan dengan lancar.
Setelah dapat persetujuan My Little Bucuk, aku pun masukkanlah gambo majlis perkahwinan kami. Photographer untuk majlis kami ialah rakan seperjuangan mase study kat uitm, Marina. Hasil kerjanya memuaskan dan berbaloi-baloi. Kalau nak dapatkan perkhidmatan marina, Boleh rujuk di marinamirana@faceboo k.com atau nak melihat hasil kerjanya dahulu boleh pegi ke link http://marinamiranaphotography.wordpress.com/. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Raikan Cinta : Akad Nikah 4.May.2012
Masjik Jamek Seremban
Make up By Faizahna Damia