Ini Saripah. Kucing kesayangan orang ramai di Blok 4, Worldwide Business Centre Shah Alam. Ade macam-macam nama Si Saripah nie. Ade yang panggil comel, ada yang panggil black & white, ade panggil princess. Last2 name Saripah yang melekat kat die coz tu nama pemberian bapak dia a.k.a tuan empunya Saripah. Aku just tolong tengok2kan, mandikan, belikan makan sekali-sekala dan teman aku waktu kat opis nie.Aku suker panggil die Pah jer coz lebih friendly & Pah nie pun dah tahu lau panggilan Pah tu mesti aku yang panggil.
Aku bagitahu Kak Aniey a.k.a mak tiri Pah (coz Pah takut nak masuk kedai Kak Aniey, die garang dengan Pah) yang Pah dah pregnant. Kak Aniey kate die dah tahu coz bapak Si Saripah bagitahu die kelmarin. Aduyaiiii PAh, baru setahun +++ dah pandai nak projek. Sejak dari tu, Pah dah x ke mana-mana. Asyik tido dan lepak2 santai kat opis bapak die. Lau Si Pah nie datang kat opis aku die masuk bilik belakang, usha2 jap & terus baring kat bantal hijau aku. Die nie mmg spesis kucing nak sedap jer semua. Makan nak sedap & fresh, tido nak atas carpet, opis nak yang ade air-cond jer. Lau kedai Kak Aniey die just duduk kat depan pintu jer. X de air-cond so x mau masuk. Memilih sungguh!!!
Biler dah tahu Si Saripah nie pregnant, x jadilah aku nak pulangkan sangkar kucing kak ngah aku. Asalnyer sangkar tu nak bawak Pah kek klinik untuk proses mandul tapi x de masa coz My Little Bucuk busy. Bapak Pah pun busy. Tup... tup...tup... Pah dah pregnant. So sangkar tu utk letakkan Pah dan baby bile Pah nak bersalin nanti. Sekarang Pah semakin kuat makan. Kejap2 nak makan. X per Pah, aku bagi ko peluang merasa beranak.Lepas anak2 Pah dan besar skit nanti, nak kasikan Pah lah. X nak bagi die beranak lagi dah. Mesti Pah teruja nak dapat babykan? Huhuhuhuhu ....