Sabtu, 1 Disember 2012

SaRipAh PuNyer KiSaH

Ini  Saripah. Kucing kesayangan orang ramai  di Blok 4, Worldwide Business Centre Shah Alam. Ade macam-macam nama Si Saripah nie. Ade yang panggil comel, ada yang panggil black & white, ade panggil princess. Last2 name Saripah yang melekat kat die coz tu nama pemberian bapak dia a.k.a tuan empunya Saripah. Aku just tolong tengok2kan, mandikan, belikan makan sekali-sekala dan teman aku waktu kat opis nie.Aku suker panggil die Pah jer coz lebih friendly & Pah nie pun dah tahu lau panggilan Pah tu mesti aku yang panggil.

Nie Masa si Pah masih dara. Comel, gebu dan sedang cuba menurunkan berat badan
akibat asyik makan, makan, makan & makan

Setiap pagi kalau bapaknyer bangun lambat, Pah akan menanti aku untuk diberikan makanan. Dia akan ikut aku masuk opis, letak bag, on pc dan air-cond sambil menggesel-gesel minta diberikan makanan cepat-cepat. Dengan tergedek-gedek, aku dan Pah berjalan ke tempat makanan dia dan kuarkan makanan Pah. Walaupun masih ade lagi makanan dalam bekas die, die x mau makan coz makanan tu dah lemau. Memilih betulkan Pah nie?!!! Aku selalu letak skit jer so nanti Pah tetap akan makan semua makanan tu walaupun dah bercampur dengan yang dah lemau. Just wat syarat jer letak yang baru tu.
Sambil Pah makan, aku tepuk belakang die & aku selalu kata, "Makan Pah. Jangan memilih. Bersyukur dengan ape yang ada! Kite bukan orang senang..." Aku x tahulah Si Saripah nie dengar ke x cakap aku coz die dah sibuk makan. Pastinyer rutin aku setiap pagi macam tu lah dengan Pah. Dah kenyang makan, Pah akan jalan2 maner die suker. X pun Pah akan pegi dating dengan pakwenyer yang kitarang x tahu kucing maner.

Minggu lepas, aku perasan Pah dah x kuar jalan2 macam biase. Dating2 pun x de dah. Asyik makan, tido, makan, tido kat opis bapak die. Bile Pah dengar pintu opis aku terbukak, terus die datang dengan penuh lenggang-lengguknyer. Sabar je lah nak tunggu Si Pah nie sampai kat opis aku. Malas nak tunggu Si Pah yang tergedek-gedek tu, aku pun angkatlah die.Tetiba rase something kat perut die dan berat badan die pun macam dah bertambah. Aku belek kiri perut Pah, belek kanan plak, suruh Pah catwalk .... sah, Saripah nie dah pregnant! Catwalk pun dah x cantik dan tak gedik mcam dulu!

Aku bagitahu Kak Aniey a.k.a mak tiri Pah (coz Pah takut nak masuk kedai Kak Aniey, die garang dengan Pah) yang Pah dah pregnant. Kak Aniey kate die dah tahu coz bapak Si Saripah bagitahu die kelmarin. Aduyaiiii PAh, baru setahun +++ dah pandai nak projek. Sejak dari tu, Pah dah x ke mana-mana. Asyik tido dan lepak2 santai kat opis bapak die. Lau Si Pah nie datang kat opis aku die masuk bilik belakang, usha2 jap & terus baring kat bantal hijau aku. Die nie mmg spesis kucing nak sedap jer semua. Makan nak sedap & fresh, tido nak atas carpet, opis nak yang ade air-cond jer. Lau kedai Kak Aniey die just duduk kat depan pintu jer. X de air-cond so x mau masuk. Memilih sungguh!!!

Biler dah tahu Si Saripah nie pregnant, x jadilah aku nak pulangkan sangkar kucing kak ngah aku. Asalnyer sangkar tu nak bawak Pah kek klinik untuk proses mandul tapi x de masa coz My Little Bucuk busy. Bapak Pah pun busy. Tup... tup...tup... Pah dah pregnant. So sangkar tu utk letakkan Pah dan baby bile Pah nak bersalin nanti. Sekarang Pah semakin kuat makan. Kejap2 nak makan. X per Pah, aku bagi ko peluang merasa beranak.Lepas anak2 Pah dan besar skit nanti, nak kasikan Pah lah. X nak bagi die beranak lagi dah.  Mesti Pah teruja nak dapat babykan? Huhuhuhuhu ....   

2 ulasan:

  1. pah kesayangan eida tu ada kt opis jiran akak...ambik le sian dia kesejukan..hihihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak faridah, Si Pah tu memang macam tu. Bukan sebab sejuk tapi Si Pah tu nak tido atas carpet. Tu yang dia suker melepak tido kat situ.
      Tggulah, ida dah bawak sangkar die nnt, nak letak die dalam sangkar tu!

      Padam