Ketika orang lain sibuk berhari raya bersama dengan keluarga sehingga hujung minggu, aku & hubby sibuk dengan bekerja. Makanya hari Isnin merupakan rezeki kepada kami lebih2 lagi aku! Pepagi isnin, aku bangun sangat awal sambil buat muka-muka manja dengan hubby coz nak ikut dia outstation ke Gambang, Pahang. Hubby kata kemas umah & tunggu phone call dari dia. Lau x call maknanyer x de lah jeki nak follow. Aku pun mulalah kemas2 ape yang patut dan masak meggi tom yam untuk breakfast. Jam dah pukul 9.32 nie, tapi hubby still x call atau sms. Dengan muka x malu, aku pun sms hubby :
"Dah gerak ekk?"
Aku tunggu 5 minit... x balas, maksudnyer dah gerak pegi Gambang tanpa bawak aku! Masuk bilik, baring atas katil, amik bantal , peluk dan nak nangis. Tetiba phone aku berbunyi dan suara hubby aku mengarahkan :
"Cepat2 siap. Abang tunggu kat bawah nie!"
Yahoo...tanpa membuang masa kau pun bersiap ala kadar. Dapat ikut, hati aku riang x terkira. Dalam nak cepat tu, tersalah pilih kasut plak tp dah terpakai terpaksalah teruskan. Kang marah plak My Little Bucuk! Perjalanan ke Sekolah Sukan Pahang kat Gambang berjalan lancar & aku menjadi co-pilot hubby walaupun aku lebih banyak tidur dari menemankan die drive...huhuhu! Setel kerja di Gambang, kami terus ke kuantan, pusing2 jap sekitar kuantan. Hmmm... x banyak yang menarik pun kat sana ditambahkan lagi dengan cuaca yang amat panas. Kami teruskan perjalanan ke Teluk Cempedak, x jauh pun dari kuantan. Still hangat kat sana tp pantainyer cantik.Jalan2 kat tepi hutan dan pantai sambil tengok2 family2 yang lalu-lalang bawak bekalan makanan untuk berkelah.Makkk aiii, pukul 3 petang baru nak berkelah. Tengah-tengah hari, matahari plak dengan gembiranya bersinar memberikan terikan cahaya kat kite, ada plak yang boleh tahan nak berkelah. Tu yang kat dalam laut ade jugak yang tengah berenang-renang dengan hati yang riang.
Aku lebih suke jalan atas jambatan yang disediakan dr turun ke laut coz memang x tahan cuaca yang panas tu. Ade pelancong2 cina Singapore rasenyer yang datang main2 dengan monyet sekitar pantai tu. X kuase main dengan monyet tu coz takut kena gigit. Pengalaman di Bukit Melawati dah cukup memberikan pengajaran pada aku. So say NO to the monkey! Hubby plak sibuk acah aku dengan monyet2 tu. Rase nak jer tolak hubby kat monyet tu, biarkan kena gigit. Lagi kita nie takut, lagi die acah! Jahat betul!
OTW the car park, singgah jap kat kedai cenderahati.Belilah baju untuk anak buah, Arif Izzudin baju budak-budak teluk cempedak. Sepasang baju saiz "S" warna merah, ada gambar pemandangan dalam laut & tulisan "Teluk Cempedak" harganya RM 18.90. Untuk Aku T-shirt "I Love Teluk Cempedak" warna putih kosong RM 10.90. Minta kurang 90 sen pun x mau bagi. Mak aiii...kedekutnyer mak cik nie. Sambil kuar dari kedai aku pu katalah macam nie tiap2 tahun leh naik hajilah!!! x rugi manerlah lau sedekah 90 sen tu. Sekali jer lah kita masuk kedai nie bak kata hubby aku!
Gerak balik ke KL, singgah jap amik gambo kat signature baru "KUANTAN" kat sungai kuantan. Mekasih pada Mat salleh yang lalu coz tolong amikkan gambo kami berdua. Baik sungguh mat salleh tu dengan wife die. Dia tolong amikkan gambo coz selalunya mesti gambo sorang2 atau pose yang same jer...hahahaha! tu mesti dari pengalaman dia sendirikan?!
Disebabkan panas sangat, aku dengan hubby amik keputusan singgah di Goh Tong Jaya, Genting untuk amik udara dingin. Aku plak nak minum strawberi milk shake..sampai kat Goh Tong dah petang so banyak stall dah tutup.Sempat beli sayur skit dan tengok2 bunga yang ada. Konon2nyer nak beli pokok cili tapi pokoknya x cantik, so x beli. Masa kat sana, Kabus tebal giler.so susah dan agak merbahaya memandu. Tetiba hubby ajak naik kereta kabel naik ke genting. Aku apa lagi, lagilah suka dapat naik ke kawasan ke tinggi dan lebih sejuk. Kami nie sama2 x pernah naik skyway ke genting coz naik atas terus dengan kete. So agak lucu biler naik atas gunakan skyway tu. Masing2 takut & gayat bile tetiba skyway tu berhenti tengah hutan dan mase kami naik tu plak dah nak maghrib.Hmmm...paham2 lah kan lau waktu senja nie....tambah lg kat dalam hutan banat nie!
Kat genting x ada ape sangat pun coz kami baru jer pegi bulan 6 yang lepas. Jalan2 & pusing2 skit pastu turun semula. Sempat beli strawberi milk shake utk aku.Fuhhh..lega tekak! Kami lebih menikmati masa di skyway coz dpat ber2 jer dalam tu. Hajat aku pun tercapai coz mmg nak rasa waktu malam di genting dan hajat hubby nak naik skyway pun tercapai. Alhamdulillah, Allah tu membalas kesabaran kami kerana terpaksa bekerja tatkala orang lain bergembira beraya bersama keluarga. Percutian @ jalan2 yang memang tidak dirancang membuat kami amat gembira. InsyaAllah, akan ada lg rezeki dari-Nya seandainya kita x kufur dengan nikmat Dia.Paling aku ingat sehingga kini ialah nasihat sahabat aku, Hanim Ishak bila masa aku sedih coz time study dlu masa dik-beradik aku semua pegi genting, aku x dapat ikut. Hanim kata " Tak pe ida, awak boleh pegi kemudian dengan suami. Itu akan lebih bermakna". Alhamdulillah, skrg sy merasai kebenaran kata2 dia. Thanks a lot hanim!