Selasa, 20 November 2012

Masak & Makan : Salmon Grill & Mash Potato

Antara xtvt yang aku suker buat adalah masak & makan! Yuppp ... aku SUKER makan! Walaupun aku x pernah tulis ape2 resepi kat sini tapi aku suker baca blog2 masakan yang melambak2 kat internet. Aku dilahirkan di kalangan ahli keluarga yang memang pandai memasak termasuk family mentua aku yang juga hebat hasil masakan diarang. Tapi aku lebih pandai makan dari memasak ... huhuhu. Tak semua dilahirkan dengan kemahiran memasak yer. Mase kecik2 dulu tugasan aku adalah bantu menghidangkan makanan dan basuh pinggan. Aku lebih kepada aktiviti membaca buku yang Abah belikan untuk aku. Sampai sekarang aku suker membaca coz Abah selalu belikan aku buku & majalah untuk dibaca. Maybe aku mewarisi sikap membaca Abah! Kakak2 aku plak lebih kepada kemahiran memasak yang diwarisi oleh Mak. 

Kak Ngah aku pernah bawak kami sekeluarga makan di Restoran William Kelana Jaya. Aku tinggal kat KJ pun x tahu ade kedai tu. Tahu ade Restoran SS2 Murni jer. So kami follow jer die. Salah satu makanan yang di order adalah "Risotto". Nampak menarik & meriahkan? coz bukan risotto semata-mata jer. Ade salmon grill, udang, kupang, lala dan sotong. Rasenyer pun sedap. Hubby aku makan dengan begitu berselera lg. My Little Bucuk nie memang berselera dengan sos putih. Katenyer lain dari yang lain, creamy & sedap. Dah dia selalu makan gulai cili api jer maner nak tahu masakan berkuah yang lain ... huhuhuhu.


Setelah melihat keterujaan My Little Bucuk makan risotto tu, aku pun bercadanglah nak masakkan ala2 macam tu untuk dia. Mase jalan2 menghabiskan masa di Giant, aku ternampak filet ikan salmon nie. Harga berpatutan dan ikan tu segar lagi. So aku bagitahu hubby nak beli ikan salmon tu. Nanti kita bolehlah wat salmon grill. Tahu ape dia balas? Ida pandai ke masak? Perghhh ... rasa nak merajuk jer. Tapi sabarkan je hati nie dan amik jugak ikan salmon tu walaupun ragu2 boleh ke aku masak ikan nie. Lau x jadi nanti, memang abislah aku kena sekolahkan dengan hubby aku .....

Petang semalam, before balik umah, aku googlelah dulu cara2 memasak ikan nie. Haaa ... pandai x aku. Dah beli ikan tu baru nak cari cara nak masaknyer macam mner. Before nie main sebut jer kan. X per, usaha tangga kejayaan. Lebih baik mencuba dari wat x tahu jer kan. Hasil bertungkus-lumus di dapur, maka terhasillah Salmon Grill With Mash Potato. Sosej tu sekadar nak menghabis baki sosej yang ada. Sepatutnyer ada salad tapi sebab hubby x suker sangat dengan sayur so aku x wat pun. Bazir jer coz nanti aku sorang2 jugak yang kena abiskan. Mash potato jer dah ok, tapi hubby kate nanti die x kenyang so kena lah masakkan dia skit nasi. 


Kat bawah nie cara untuk sediakan hidangan nie. Bila dah upload kat FB, kawan2 ade yang nak cuba buat coz ringkas, mudah dan sihat. Sedap ke x bergantung pada tekak masing2 coz citarasa masing x samekan. kadang kite kena ubahsuai jugak sesebuah resepi tu coz x semua betul2 akan jadi same macam yang kite nampak.

Salmon Grill
1. Bersihkan filet ikan salmon dan tus kan sebentar. Sapu garam, serbuk perasa & lada hitam / lada sulah.
2. Biarkan sebentar. Panaskan pan dengan seketul butter nak pastikan butter tersebut cair merata permukaan pan.
3. Bila pan dah panas, masukkan ikan dan grill sehingga ikan masak di kedua-dua belah bahagian. Ikan salmon nie besar dan tebal tau so makesure masak keseluruhan bahagian. Masa memasak antara 10 - 15 minit. Masa memasak ikan nie, boleh ajak hubby masing2 tolong sekali yer kerana nie lah mase untuk korang semua bergembira & bermanja di dapur. Lagi satu, orang lelaki nie bab2 mcam nie diarang memang suke. So amiklah kesempatan nie untuk bermesra.
4. Bila ikan dah masak, boleh masukkan ke dalam pinggan besar. 1 pinggan 1 ketul filet ikan salmon tu tau. Lau ade minyak/butter hasil dari grill ikan tadi amik dan tuangkan atas filet ikan tu. Aku gunakan butter so x bahaya. Lau gunakan minyak masak, x digalakkan yer.

Mash Potato
1. Bersihkan 3 biji ubi kentang. Aku pakai ubi kentang yang besar2 so dapat banyak skit. Lagipun kan x makan dengan nasi, so kentang jadi penggantilah. Ada sesetengah orang akan rebus kentang dengan kulit2 sekali. Tapi memikirkan malas nak mengopek kulit kentang tu masa kentang tu tengah2 panas, aku buang siap2 kulit kentang, mudahkan kerja. Kang x pasal2 ade yang MC lagi esok coz tangan melecur.
2. Rebus kentang sampai empuk. Agak 15 minitlah kot. Lau rase kentang tu dah boleh potong dengan sudu mase tengah rebus, bolehlah angkat dan tuskan sekejap. Masukkan dalam bekas dan ambik sebarang alat yang korang rase boleh melenyek atau hancurkan kentang tu. Aku pakai penumbuk lesung batu jer ... hehehehe. Makesure penumbuk lesung korang x de rasa kunyit dan cili padi yer. Lau x akan ade extra falvourlah kan. Bab melenyek nie aku
3. Masuk garam dan lada hitam / lada sulah secukup rasa. masukkan jugak sedikit fresh milk untuk membuatkan kentang tu tekstur dia moist macam kentang KFC tu. Agak2 rasa dan tekstur kentang dah okay, hidang sebelah ikan tu. Untuk susu,aku pakai susu HL kotak kecik jer harga RM 1.90 sekotak. Tak perlu banyak dan boleh digunakan untuk wat sos putih creamy tu sekali.
4. Baki air rebusan kentang tu aku celurkan sosej dalam tu. sosej nie just nak abiskan jer bai yang  ada. Tak letak pun ok.

Mushroom Soup
1. Ambil 3 biji bawang putih 7 cincang halus. Ambil 1 biji bawang merah / holland dan dipotong dadu. Ambil 5 biji cendawan butang dan hiris nipis.
2. Masukkan 1 potong butter dalam kuali, panaskan butter dan masukkan semua bahan kat atas. Tumis sampai garing dan masukkan 2 sudu tepung gandum. Kacau hingga tepung masak bersama bawang & cendawan. Akan berlaku perubahan warna, macam warna kelabu2 skit. So masukkan 2 cawan air masak dan baki fresh milk tadi.
3. Masukkan 1 kiub ayam/daging sebagai perasa kepada sup. Kacau sehingga sup pekat dan masukkan garam secukup rasa dan lada hitam / lada sulah untuk melengkapkan rasa. Korang akan rasa creamy pada sup tersebut.

Akhirnya, tuangkan sup yang creamy tu atas mash potato dengan style anda sendiri. Nak banjir 1 pinggan pun boleh. Deko2lah ikut kesukaan masing2. Pentingnyer rase sedap dan mengenyangkan serta seimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan