Jumaat, 16 November 2012

Merehatkan Minda Di Bukit Tinggi, Pahang

Since balik dari kpg hubby, aku masih tidak sihat. Perut meragam tak henti2. Rase macam nak amik pisau, belah & buang bahagian yang sakit tu. Hari isnin pagi kami mula bergerak balik ke Kelana Jaya. Before tu singgah Pejabat Agama Seremban, amik kad nikah yang telah siap. Kat sana terjumpa kawan sekolah, dia minta alamat umah coz die pun nak kahwin 22/12/2012 nie. Aduyaiiii ... kena stanby MC lg coz cuti tahunan tinggal 1 hari jer lg. Pengsanlah aku asyik kena pura2 berlakon sakit, last2 betul2 sakit...huhuhuhu!

Petang tu, aku tanya hubby berkali-kali "Jadi x pegi Bukit Tinggi esok nie?". Hubby plak dengan selamba menjawab " Lagi sekali Ida tanya, esok x jadi pegi!". Hehehe... aku terus cuak. Kutip baju kotor & masukkan dalam bakul. Check freezer kot2 ada ape2 yang boleh di bawa esok. Macam lame jer x wat sandwich, so esok bawak sandwichlah as bekalan makan kat sana. Malam lepas dinner, kami pegi mendobi kat tempat biasa & singgah shell beli roti.

Esoknyer, aku bangun awal coz nak siapkan sandwich. Ternampak kek pisang, potong2 masuk dalam bekas. Ingat nak wat sandwich telur tapi roti plak x cukup. Lagipun My Little Bucuk nie x suke sandwich telur so x kisah lah lau x de. Ternampak plak buah rambutan pemberian opismate, so kupas kulit dan masukkan dalam Tupperware. Lebih kurang pkul 8.30 pagi kami dah gerak ke Bukit Tinggi.

Bila setel bayar tiket masuk, kami terus ke Taman Jepun & Taman Botani.Udara kat sana segar dan landskap taman jepun memang indah dan sejuk. Kami berada di sana kira-kira 2 jam untuk menikmati pemandangan yang indah. 

 Bukit tinggi dari jauh. Pendakiannya mudah coz jalannya landai dan tidak perlu 
mendaki tinggi seperti ke Genting Highland. 

 Ni pemandangan dari car park Taman Jepun.
 Berkabus tapi x sejuk pun.

 My Little Bucuk dah bersedia untuk mendaki tangga naik ke Taman Jepun.
 Dia bertanggungjawab membawa bekalan makanan dan minuman.

Pendakian bermula. My hubby bersemangat mendaki sehingga meninggalkan isterinya di belakang. 
Aku lebih suker mendaki secara rileks dan santai supaya boleh menikmati pemandangan.


Posing dulu kat corner. Sila jangan pandang ke bawah sekiranya anda gayat pada ketinggian.
Baju saya x berapa nak sesuaikan? Ape ade kisah, asalkan boleh bergerak.

Hubby pun nak posing same!

Nie enterance Taman Jepun. So ade signboard, just follow,
 anda x akan sesat!

boleh baca sedikit info pasal Taman Jepun 
kat signboard belakang tu.

Mule2 masuk jer aku dah mula nak bergambar.
Kawasan nie memang cantik dan buat aku jadi teruja.

Ikan Cup yang bela dalam kolam2 ikan kat sini. Besar2 plak tu.

Ikan cup lagi. Nama pun kat Taman Jepun kan.

Sekali imbas, background tu macam lukisan. Tapi itulah air terjun buatan 
yang mengalir terus ke kolam ikan cup tu.

Nasib baik ade yang sudi tolong amikkan gambo kami berdua.
Pastu kitorang plak tolong dia amik gambo.


Air yang jernih dan bersih. Sejuk tau!

Salah satu simbol kebudayaan Jepun.

Berposing kat depan rumah jepun. Boleh minum Teh Jepun dan pakai Kimono. Sewa baju Kimono sahaja RM 20.00 dan minum Teh Jepun dalam RM 21.00 kot.
Kami sekadar tengok jer coz mase kahwin dlu kami dah pakai kimono.

Nie bahagian dapurnyer

Walaupun x boleh masuk rumah Jepun, tetap di sediakan rumah contoh kecil yang kita boleh masuk dan duduk2 berehat. Pondok nie kecil dan redup dan kite boleh berpicture sepuas-puasnyer.

 Nie dari angel tingkap umah / pondok tu.

 Hubby posing kat tepi kolam. Walaupun dah masuk tengah hari tapi 
keadaan sekeliling tetap lembap dan dingin.

Kami meneruskan perjalanan ke taman botani. Ikut jalan shortcut supaya 
boleh nampak puncak bukit-bukit sekeliling taman Jepun

 Aku x tahu pokok ape ni tapi semut & kerengga hurung die.
 Nie mesti manis nie!

Sambil berjalan kami rehat jap kat tepi jalan untuk menikmati bekalan makanan yang dibawa. Sambil2 makan ternampak Genting Highland. Owhhh..terujanya aku bile nampak Genting. Di atas bukit tu, Genting! Leh nampak dengan jelas kalau cuaca baik.

Kat sini plak adalah kawasan lapang yang orang ramai boleh duduk a.k.a berkelah ramai2. Pokok2 buloh tu dibentuk menjadi bumbung so kite x akan berpanas lau duduk kat situ. Sejuk jer rase.

 Duckface from My Little Bucuk

Buah nie senang nampak kat kat tepi2 semak kat kampung tapi kat sini pokok nie jadi tumbuhan hiasan dan tambah berseri dengan buah2nyer nie. Rase mcam nak petik dan makan jer.

Kami dah mula masuk Taman Botani. Ada macam tumbuhan kat sini tapi aku x amik gambar sangat coz sibuk meneliti tangga turun ke bawah. Takut jatuh.

Nie before jadi purple macam buah kat atas tu. 
Lembut jer warna pink buah tu.

Kami berjalan2 jauh sehingga ke hujung terjumpa jambatan yang telah ditutup. Aku ajak hubby patah semula coz risau dengar bunyi monyet, kera, beruk & lotong yang kuat. Kata orang lau spesis beruk nie berbunyi kuat tandanya ade harimau dekat2 situ...hanya Allah jer yang tahu.

Selepas keluar dari Taman Botani, kami terus ke kedai beli air & ais krim. Kami kemudian turun semula ke car park dan bergerak ke Colmar Tropicale. Bagi aku biase jer Colmar Tropicale nie. x de lah yang menarik sangat pun. Hanya senibina bangunan Perancis yang menarik perhatian. Permainan & hiburan kat situ kite boleh dapat kat tempat lain jugak. Mase kami sampai, cuaca panas dengan orang ramai. Kami singgah sekejap tengok persembahan badut dan naik menara untuk melihat Colmar Tropicale dari sudut padang atas.Mase kat atas cuaca dah mula mendung menandakan hari nak hujan. 

Dari jauh memang cantik suasana kat sana. Senibina bangunan gaya Perancis 
sedikit sebanyak membuatkan kite lupe kita kat Malaysia.

Sangat panas ketika ini sampaikan mata pun x boleh nak buka luas untuk amik gambar


Mase nie orang ramai so memang susah nak amik gambar kite betul2 sorang. Lau x dah tentu perasaan rase macam pegi Perancis... huhuhuhuhu

Berposing di atas jambatan / lauan masuk ke Colmar Tropicale


Ni kat menara yang boleh nampak keseluruhan Colmar Tropicale. Aku dah mula bosan & penat. X de yang menarik pun kat sini. Biase jer. Taman Jepun lagi seronok.

High angel Colmar Tropicale

Hotelnyer agak menarik coz boleh nampak aktiviti di bawah. Lau aku duk kat hotel tu
mesti dah bersidai kat beranda tu tengok orang lalu-lalang.

My Hubby pun dah terasa bosan.

Amik lah gambar kenangan die kat sana skit



Mase nie hujan dah nak turun. kami plak baru nak turun bawah pegi tengok angsa warna hitam & putih tu. So lepak dulu sambil makan keropok cheezel dan bica. Aku x lalu nak habiskan cheezel so sedekah kat angsa hitam tu.

Angsa putih nie suker show off bulu die yang cantik tapi 
aku x suker coz die nampak garang.

So aku pun x bagi cheeezel pada die coz die macam 
nak patuk jer tangan aku mase aku tengah pegang cheezel tu.

Disebabkan diarg ber2 nie baik, so aku pun bagilah 
cheezel tu skit walaupun takut2 sebenarnyer.

Kesimpulannya, aku lebih suker angsa hitam nie dari angsa putih tu.
Coz diarg baik dan x tamak. Kami same2 share cheezel tu!

Setelah habis bagi angsa tu makan cheezel, aku dengan hubby cepat2 naik atas semula coz takut diarg mati tercekik makan cheezel. Kang x pasal2 kena membayar ganti rugi. Colmar Tropicale nie memang membawakan kita seolah-olah berada di Perancis. Senibina bangunan, hiburan & persembahan, makanan dan angsa hitam & putih tu sebagai lambang makanan kebangsaan Perancis iaitu Foie Gras.

Kepada sesiapa yang nak pegi sini, boleh pegi tapi spend banyak mase kat taman jepun dan taman botani lagi baik. Tapi kata orang ramai malam2 ade persembahan yang menarik. So kenalah tido kat situ. Bagi aku cukuplah pegi balik hari jer. X berapa nak menarik. Hanya angsa hitam jer yang aku suker. Bagi yang suker arnab & kuda, ade jugak tapi x menarik pun dan kawasannyer kecik jer. Lau bawak anak2 maybe ok kot.tapi bg pengantin yang x berape nak baru mcam kami nie...Opsss, not my taste!



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam