Musim hujan pada setiap petang kembali semula. Terasa sejuk jer cuaca sehingga Sweet Tulip offkan jer air-cond opis! Macam kat luar negaralah plak kan ... Bila dah sejuk2 nie ST mulalah bosan coz mata dah mengantuk & badan pun lemah. Sambil tu tangan nie rajin jer nak godek2 tab dan tengok-tengok kembali gambar kenangan jalan2. Lunch tadi hujan, kengkawan dekat opis depan makan Mc Donald. Alhamdulillah, Allah masih jaga hati ST untuk tidak membeli lalu menyumbang kepada organisasi yang membantu Israel menyembelih saudara kita di Palestin. Ya ... kalau ST seorang jer yang x beli dan boikot, mereka x akan rugi tetapi ini salah satu cara ST nak mendisiplinkan diri dan menyumbang sesuatu yang tak besar tapi memberikan makna tersendiri.
Belek2 gambar, terjumpa gambar kami pegi berjalan-jalan a.k.a honeymoon ke Genting Highland. Honeymoon ke genting jer, tak pergi jauh pun. Lagipun ST x pernah sampai ke genting lagi (huhuhu ...orang lain dah naik jemu pegi, sian aku nie). Makanyer bila MLB tanya nak ke mana untuk honeymoon, ST minta MLB bawak ke Genting Highland jer. Mesti pelik dan jelik kan dengan permintaan ST. Sebenarnyer 3 bulan sebelum kami berkahwin, MLB dah bawa ST ke Beijing, China dan 2 minggu lepas kahwin, MLB ada tugas di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan - mestilah bawa ST sekali pergi dan terus masuk ke Thailand! Alhamdulillah ... rezeki melimpah-ruah semenjak merancang untuk mendirikan masjid sehinggalah terbinanya masjid.
Seronoknyer bile dapat pegi ke genting. ST memang suker tempat2 yang sejuk. Masa ke Beijing pun kami pegi waktu musim sejuk iaitu seminggu selepas tahun baru cina. Banyak permainan yang St teruja nak main, tapi terbantut sebabnyer rase serik dengan pening & gayat lepas naik Flying Coaster. MLB plak memang x berapa minat dengan outdoor game. MLB suker indoor game tp ST suker outdoor game. Peningkan nak layan setiap kehendak masing2. ST suker cuaca kat genting yang lembap dan berkabus. Tak de panas2 macam kat bawah nie! In Shaa Allah, lau ade rezeki mahu jer beli rumah kat kawasan sejuk macam kat Goh Tong atau Cameron Highland. Suker cuaca yang sejuk dan lembap nie.
Pukul 10 pagi baru sampai kat kaunter. Kami pegi hari Isnin, orang Malaysia x ramai tapi Pak & Mak Arab ramai sungguh. Tetiba rase mcam kat Abu Dhabi plak. |
Masa kami mula2 naik nie sampan kayuh nie, cuaca ok. Tetiba datang kabus tebal, wahhhh... terasa sgt best coz sejuk & nyaman jer. Tapi awas boleh eksiden coz jarak penglihatan amat dekat! |
Amik gambar buat kenang-kenangan. ST seronok sebab dapat pegi genting dengan suami tercinta. Alhamdulillah. |
Sweet Moment for us! |
Seronok jalan2 kat sana. |
Alhamdulillah sampai juga ST ke sana. Ada rezeki datang lagi. Nanti ST kongsikan pengalaman ST & MLB merasa musim sejuk kat Beijing yer. Seronok berjalan ke tempat orang nie. Jauh berjalan, luas pemandangan & tingkatkan kesyukuran! Itu semua rezeki dari Allah.