Sabtu lepas, 10 November 2012 merupakan majlis khatan adik sepupu sebelah hubby aku. Huhuhuhu... macam pelikkan coz hubby aku dah umur 32 tahun tapi masih ada adik sepupu yang masih kecil. Majlis dilangsungkan di rumah nenek hubby di Sungai Jernih, Lubuk Cina. Kami balik kampung pada pagi sabtu sebab aku x sihat & hubby penat (hubby aku baru balik outstation penang).
Apabila menjadi menantu perempuan pertama dalam keluarga yang amat besar nie, cabaran pun besar lah jugak. Kalau di sebelah aku, hanya mak-mak & pak- pak sedara bersam-same sepupu yang telah beranak-pinak yang akan menyinsing lengan di dapur untuk menguruskan segala macam juadah. Tapi di sini, aku sendiri melakukan bersama-sama mak sedara & sepupu-sepupu perempuan yang x berapa nak ramai. Paling memberikan pengertian yang amat sangat adalah apabila aku membungkus lauk-pauk untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. So persepsi aku terhadap bungkus-bungkus lauk nie dah berbeza apabila melalui pengalaman sendiri menyediakan juadah a.k.a masak sendiri lauk-pauk tu.
Nielah rumah nenek My Little Bucuk & di sinilah jugak my hubby membesar
Salah satu yang menarik perhatian aku adalah setiap tetamu yang hadir membawa kuih-muih atau sebarang bentuk bantuan makanan pasti membawanya menggunakan bekas Baba & Nyonya. Berbeza dengan di kampung aku yang membawa bekas @ mangkuk tingkat. kami pula akan membalas dengan mengisi bekas tersebut dengan lauk-pauk yang telah aku bungkus bersama seorang sepupu hubby. Ia juga akan disertakan dengan bunga telur & makanan ringan sebagai buah tangan
Kumpulan marhaban yang menyerikan majlis. Induk Tut menghias tabir belakang dengan belon-belon yang berwarna-warni khas untuk majlis khatan 2 orang anak bujangnya
Yang berbaju biru Adib (7 tahun) & berbaju peach (6 tahun). Jangan x percaya, mereka sendiri minta untuk di sunatkan / khatan.
Yang ber T-shirt biru plak bapa saudara kepada hubby (ayah Adib & Adam)
Nie pula mak Tut a.k.a mak sedara hubby. Aku panggil Induk jer. Induk kata dia buat majlis nie secara besaran kerana memikirkan masa untuk melihat perkahwinan anak2nya masih jauh coz anak2 masih kecik, takut x sempat merasa. Jadi inilah yang terbaik boleh dia sediakan untuk anak-anaknya sebelum diarang berumah tangga.
Nie plak Induk Nor dan Alang (anak lelakinya). Yang pakai T-shirt nie anak arwah mak sa, Imran. Family nie memang ramai lelaki. Mujur masing-masing rajin membantu.
My Biras(baju kuning) Abang Mie lepak bersama Pak Uda(suami Induk Nor). Pak Uda nie mmg perajin sama ligat dengan isterinya.
Nie antara makanan yang diberikan oleh orang ramai. Aku bawakkan kek coklat moist 2 biji. Sedap hingga menjilat jari sampai si Kamil request lagi coz x puas makan. Next time yer kak faridah bawakkan...huhuhuhuh
Nie plak salah seorang sepupu hubby, Ain. Aku banyak wat keje dengan die nie. Ruper2nyer dia study hotel, catering & management dlu. patutlah cekap membuat keje. Mereka nie kahwin 2 bulan awal dari kami. Masing-masing masih mood bulan madu lagi!
Kebetulan hari tu hari lahir masyitah. Jadi teruslah sambut sekali. Kek nie khas dari Pak Lang.
Majlis berjalan lancar. Adib & Adam selamat dikhatankan pada jam 8.30 malam. Aku & hubby x de mase sesi berkhatan kerana ke melaka plak untuk bersama family aku. Ape2 pun semuanya dah selamat dan mereka dah boleh jadi lelaki dewasa cuma kena tunggu akil baligh jer lagi.