Rabu, 23 Januari 2013

MaNdi LaUt KeK pOrT dIcKsoN

Ahad yang lepas, Sweet Tulip & Little Bucuk merancang nak ke Sunway Lagoon Theme Park sempena ada promosi RM 20 pada setiap 20 haribulan ~ just untuk 1k tiket. Tapi punyer lah ramai orang berebut tiket tu, tepat jam 8 pagi, HOT TIKET tu dah SOLD OUT! Pukul berapelah agak2 diarang datang beli tiket? Rasenyer ade yang sesudah subuh dah beratur kat kaunter tiket. Memandangkan anak2 sedara kesayangan ST  ade yang demam dan sakit telinga lalu x dapat join, maka kami pun batalkankan masuk ke Sunway Lagoon Theme Park, di samping harga tiket yang mahal, lari bajet I! Huhuhuhu... Akhirnyer ST bersama keluarga mentua bergerak ke Port Dickson. Lame juga ST x pergi ke sana. Banyak perubahan di pantai teluk kemang. ST memang dah lame x mandi laut, jadi agak teruja jugaklah.

Cuaca yang cantik di pantai Port Disckson

Sampai di teluk kemang, kami lunch dulu di kedai makan berhampiran. Kedai agak gelap, panas walaupun ade kipas besar yang bergerak laju. Pinggan makan x usah cerita. Bayangkan makan sambil tangan menahan pinggan berpusing kerana pinggan yang keadaanyer sudah rosak dan harus diganti baru. Nak kata x untung agak mustahil kerana orang sentiasa ramai memenuhi ruangan kedai makan. ST sempat ke toilet awam yang disediakan berhampiran kedai makan. Bayaran untuk masuk toilet RM 0.50 sahaja. Manakala untuk mandi pula RM 1. Bagi ST bayaran tersebut agak mahal, x setanding dengan keadaan toilet yang disediakan. Bak kate pak mentua ST "toilet zaman 60-an dengan x berpintunyer tapi bayor macam kat shoping complex". Sila bayangkan sendiri macam maner rupernyer tandas tu.

Kat tepi pantai, kami mencari tempat untuk bercanda di tepian pantai. Sekarang nie tepi pantai dah disediakan kurusi dan meja untuk disewa oleh pengunjung dengan kadar tertentu. Maka, kami pun sewalah 1 set tempat duduk berharga RM 20 untuk sehari. Ada juga set mini kanopi berharga RM 50 sehari. Jadi tepuk dada, tanyer poket. Haaa... Itu baru nak cari tempat duduk jer tu. Kebanyakan best view tepi pantai telah dimonopoli pihak2 tertentu dengan tujuan perniagaan. Itu belum lagi dengan bayaran xtvt pantai yang lain. ST x pasti berape harganyer sebab ST sibuk bawak anak buah mandi & berendam dalam air laut. Tak lame pun kami berendam sebab sejuk dalam laut tu dan ombak pulak besar. ST memang takut lau mandi laut ombak besar.

Lepas berendam dalam laut. Nikmati angin laut sekejap.
Anak buah MLB yang menikmati angin laut sambil makan ais krim.
Tak mahu pakai baju!

Biras ST, Abg Mie

Abang Ipar ST, Ibrahim & Daddy In Law ST, Encik Ismail.

Kakak Ipar ST, Along Shimah & Arip.
Harapan ST kemudahan awam di pantai teluk kemang dapat dibaikpulih dengan lebih baik lagi. Agar generasi akan datang masih boleh menikmati keindahan pantai di sana. Pihak berkuasa juga harus melakukan pemantauan atas setiap xtvt komersial yang dilakukan agar tidak membelakangkan hak orang awam.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan