Masih ingat Saripah, kucing Sweet Tulip? Saper2 tak kenal dan tak ingat saper Si Saripah nie boleh rujuk kat SINI. Pagi tadi Saripah melepak betul-betul kat depan escalator nak naik ke tingkat atas. So orang nak gunakan escalator pun susah sebab Si Pah nie dah melepak kat situ dan tak mahu beralih. ST masuk opis macam biasa dan biarkan jer Si Pah kat situ.
Dekat-dekat pukul 10 pagi, terdengar Si Pah mengiaw-ngiaw sambil berlari dari escalator. ST cuba nak ambil Pah tapi Pah tetap cuba larikan diri. Mujur ada kengkawan kat situ, Roy tolong pujuk Si Pah. Lepas Roy berjaya pujuk dan dukung Pah, kami periksa jari kaki Pah dah patah dan berdarah sebab tersepit kat escalator. Kami cepat-cepat ambil tisu dan Roy carikan minyak gamat untuk rawat luka Pah. Sambil Roy letak minyak gamat, ST cari dan call veterinar yang terdekat untuk rawat jari kaki Pah. Mujur Klinik Haiwan di Seksyen 6 dah buka dan doktor pun ada. So kami pun terus bawak Pah ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Dah balik dari klinik, biarkan Pah rehat dulu. Pasni baru sekolahkan die! |
Doktor tak bagi Pah jilat, tapi Si Pah nie jilat jugak kakinya. |
Kat klinik, doc kata kena buat surgeri coz takut tulang dalamnya rosak. Another alternatif ialah bagi injection antibiotik, cuci luka dan sapu krim. Disebabkan coast untuk surgeri agak mahal, ST pilih amik injection dengan ubat jer. Doc pun rawat Pah dan ST kesian tengok Pah sakit masa kena cuci luka kat jari kaki. ST buat apa yang ST mampu jer. InshaaAllah, selagi kita berusaha akan ada jalan dari-Nya. Doc berikan juga ubat makan untuk bengkak dan luka kaki Pah.
Waktu nak ambil ubat, doc tanya ape nama Pah. Hahahaha ... ST segan2 nak sebut, last2 Roy cepat2 cakap nama sebenar Pah Sharifah. Wawww !!! Doc pun terkejut. Kelas kau Pah! Huhuhuhuhu ...... Doc pesan bagi ubat dan sapukan krim pada luka di jari kaki Pah.
Merajuk dan mengantuk selepas kena sekolahkan. Terus tido! |
Nie kaki Pah yang tersepit kat escalator tu. |
Doc pesan supaya buatkan kon untuk elakkan Pah jilat luka die tu, tapi Pah degil tak mahu pakai. Dan paling geram Si Pah nie sedaya-upaya menangggalkan kon tu dari leher die. Berjaya plak tu. ST x nak paksa so ST biarkan Pah wat ape yang dia rasa selesa. Salah seorang kengkawan kat opis pun kata x letak kon pun tak per. Coz air liur kucing ada penawar sendiri.
Dah buatkan kon untuk elak Pah jilat kakinya tapi Pah berjaya tanggalkan jugak dari leher die. Tak selesa lah tu. |
ST harap kaki Pah cepat sembuh dan tidak melarat sehingga perlu disurgeri. Biarlah Pah cepat sembuh dan jangan lagi dah nak main2 kat escalator. Kesian tengok Pah menahan sakit dan sememangnya Pah tak pernah sakit melainkan sakit beranak dulu. ST sayang Pah! Semua orang kat sini sayangkan Pah. Cepat sembuh yer dan jangan nakal-nakal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan