Sebut ayam penyet mesti semua dah pernah makan kan?! Banyak juga kedai yang jadi ayam penyet main course mereka. Tapi tak semuanya sedap dan sambalnya kena dengan selera kita. Petang semalam Sweet Tulip dan My Little Bucuk makanlah ayam penyet kat Restoran Anika Selera, Kelana Jaya. kami kerap jugak makan di sini dan menu ST setiap kali ke sini adalah ayam penyet. Dah lama nak tulis pasal kesedapan ayam penyet kat sini tapi bila pegi makan ST selalu terus makan sebab lapar sesangat akibat lama menunggu makanan sampai. Ayamnya akan digerong garing panas-panas dan dihidangkan dengan sayuran serta keriuk-keriuk @ keropok ranggup di atas ayam. Didatangkan nasi putih dengan sup kosong, so memang kenalah dengan selera kami.
Haaaa ... sedap memang sedap tapi nak tunggu makanan nyer sampai boleh sampai pengsan. Lama sungguh menunggu. Nasib baik airnya sampai cepat. Boleh juga wat alas perut dengan air jap. Petang semalam sambil nak tunggu ayam penyet sampai, kami order dulu roti canai wat alas perut coz dah lapar sesangat. Hehehehe .... bila makanan dah sampai, kami pun makan dengan gembiranya.
Teh Ais untuk ST & Sirap Bandung untuk MLB |
Air kat sini pun sedap. Terasalah susu, sirap dan perisa-perisa yang sepatutnya. Tapi ST nak kongsikan pasal teh ais yang ST rasa ada campuran lain. Rasanyer sedap dan macam nak order lagi 1 jer teh ais. Tapi AWAS!!! Teh aisnya menyebabkan ST dan MLB tak tido malam. Teh ais nie buat kita rase tak mengantuk walaupun badan kita nie sebenarnya dah penat giler-giler. So hati-hati biler nak minum teh ais kat sini. Disebabkan semalam ST datang petang dan memang nak berjaga skit,so ST pun orderlah Teh ais Berhantu nie!
Set Ayam Penyet yang ada tempe, tahu goreng, timun, kobis dan sambal yang tidak terlalu pedas. Saper suka sambal tu masam, boleh perah sendiri limau yang turut diberikan. |
Datang dengan nasi putih dan sup kosong. |
Ada juga menu-menu lain kat sini tapi setakat ini ST suka Ayam Penyet jer. Lauk campur di siang hari pun sedap jugak tapi mahal sikitlah. Tak silap pemiliknya orang Kelantan, so ada juga menu tomyam dan mee celup siam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan