Jumaat, 19 Julai 2013

Berbuka di Zam-Zam Cafe & Satay Club

Masih tak terlewat rasanya untuk Sweet Tulip ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah ini membawa barakah dan hikmah yang besar kepada kita semua.

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia nie, aktiviti berbuka puasa bersama keluarga tercinta merupakan agenda utama dalam aktiviti bulan puasa ST walaupun tahun nie ST dah dapat berpuasa. Setelah berbincang2 dengan pakar makan a.k.a kaki makan keluarga ST iaitu Kak Ngah Faizah, kami akan berbuka puasa di Zam-Zam Cafe & Satay Club di Damansara. Boleh click Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk tengok info selanjutnya.

Pada asalnya kami nak balik berbuka puasa di Seremban tapi last minit My Little Bucuk ada tugasan di Johor Bahru, terpaksalah tukar plan. Setelah mendapatkan confirmation dari seluruh adik-beradik, kakak dan abang ipar ST di Melaka tak dapat balik berbuka. Maka Emak ST dan Ujang(adik lelaki ST) yang akan ke KL untuk berbuka di sini.

Okay ST sharekan gambar-gambar yang sempat diambil oleh Ujang dan Kak Ngah Faizah. Emak dan ST banyak duduk jer sebab tak larat nak melawat kawasan. Sebelum ke lokasi berbuka, kami sempat bershoping sekejap di Mahnaz Food, Seksyen 26 Shah Alam. Murah2 dan menarik sungguh. Sangat memberikan inspirasi baru dalam menghasilkan menu masakan yang baru.

Nie enterance Zam-Zam Cafe & Satay Club
Lokasi Zam-Zam Cafe & Satay Club mudah untuk dicari. ST kurang familiar skit dengan kawasan nie tapi Cafe nie boleh nampak dari tepi highway. Boleh cliks Zam-Zam Cafe & Satay Club untuk mengetahui lokasi sebenar. Pasti tak sesat mencarinya. 

Antara menu buffet untuk berbuka Nasi Beriyani, Murtabak dan Kari ayam
Sebenarnya ada banyak menu makanan yang disajikan. Semuanya sedap-sedap belaka dan berbaloi dengan harga pakej Ramadhan Buffet yang dikenakan. Sekiranya datang berbuka di sini, boleh call untuk tempahan. Nak walk-in Ramadhan Buffet pun boleh tapi lau tak dapat masuk tu pasrah jer lah yer coz ramai family yang datang berbuka di sini.  

Antara menu yang ST suka waktu berbuka di sini adalah Kambing Golek. Memang terbaiklah. Tambah lagi ST memang sukakan kambing. Makan beriyani dengan kambing lagi sedap dari makan dengan kari ayam atau gulai daging. Murtabak pun sedap, tak berminyak dicicah dengan gravy dari kambing golek, perghhh...memang terbaik!

Dessert Bubur Kacang Hijau, Buah-buahan dan Asam Jeruk
 Untuk manisan atau pencuci mulut, ada bubur kacang hijau yang pekat dan sedap. Rasa pun tak de lah manis sangat, sesuai dengan tekak orang berpuasa. Ada jugak disediakan ABC. Tapi ST tak berani makan coz dah rasa skit jer pun dah rasa manis betul. ST kan kena kawal gula..huhuhuhu

Air Katira & Sirap bandung Selasih, Kuih-Muih, Mee Rebus, Rojak dan Soto
Bagi sesiapa yang tak nak makan nasi, boleh makan menu sampingan yang lain. Antara makanan yang diambil oleh Ujang dan Kak Ngah faizah adalah soto, mee rebus dan rojak. Semuanya sedap2 belaka. Kak Ngah Faizah puji kuah soto yang memang terbaik. Minuman panas turut disediakan seperti nescafe dan teh tarik. ST suka dengan teh tariknya. Memang sedap!  

Suasana santai untuk rehat-rehat selepas berbuka. 
 Sebenarnya banyak seksyen/ruangan di Zam-Zam Cafe & Satay Club nie. Ada ruangan santai untuk lepak-lepak sambil layan Shisha dan boleh main pool di ruangan bawah. Jangan keliru, Shisha tak termasuk di dalam pakej Ramadhan Buffet yer. begitu jugak dengan Dessert Bar, juga tidak termasuk dalam pakej.

Dessert Bar nie tak termasuk dalam pakej Ramadhan Buffet yer. 
 Harga Ramadhan Buffet di Zam-Zam Cafe & Satay Club seperti berikut :
Dewasa : RM 38.00
Kanak-kanak : RM 19.50

Wajah-wajah kesayangan ST

 Suasana di sekitar ruangan Ramadhan Buffet.   
Ini ruangan untuk Ramadhan Buffet. Santai dan selesa
Ade satay corner untuk peminat satay. Satay ada 2 jenis pilihan iaitu satay ayam dan satay kambing. Satay sedap dan mesti cuba bagi penggemar kambing. Satay bersaiz besar-besar. Macam saiz satay kat Satay Station tu. So tak perlu amik bebanyak sebab makan skit pun dah kenyang tambah lagi bulan puasa nie kan.
Terima Kasih layanan yang amat baik dari pihak pengurusan
Kemudahan di sini amat baik. Toilet bersih dan kemas. Uniform pekerja pun menarik coz mereka pakai jersey bola satu club nie. Sorry ST lupa, tapi memang suasana baik dan layanan pekerja pun bagus. Boleh datang lagi lain kali.

Jumaat, 21 Jun 2013

Bubur Nasi Berlauk Kampung Baru

Huiii..lame sungguhlah Sweet Tulip tak meng"update" blog! Semenjak pregnant nie memang malas sungguh nak menulis. So hari nie paksa skit jejari menaip dan edit2 skit gambo(letak watermark jer pun). Malam tadi Mak dan 2 adik ST iaitu Ujang dan Qynet datang ke KL melawat ST sekeluarga dan Kak Ngah Faizah. Setelah berbincang2 dengan pakar dan kaki makan family kami iaitu Kak ngah, kami bawak mak makan Bubur Nasi Berlauk di Kampung Baru. ST pernah dengar pasal Bubur Nasi Berlauk Kampung Baru nie tapi x pernah cuba dan tak tahu lokasinya di mana. So kami just follow Kak Ngah dan Mr. Badang ke lokasi makan-makan setelah semua berkumpul di Dataran Merdeka. 

Bila sampai jer kat kedai tu, rupa2nya sebelah sahaja dengan Restoran Chop & Steak yang selalu kami pergi. Selama nie parking jer kat sebelah kedai tu tapi x pernah pun tahu ade jual bubur nasi berlauk coz namer kedai tu tulis Johan Tomyam. So memang tak sangka ada jual bubur nasi berlauk. Setelah dapat meja, kami terus order air dan pilih2 lauk untuk makan dengan bubur nasi. Memang meriahlah meja tu dengan makanan sampai naik pening nak makan lauk maner satu dulu coz banyak sangat pilih lauk...huhuhuhuhu.

Penuh meja dengan makanan. memang kaki makan sungguh.
Antara menu lauk yang kami pilih adalah daging kicap, sayur lobak masin, telur masin, ikan masin, cendawan masak taucu, somtam dan kerang rebus. Banyakkan?! Tak ke pening nak pilih maner nak makan dulu. Tapi ST tetap maintain makan maner yang terliur kat tekak nie dulu iaitu somtam. Alhamdulillah, ST kekenyangan sesangat. Mujur masa hari siang ST tak amik nasi, so bila makan bubur nie x lah sesak sangat perut ST. My Baby Bucuk pun riang gembira biler dapat makan macam-macam. 

Ujang dan Qynet berjuang menghabiskan makanan

Time kasih Kak Ngah dan Mr. Badang coz belanja

Emak ST kurang sihat jadi kurang selera nak makan
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan makanan.
Jadi tak membazir!
MLB yang semakin naik badannyer semenjak ST pregnant sebab
selalu jadi mangsa untuk habiskan makanan ST
Okay, sesiapa nak cuba makan bubur nasi berlauk nie boleh cuba. Kena pandai mix and match lauk supaya sedap jer rase bubur tu nanti. Harga boleh tahanlah dan banyak pilihan lauk. Ada banyak kedai yang jual bubur nasi berlauk nie so kena pandai pilih kedai dan makanlah dengan berhemah serta jangan membazir. 

Jumaat, 7 Jun 2013

SuP IkaN MeRaH

Sup Ikan Merah memang sedap! Masa Sweet Tulip kecik2 dulu selalu jugak makan sebab Arwah Abah ST memang sukakan sup. ST belajar makan ketam pun bermula dengan makan sup ketam. Mudah kata Arwah Abah punya selera selalu sama dengan selera kami adik-beradik yang masih kanak-kanak. Ditambahkan lagi Emak ST yang memang cekap memasak dan sedap masakannya, memang ST bulat dan comel semenjak kecik lagi.

Malam tadi ST masaklah sup ikan merah sebagai makan malam. My Little Bucuk belikan ikan merah segar ketika kami ke pasar malam seksyen 7, Shah Alam. Memang kami dah lama teringin nak makan sup ikan merah nie tapi selalunya saiz ikan merah yang dijual terlalu besar dan terlalu banyak plak untuk kami. Bila jumpa saiz yang sedarhana dan segar, tak berlengah lagi MLB terus sambar dan minta ST masakkan.

Sup Ikan Merah ST & MLB
Berikut cara nak sediakan Sup Ikan Merah. Ini cara ST sediakan, tak tahulah macam maner orang lain buat. ST sediakan dengan cara mudah dan ringkas jer.

Bahan-bahan :
Ikan merah saiz sedarhana - 1 ekor (siang dan bersihkan)
Ubi kentang  - 3 ketul (potong ikut suka)
Lobak Merah - 1 batang (potong ikut suka)
Bawang Putih - 2 ulas (ditumbuk hancur)
Bawang Merah - 3 Biji (ditumbuk hancur)
Halia - sebesar ibu jari (ditumbuk hancur)
Sup Bunjut - 1 bunjut
Lada Hitam dan Lada Sulah
Kiub Ayam Knorr - 1 ketul (Tak nak masukkan pun boleh)
Minyak masak untuk menumis
Daun Bawang - untuk lebih aroma menyegarkan

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan yang telah disiang. Kalau boleh kepala ikan dibelah dua supaya lebih mudah untuk dimakan nanti.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk hancur. Bila dah naik bau, masukkan sup bunjut, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika sehingga kentang dan lobak merah agak masak.
3. Masukkan air 2 cawan dan biar sup mereneh sebentar. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk hitam serta kiub Ayam Knorr. Masukkan juga garam dan biarkan sebentar.
4. Setelah sup siap, masukkan ikan merah dah biarkan selama 5 minit. Setelah sup dan ikan merah serasi dan sedap, masukkan daun bawang. Tutup api dan biarkan sebentar sebelum dihidangkan.
5. Jangan reneh ikan terlalu lama kerana isi ikan merah adalah sangat lembut dan mudah hancur sekiranya direneh terlalu lama di dalam sup.

Selamat mencuba semua. Malam tadi MLB makan dengan penuh selera dan tak puas katanya. Okay, next time boleh buat lagi sebab dah jadi makanan kegemaran MLB plak!

Rabu, 22 Mei 2013

ToKaK iBu to bE : BriYanI MaK JaH

Okay, lama sesangat dah tak menulis dalam blog nie. Sesungguhnya kemalasan tu berjaya menguasai ST dari menulis...huhuhuhu. Alhamdulillah, ST dah masuk trimester kedua dan kesihatan ST dan baby semakin baik. Keinginan nak makan macam2 pun kembali semula dan macam biaselah tekak ibu mengandung nie, semuanyer tak kena. 

Hari nie ST lunch lambat sebab tunggu customer pick up kad mereka. Dah setel urusan dengan customer, cepat2 cucuk insulin dan berjalan ke kedai nak tapau makan. Dari satu kedai ke satu kedai ST pergi, lauk dah banyak habis dan ada yang ST tak berkenan. Amboi !!! Dah lah setakat membeli jer, macam-macam kerenah yer ST nie. Lama ST tak pergi ke Restoran Mak Jah dekat2 dengan opis nie sebab jauh skit nak jalan. Alasan semata-mata! Sebenarnya dekat jer tapi ST malas, blok sebelah jer sebenarnyer tapi sebab time lunch selalu panas, so tapau kat kedai dekat2 jer.

Tengok2 lauk untuk nasi campur tak menarik so order Nasi Briyani Mak Jah. Dalam hati nie berharaplah supaya sedap. Kang tak pasal2 nasi tu MLB yang kena makan petang nanti. Macam biasa lau masa makan nie(semenjak peregnant nie lah kan), MLB memang selalu jadi tukang habiskan makanan ST. Thanks MLB sebab tolong habiskan makanan ST dan macam biasa jawapan MLB "terima kasih membesarkan dia lagi". Hahahahahaha!

Bungkus pun cantik. Berbaloilah membayarnyer!

ST pilih Nasi Briyani Daging Mak Jah. Sedap nasinya.
 So far okaylah nasi briyani daging Mak Jah nie. Berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan. Papadom pun ranggup, tak lemau macam tempat-tempat lain tu. Cuma ST tak berapa nak berkenan sangat dengan dalcanya, so x makan pun dalca tu. Amik kuah kari daging tu jer wat rencah supaya St tak tercekik. Kat sini ada macam2 menu so saper2 tak suka briyani boleh order menu lain. Orang pun ramai so ST pilih yang paling cepat dan sedap supaya boleh makan  cepat2.

Pakej lengkap dengan acar mentah/rampai, dalca & kari daging yang banyak.

Jemput makan yer!
Restoran Mak Jah nie ada banyak cawangan, so bolehlah cari di lokasi paling dekat dengan tempat masing2. Menu pelbagai, rasa pun okay dan harga berpatutan.

Sabtu, 30 Mac 2013

Thanks to My Silent Reader!

Assalamualaikum semua. Thanks a lot pada pembaca-pembaca yang masih rajin singgah sekejap kat blog Sweet Tulip yang dah lama tak update apa2 citer. Dulu bukan main rajin bercerita macam2 ek, la nie dah senyap jer plak kan. Okay, ST nak share skit dengan silent reader semua yang ST x berapa nak sihat. ST sakit buatan orang. Buatan Orang? OMG!!!? Bukan orang lain pun yang wat tapi My Little Bucuk lah! Okay, gurau jer.

My Baby Bucuk In The Making
Alhamdulillah, ST dah mengandung 3 bulan. Sejak pregnant ST kurang ada mood nak menulis skit. Maybe My Baby Bucuk tak suker menulis kot. Tapi ST still suka membaca blog2 kawan2 yang lain. So Senyap jer lah blog ST nie. Thanks sgt2 sebab masih rajin click dan baca blog ST walaupun tak ade ape update pun lebih dari sebulan. 

ST kurang sihat sebab kena kencing manis di awal kehamilan. So memang berita yang sangat2 mengejutkan buat diri ST. Now ST dalam proses untuk recover semula semangat dan try untuk terima dengan positif ujian atas ST. Buat kawan2 di luar sana, jagalah makan sebaik mungkin yer. Jangan jadi macam ST- asyik cerita pasal makan jer kan! Tiap2 hari ST menangis sebab susah nak terima dan adapt pertukaran corak hidup kepada kehidupan dan pemakanan yang lebih sihat. Selain risau sesangat tentang gula dalam darah dan baby, ST juga seolah-olah macam fobia dengan nasi dan lauk-pauk. So itu bukan suatu yang bagus yer semua. Minda kena positif yer!

Minta tolong rakan2 semua doakan ST dan baby sihat sejahtera dan doakan kami terus kuat semangat untuk survive until delivery time. Biar pun ST x tahu sape pembaca blog ST tapi ST gembira sebab masih ada yang sudi berikan sedikit perhatian pada diri ST. Bila ST tengok peningkatan pembaca, ST rasa macam ada sokongan yang kuat dari kawan2 semua. Thanks a lot My Silent Reader! 

Rabu, 20 Februari 2013

Saripah Exciden : Jari Kaki Tersepit Kat Escalator!

Masih ingat Saripah, kucing Sweet Tulip? Saper2 tak kenal dan tak ingat saper Si Saripah nie boleh rujuk kat SINI. Pagi tadi Saripah melepak betul-betul kat depan escalator nak naik ke tingkat atas. So orang nak gunakan escalator pun susah sebab Si Pah nie dah melepak kat situ dan tak mahu beralih. ST masuk opis macam biasa dan biarkan jer Si Pah kat situ. 

Dekat-dekat pukul 10 pagi, terdengar Si Pah mengiaw-ngiaw sambil berlari dari escalator. ST cuba nak ambil Pah tapi Pah tetap cuba larikan diri. Mujur ada kengkawan kat situ, Roy tolong pujuk Si Pah. Lepas Roy berjaya pujuk dan dukung Pah, kami periksa jari kaki Pah dah patah dan berdarah sebab tersepit kat escalator. Kami cepat-cepat ambil tisu dan Roy carikan minyak gamat untuk rawat luka Pah. Sambil Roy letak minyak gamat, ST cari dan call veterinar yang terdekat untuk rawat jari kaki Pah. Mujur Klinik Haiwan di Seksyen 6 dah buka dan doktor pun ada. So kami pun terus bawak Pah ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Dah balik dari klinik, biarkan Pah rehat dulu. Pasni baru sekolahkan die!

Doktor tak bagi Pah jilat, tapi Si Pah nie jilat jugak kakinya.
 Kat klinik, doc kata kena buat surgeri coz takut tulang dalamnya rosak. Another alternatif ialah bagi injection antibiotik, cuci luka dan sapu krim. Disebabkan coast untuk surgeri agak mahal, ST pilih amik injection dengan ubat jer. Doc pun rawat Pah dan ST kesian tengok Pah sakit masa kena cuci luka kat jari kaki. ST buat apa yang ST mampu jer. InshaaAllah, selagi kita berusaha akan ada jalan dari-Nya. Doc berikan juga ubat makan untuk bengkak dan luka kaki Pah.

Waktu nak ambil ubat, doc tanya ape nama Pah. Hahahaha ... ST segan2 nak sebut, last2 Roy cepat2 cakap nama sebenar Pah Sharifah. Wawww !!! Doc pun terkejut. Kelas kau Pah! Huhuhuhuhu ...... Doc pesan bagi ubat dan sapukan krim pada luka di jari kaki Pah. 

Merajuk dan mengantuk selepas kena sekolahkan. Terus tido!

Nie kaki Pah yang tersepit kat escalator tu.
 Doc pesan supaya buatkan kon untuk elakkan Pah jilat luka die tu, tapi Pah degil tak mahu pakai. Dan paling geram Si Pah nie sedaya-upaya menangggalkan kon tu dari leher die. Berjaya plak tu. ST x nak paksa so ST biarkan Pah wat ape yang dia rasa selesa. Salah seorang kengkawan kat opis pun kata x letak kon pun tak per. Coz air liur kucing ada penawar sendiri.

Dah buatkan kon untuk elak Pah jilat kakinya tapi Pah berjaya tanggalkan
jugak dari leher die. Tak selesa lah tu.
ST harap kaki Pah cepat sembuh dan tidak melarat sehingga perlu disurgeri. Biarlah Pah cepat sembuh dan jangan lagi dah nak main2 kat escalator. Kesian tengok Pah menahan sakit dan sememangnya Pah tak pernah sakit melainkan sakit beranak dulu. ST sayang Pah! Semua orang kat sini sayangkan Pah. Cepat sembuh yer dan jangan nakal-nakal! 

Selasa, 19 Februari 2013

Ketam Masak Telur Masin

Ketam Masak Telur Masin? Pernah makan tak? Tekak Sweet Tulip nie asyik nak makan macam-macam dan lain dari yang biasa. Google2 lah mencari masakan untuk ketam, tetiba terjumpalah plak resepi Ketam Masak Telur Masin. Resepinya nampak mudah dan menarik. Dengan tak tahu macam maner rasa masakan tu, ST pun cubalah buat. Dan hasilnya memang sedap. Rasa lemak-lemak gitu. 

My Little Bucuk pun suker walaupun pada mulanya MLB pelik tengok cara menyediakannya. Terima kasih MLB sebab sanggup pergi mencari daun kari untuk pastikan percubaan ST memasak hidangan nie berjaya walaupun malam tadi hari hujan. ST kongsikan resepinyer yer. Mana tahu kot2 ada yang nak mencuba hidangan nie coz majoriti sedara-mara dan kawan2 ST semua suka memasak dan makan-makan.

Ketam Masak Telur Masin ST
Bahan-bahan :
Ketam 2 ekor
Telur Masin 2 biji
Bawang Merah dan Bawang Putih
Bawang Besar
Cili Api
Daun Kari
Susu Sejat Cair
Buttercup
Tepung Jagung

Cara Masakan :
1. Rebus telor masin keras dan ambil isi sahaja. Hancurkan isi telur putih dan kuning. Sesetengah orang gunakan kuning telur masin sahaja, tapi ST gunakan semua sebab sayang nak buang. So nanti dah ade perisa masin semulajadi dari isi putih telur masin tu.

2. Bersihkan ketam dan perapkan sebentar dengan garam, lada sulah dan lada hitam. Nak sedap boleh jugak tambah skit penambah rasa "cukup rasa". Kemudian gaul ketam dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang panas sehingga ketam masak.

3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Potong sedikit bawang besar untuk penambah hiasan.

4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit buttercup as pengganti minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga garing. Masukkan daun kari dan bawang besar. Masukkan isi telur masin yang telah dihancurkan tadi. hancurkan lagi sekali agar telur serasi dengan bahan tumisan tadi.

5. Masukkan ketam dan gaul sehingga sebati dengan bahan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit susu cair. Jangan terlalu banyak masukkan takut nanti terbanyak sangat kuahnyer. Gaul sebati dan rasa masin ok ke tak..Kalau kurang boleh tambah garam. ST tak tambah garam sebab dah masin dan lemak2 dengan isi telur masin tu.

Okay ... selamat mencuba yer!