Rabu, 13 Februari 2013

SaNtaP Gelato Fruity Italian Ice-cream

Sweet Tulip memang suka tengok rancangan masak & makan western. Bukanlah semua masakan mereka yang ST suka tapi tertarik dengan cara @ budaya mereka yang berbeza dengan budaya kita. Jadi selalulah ST akan berebut siaran tv dengan My Little Bucuk sebab nak tengok rancangan kegemaran masing-masing. Selepas balik bercuti di Mersing, esoknyer kami bersantai plak di Sunway Piramid. Asalnya nak pergi bayar bil broadband jer, tapi entah macam maner terjalan-jalan & tershoping plak kat situ. Huhuhuhuhu ..... MLB ajak tengok wayang tapi disebabkan barisan terlalu panjang dan kami bukanlah membercard TGV so cancel lah tengok wayang.

Masa otw nak ke car park ST ternampak Gelato Fruity Italian Ice-cream, terus tetiba teringat rancangan Globe Trekker yang ada siarkan pasal gelato nie. Owhhh ... ade rupanya kat Malaysia. ST jer yang tak tahu. Hehehehe ..... ST pun terus ajak MLB untuk cuba Gelato Fruity Italian Ice-cream nie. Yang ST pasti gelato nie dibuat 100% dari susu dan kemudian akan ditambah perisa buah-buahan & kekacang. So tak da bahan pengawet. Ada pelbagai perisa  dan warna yang pastinya menarik selera untuk menikmati gelato nie. Nak lebih info click kat Gelato Fruity Italian Ice-cream 

Kalau tak sure nak perisa yang mana satu, boleh testing dulu rasa yang kita berkenan. Free jer untuk testing rasa tu, tapi jangan dah cuba-cuba semua perisa, lepas tu x beli sudah lah yer!!! Boleh mix jugak lau nak macam-macam perisa dalam 1 bekas / mangkuk. Harga boleh tahan dan kalau suka topping boleh letak cuma x banyak pilihan jer untuk topping. MLB lebih suka Tutti Frutti tapi ST lebih suka gelato nie. Pokoknya tepuk dada, tanya selera dan check poket. Huhuhuhuhu

O'reos + Very Berry
Tisu untuk lap mulut if comot!
I LIKE !
Muka suka dapat makan gelato ice-cream  

JeNjaLaN Ke MeRsIng

 Tahun Baru Cina kali ini Sweet Tulip ikut family My Little Bucuk ziarah keluarga ibu saudara MLB di Felda Nitar di Mersing, Johor. Inilah kali pertama ST ke kawasan lebih jauh di negeri Johor. ST pernah sampai di Muar sahaja, itupun waktu zaman kanak-kanak dahulu. ST agak teruja jugak nak pergi melawat ke Mersing sebabnya hari cuti dapat jalan-jalan. Huhuhuhuhu .... ST ada 3 tujuan sahaja ke sana iaitu nak melawat keluarga MLB, melawat sepupu ST yang tinggal di Felda Tenggaroh  dan melawat rakan baik ST, Cik Hanim yang juga berada di Mersing. 

ST dah mula cuti hari Jumaat lagi. Tapi hari Sabtu pagi jugak baru ST mula mengemas barang2 untuk dibawa. 2 orang sepupu MLB iaitu anak tuan rumah yang kami nak pergi nie, balik bersama kami. So ST tak risau sebab ade co-pilot lain yang akan membantu & teman MLB memandu. So ST bolehlah tidur sekejapkan dalam perjalanan. Huhuhuhuhu .... Macam biasa, PLUS memang akan jem, so kami ikut LEKAS yang tak berapa nak lekas sebab jem di plaza tol. Orang ramai terlupa yang mereka tiada smart tag lalu tanpa segan silu beratur di line tu. Sudahnyer jalanraya tak jem, nak keluar plaza tol yang jem.

Sebelum keluar rumah, ST suruh MLB dan adik sepupu untuk sarapan pagi nasi goreng berlauk supaya nanti tak payah nak berebut dengan orang ramai kat R&R nak beli makanan. Ada baki nasi goreng lagi skit, ST bungkus untuk ST plak makan dalam perjalanan nanti. Jimatkan? So tak yah nak bersesak-sesak kat R&R. Toilet pun masalah jugak, setelah 4 buah R&R sesak, dah masuk Melaka baru ST dapat buang air akibat toilet yang penuh. Macam kat shoping complex plak. Akhirnya kami berhenti makan di R&R Pagoh, coz MLB nak makan mee bandung. MLB kata mee bandung nyer sedap. ST plak makan bubur lambuk kambing. Adik Sepupu makan nasi campur & nasi lemak. 

Bubur lambuk untuk ST dan Mee Bandung untuk MLB

Angah, salah seorang adik sepupu MLB. Dia pilih nasi campur
Kami sampai lebih kurang jam 6.00 petang. Rehat-rehat luruskan badan sambil tunggu Ibu saudara MLB yang ST panggil Induk Nor balik dari menghantar pengantin. MLB ajak pusing2 kawasan felda naik motor. Wahhhh, kuat betul angin kat kawasan situ terutama atas bukit. Nyaman jer dan sejuk mata memandang sebab semuanyer hijau jer pemandangan.

Selepas makan malam, kami bergerak ke Bandar Mersing. Sajer nak tengok bandar Mersing waktu malam, memang happening. ST suka kat pantai Mersing. Angin laut kuat tapi x lah sampai macam ribut. Naik buaian pun x rasa nak main buai sebab nak menghayati angin tu. Punyalah seronok kat pantai tu, sampai luper nak ambil gambar ramai2. ST lebih duduk kat buaian layan angin laut yang wat ST rasa nak berkhemah jer kat situ.

Angin pantai yang sangat best. Rasa macam nak duduk jer
kat pantai sampai hari siang.
Hari Ahad ST dah berjanji nak jumpa kawan baik ST di Tanjung Leman. Lebih kurang 1 jam jugak lah nak menyampaikan ke sana. Hari hujan plak sepanjang hari tu, so nak tak nak, ST & MLB redah jugak ke Tanjung Leman. Tak kisahlah x dapat berjalan2 sangat kat Tanjung Leman sebabnyer hujan lebat, pentingnyer ST dapat jumpa Cik Hanim. Sepupu ST plak ke Melaka, jadi kami lepak2 kat situ sementara family MLB yang lain sampai. Lepas melepak sekejap di Tanjung Leman, kami ke bandar Mersing semula untuk cari keropok lekor Mersing. Sedap keropok Lekor Mersing nie, banyak rasa ikan dari tepung. Berbaloi beli kat sini. 

Ambil gambar di bawah payung jer. Hujan, ape pun tak boleh!
Pemandangan sekitar Tanjung Leman. Sebalik tanjung nie
ada Jeti untuk ke Pulau Sibu.
Pagi sebelum balik, ST sempat luangkan masa melawat kawasan rumah Induk Nor. Pelbagai tanaman yang ditanam sekeliling rumah nie. Salah satunya ialah pokok buah markisa atau lebih dikenali passion fruit. Masa mula2 ST dengar nama buah nie agak pelik skit tapi bila dah tengok isi buah tu baru ST perasan tu passion fruit. Alahhh, mengada betulkan bila x tahu nama buah nie dalam bahasa Melayu. Huhuhuhu
  
Inilah pokok buah markisa / passion fruit 
Seronok  ST bila dapat petik sendiri buah tu
Banyaknyer buah. Redup jer berteduh bawah nie!
Inilah tuan / puan punya tanah. Pemalu mereka nie, so ambil gambar curi2!
Selalunyer siput babi atas tanah kan?! kali nie siput babi
panjat pokok plak. Sangat nature!
Hasil passion fruit yang ST petik. Walaupun masih hijau kekuningan, still boleh petik
sebabnya nanti buah tu akan bertukar warna ke merah hitam .
Lepak2 kat pangkin sambil tengok pokok bunga
Pak Uda yang rajin berkebun
On the way balik, kami singgah di Ayer Hitam. ST pun beli lah ape yang patut buat kenang-kenangan. Kami sempat singgah isi perut, merasa Murtabak Special dan Soto.

STtertanya2 di manakah specialnya tapi still ok rasenya.

Soto ayam, boleh tahan....
Menariknyer semasa di Ayer hitam nie, ada 1 kedai yang jual t-shirt as baju kenangan semasa berkunjung ke sana. Ada banyak warna yang menarik, banyak design yang pelbagai dan harganya berpatutan. Saper2 yang suka kumpul t-shirt boleh dapatkan di sini.

ST dah dapatkan t-shirt untuk kami ber2!

Nie kedainyer. Kalau datang, singgahlah di sini, pasti puas hati.
Alhamdulillah, ST dan MLB selamat sampai rumah akhirnya setelah singgah rumah mak ST di Seremban. Seronok datang ke sini dan ST rasa nak datang lagi. Suka sangat2 kat pantai Mersing dan keropok lekornyer.

Khamis, 7 Februari 2013

Annual Dinner

Nak cuti Tahun Baru Cina nie, barulah tempat kerja Sweet Tulip nak buat Annual Dinner. Almaklumlah, dekat-dekat nak raya diaorang baru nak makan besar. Jadi ST pun hadirlah bersama dengan My Little Bucuk. Kami sampai lewat sebabnya ST tunggu customer dan MLB plak kena OT. Sampai2 jer ST wat muka tak bersalah masuk dan bagi alasan jalan jem pada bos. Bukanlah tak mahu datang awal tapi kekangan masa ditambah dengan jalan jem, wah hal dari rumah ST ke sana amik masa 10 -15 minit jer. Huhuhuhu

Lagipun Annual Dinner nie buat kat restoran cina. Jadi faham2 jer lah. ST dan MLB x berani nak makan. Teguk jer lah air pepsi dan teh. ST plak layan ais kosong bebanyak sebab perut dah lapar giler. Waktu kami sampai, baru nak mula makan. Bos ST plak sibuk berborak dengan MLB. Siap gelak2 bagai sambil tengok handphone. Ntah apelah kisahnyer, ST malas nak amik tahu. Tapi dalam hati nie terpikir jugak sapa sebenarnyer yang kerja kat sini? Okay, MLB memang peramah, so ST memang tak hairan.

Sambil borak2 & mereka makan-makan, Bos letak ayam dalam pinggan MLB suruh makan. Berderau darah ST masa tu memikirkan macam mana nak menolak dengan cara berhemah. Mujur MLB bijak kata dah kenyang sebab dah makan before datang. Lega hati ST. Besar sungguh dugaan. ST biarkan MLB borak2 dengan Bos. Dah kamcing tu kira ok lah tu. ST plak discuss kejap dengan rakan sekerja yang lain untuk strategi seterusnya. Dah namanyer company dinnerkan, nak cerita ape lagi lau tak pasal kerja jugak kan......

Ada acara Lucky Draw, ST sekali lagi dapat rice cooker. Tahun lepas pun dapat rice cooker jugak, Alhamdulillah. Walaupun tahu tak leh makan malam tu tapi ST tetap hadir. Lagipun 99% staff semuanyer cina, so ST seorang jer orang melayu kat bahagian marketing dan 2 orang melayu lagi kat bahagian production. Apa boleh buatkan dah rezeki ST kat situ. Sekurang2nyer company tak ketepikan ST walaupun ST minoriti kat situ. Mereka layan ST pun baik so ST kenalah jaga jugak hati Bos. Ape2 pun ST enjoy pegi dinner tu sebabnyer dapat hadiah.Huhuhuhuhu.... Jimat duit ST sebab x payah beli rice cooker 1 lagi. Memang ade plan nak beli 1 lagi supaya senang bila ramai tetamu datang rumah, x perlu masak nasi guna 1 rice cooker jer.  

MLB & ST

Acara Lucky Draw. ST dapat Rice Cooker 

MLB bersama Bos yang tersangat peramah...
Opss, Bos tersorok plak!

Takut nak makan, so minum pepsi jer lah

Rakan sekerja ST, Calvin(kiri) & Ah Wai(kanan)

Selasa, 5 Februari 2013

KerNa SaYa HaNya DuDuK SaHaJa


“Dia seorang pendidik, sibuk mendidik anak bangsa. Mana ada masa melayan panggilan awak”
“Masa mengajar guru lebih kurang 10 jam seminggu, mustahil dia tiada masa menjawab panggilan saya”
“Awak pernah menjadi guru ke? Apa yang awak tahu pasal guru?!”
“Saya pernah menjadi kerani di sekolah jadi saya tahu masa mengajar guru!”
“Kerja dia bukanlah macam awak yang hanya duduk sahaja di kerusi! Awak tahu ke masalah dia?!”
“Kenapa perlu pikirkan masalah dia sedang awak sepatutnya memikirkan tentang saya?”

Hari ini telah membuktikan bahawa kerjaya seseorang itu adalah contoh terbaik walaupun mereka bukanlah manusia sempurna. Tiada masa menjawab panggilan telefon tapi mempunyai masa melayan rakan internet setiap hari. Bahkan sanggup menelefon berkali-kali seandainya mesej tidak dibalas.

Seorang isteri yang hanya bekerja di pejabat, dilihat seperti manusia yang tidak punya apa. Tidak punya masalah kerana HANYA DUDUK SAHAJA. Seorang isteri yang HANYA DUDUK SAHAJA membantu suaminya menyara kehidupan dengan melalui business kecil-kecilan yang untung tidak seberapa. Seorang isteri YANG HANYA DUDUK SAHAJA berkongsi rezeki untuk dinikmati hasil dari tindakan HANYA DUDUK SAHAJA. Seorang isteri yang HANYA DUDUK SAHAJA melakukan pelbagai usaha bagi menjayakan business yang diceburi tanpa menyedari suaminya bakal PERGI. Kerana DIA HANYA DUDUK SAHAJA.


Saat cinta berpaling,
Saat hati menjelma serpihan-serpihan kecil,
Saat hura-hara terjadi,
Saat ujian demi ujiannya terasa terlalu besar untuk ditanggung sendiri,
Ke manakah seorang isteri mahu mencari kekuatan,
Supaya hati mampu terus bertasbih
Abang, Apa Salahku? Saat Cinta Suami Berpaling
Asma Nadia

Buku yang sangat bagus! Panduan buat para isteri baik buat gadis yang masih sunti.


Jumaat, 1 Februari 2013

ReBus-ReBus SteaMboat & GriL

Sweet Tulip memang suka makan. Selagi tak dapat apa yang berkenan kat tekak nie, selagi itulah ST mencari sana-sini. Kebetulan hari Khamis yang lepas, ulang tahun perkenalan ke-2 ST dan MLB. So sambil2 tu cari-carilah tempat yang makan best dan sedap. Akhirnya ST terjumpa Rebus-Rebus Steamboat & Grill yang menyediakan steamboat dan juga grill atau barbeque style. ST call MLB dan janji nak pegi lepas habis kerja. Lagipun lokasi restoran nie agak dekat dengan opis ST, jadi boleh terus pergi.

Kami sampai kat sana lebih kurang pukul 6.40 petang. MLB kata dah buka ke sebab nampak dalama kedai tu tak ada customer. Rupanyer kedai mula operasi pukul 6 petang, so memang x de costumerlah. Ada pun 1 pasang couple yang sedap rancak makan. Maybe diarang sampai tepat pukul 6 petang kot...Kami terus masuk kedai, pilih2 tempat. Banyak meja dah kena booked, so kami pilih duduk di meja luar - open air skit!  Nak lebih info, clicks Rebus-Rebus Steamboat & Grill.

Mase sampai ST pusing tengok2 tempat dan menu yang disediakan. Okay, pilihan makanan banyak dan ST teruja nak rasa ayam dan daging yang diperap dengan pelbagai rempah-ratus khas untuk grill. ST amik dan grill terus makanan. Untuk steamboat ada 3 jenis kuah iaitu ayam, tomyam dan ketam. Kami pilih kuah tomyam tapi bg ST agak pedas,so macam tak berapa nak kena kat tekak nie bila hirup kuah tomyam tu. Lagipun ST x tahan pedas...Huhuhuhuhu. 

Nie yang pertama sekali ST ambil. Seafoodnyer segar2!
MLB pilih yang ini. Just nak wat rencah dalam steamboat jer.

Terus grill ayam berempah-ratus itu dulu. 

Steamboat dah x pandang sangat dah. kami lebih suker seafood yang dipanggang.
ST masak-masak.
Ini yang second trip kami..huhuhuhu
Last action dari MLB-the food!
Saper suker steamboat dan grill, boleh datang sini. Harga berpatutan, makanan segar, toilet bersih dan ada surau. Makan pun tenang jer. Paling penting kita x was2 sebab orang melayu yang usahakan. Berbanding tempat lain yang kebanyakannya Cina. 

Rabu, 30 Januari 2013

BuTik Sweety Cek Cenah

Jom intai2 produk yang Sweet Tulip buat dalam Sweety Cek Cenah. Okay, sebab nak wat produk pakaian, so Sweety Cek Cenah ada butik sendiri iaitu Butik Sweety Cek Cenah. ST perkenalkan kain pasang yang sesuai dan cantik untuk dijadikan Jubah dan Baju kurung.

Kain Pasang - Jubah Sweety Cek Cenah
Harga Asal RM 120
Harga Promosi RM 88 termasuk posttage

Jenis kain : Chiffon - Jubah SCC 01
Warna : Hitam & Bercorak Keemasan
Motif Corak Ala2 Timur  Tengah / Arab
Mempunyai Corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dam majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menhadiri majlis ilmu.

Jenis kain : Chiffon - Jubah SCC 02
Warna : Hitam & Hiasan batu / manik
Motif Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai Corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dam majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menhadiri majlis ilmu.


Jenis kain : Chiffon - Jubah SCC 03
Warna : Putih & Hiasan Ungu batu / manik
Motif Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai Corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dam majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menhadiri majlis ilmu. Sangat Sesuai untuk dijadikan naju pengantin bagi pakaian akad nikah.

Jenis kain : Chiffon - Jubah SCC 04
Warna : Royal Blue
Motif Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai Corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dam majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menhadiri majlis ilmu. Sangat Sesuai untuk dijadikan naju pengantin bagi pakaian akad nikah.

Jenis kain : Chiffon - Jubah SCC 05
Warna : Biru Laut
Motif Corak Spora
Mempunyai Corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dam majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menhadiri majlis ilmu. 


Kain Pasang - Baju Kurung Sweety Cek Cenah
Harga Asal RM 120
Harga Promosi RM 98 termasuk posttage


Jenis kain : Chiffon - Baju Kurung SCC 05
Warna : Hijau Turquoise + Manik / Labuci
Motik Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dan majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menghadiri majlis ilmu


Jenis kain : Chiffon - Baju Kurung SCC 01
Warna : Coklat Gold + Manik
Motik Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dan majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menghadiri majlis ilmu


Jenis kain : Chiffon - Baju Kurung SCC 02
Warna : dark Brown + Manik / Labuci
Motik Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dan majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menghadiri majlis ilmu


Jenis kain : Chiffon - Baju Kurung SCC 03
Warna : Pink Purple + Manik / Labuci
Motik Corak Daun & Hati / Love
Mempunyai corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dan majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menghadiri majlis ilmu


Jenis kain : Chiffon - Baju Kurung SCC 04
Warna : Peach + Soft Orange + Manik / Labuci
Motik Corak Flora / Bunga-bungaan
Mempunyai corak di bahagian pergelangan tangan
Sesuai dipakai untuk majlis makan malam, jemputan majlis perkahwinan dan majlis korporat, sangat sesuai digayakan ketika menghadiri majlis ilmu 

Selasa, 29 Januari 2013

MeNjonGkIt d'HaRi CuTi

Gembira hati Sweet Tulip bila dapat habiskan masa seharian dengan My Little Bucuk bila kami sama2 cuti. Almaklumlah ST cuti tak sama macam orang lain, so bile dapat peluang nie kami menjongkit hingga ke petang. ST ajak MLB amik stock frozen food untuk Sweety Cek Cenah. Alhamdulillah, stock dah ade, so boleh dapatkan dengan segera dari ST. Kami jalan2 ke Jalan Pasar, Pudu untuk cari radio MLB. Penatnyer berjalan masuk dari kedai ke kedai. Lotih x de lah sangat tapi rasa nak patahlah jugak pinggang nie berjalan.

Akhirnyer kami sampai ke kedai yang terakhir dan MLB berkenan 1 set radi nie. Tapi tinggal yang display jer sebab radio tu memang laku, bunyinyer x pecah walaupun kuat giler volumenyer. So kena lah tunggu 1 minggu lagi baru stock baru sampai. ST dah usha2 1 barang tapi tunggu dulu, kena tengok kira-kira untuk bulan 2. Huhuhuhu....

Lepas kuar dari Jalan Pasar, MLB tanyer nak ke mana lagi. Hahahaha... tersengih2 dan berbunga2 hati ST biler MLB tanya soalan tu. Sepantas kilat ST ajak MLB ke  Sogo. MLB pun terus memandu ke arah Sogo dan kami park kereta kat Pertama Kompleks. Kan ada promosi perayaan Tahun baru Cina, so ST ajak MLB ke bahagian handbag coz nak cari dompet baru. Masa promosi awal tahun dah cari jugak kat Sogo tapi tak berkenan, so kali nie ST tengok lagi kot2 ade design yang ST suker ke. Tetiba ST tengok ade bag silang yang cantik dan harganyer pun murah. Namernyer pun SALE kan!!! So ST belek2 beg tu. Nie bukan setakat silang tapi boleh pakai dengan tali panjang dan tali pendek jugak. Hahahahaha... hati ST dah terpaut dah. Dalam kepala nie dok terpikir boleh pakai pegi keje nie. Sebenarnyer ST memang nak tukar beg kerja,cari yang lebih simple, cantik & berkualiti.

ST pun rujuklah kat MLB dan reaksinyer ....... x boleh!!! Tapi lepas ST citer dan tunjukkan function beg tu, baru die bagi dengan syarat ST bayar sendiri. Alahhhh................ tak mau bayar guna duit sendiri. Hihihihihi. Pujuk2 MLB akhirnyer die belanja. Hahahahaha... belum sempat laki aku dapat bonus special tu, aku dah siap2 pau dulu duitnyer! Alah murah jer harga beg tu tapi ade brandlah yer.... berkualiti dan designnyer pun cantik. 


Sacha London! Dah pakai pegi kerje dah!
Sebenarnyer MLB x bagi ST beli dah beg tangan sebab mase kemas rumah pagi semalam, MLB terjumpa 1 box penuh dengan bag tangan ST. Hahahahaha... sebab tu die bengang jer bile ST minta bag baru. Tapi sebab sayangkan bini dan harga bag nie yang murah jer, MLB belikan lah jugak. Lepas bayar bag nie, MLB cakap beg2 lain kat umah tu boleh buang. No..No..Nooooo! Tu semua koleksi ST. Jangan harap ok. Cukup2 lah koleksi kasut ST yang MLB paksa buang! Mujur MLB x suruh buang koleksi buku ST sebab MLB tahu ST suker membaca.

 Before balik kami sempat tengok persembahan Genji Busker kat main enterance Sogo. Best jugak show diaorang. Saper nak tahu lebih lanjut pasal Genji Busker nie, leh cari kat Facebook & Youtube. 

Genji Busker