Jumaat, 1 Februari 2013

ReBus-ReBus SteaMboat & GriL

Sweet Tulip memang suka makan. Selagi tak dapat apa yang berkenan kat tekak nie, selagi itulah ST mencari sana-sini. Kebetulan hari Khamis yang lepas, ulang tahun perkenalan ke-2 ST dan MLB. So sambil2 tu cari-carilah tempat yang makan best dan sedap. Akhirnya ST terjumpa Rebus-Rebus Steamboat & Grill yang menyediakan steamboat dan juga grill atau barbeque style. ST call MLB dan janji nak pegi lepas habis kerja. Lagipun lokasi restoran nie agak dekat dengan opis ST, jadi boleh terus pergi.

Kami sampai kat sana lebih kurang pukul 6.40 petang. MLB kata dah buka ke sebab nampak dalama kedai tu tak ada customer. Rupanyer kedai mula operasi pukul 6 petang, so memang x de costumerlah. Ada pun 1 pasang couple yang sedap rancak makan. Maybe diarang sampai tepat pukul 6 petang kot...Kami terus masuk kedai, pilih2 tempat. Banyak meja dah kena booked, so kami pilih duduk di meja luar - open air skit!  Nak lebih info, clicks Rebus-Rebus Steamboat & Grill.

Mase sampai ST pusing tengok2 tempat dan menu yang disediakan. Okay, pilihan makanan banyak dan ST teruja nak rasa ayam dan daging yang diperap dengan pelbagai rempah-ratus khas untuk grill. ST amik dan grill terus makanan. Untuk steamboat ada 3 jenis kuah iaitu ayam, tomyam dan ketam. Kami pilih kuah tomyam tapi bg ST agak pedas,so macam tak berapa nak kena kat tekak nie bila hirup kuah tomyam tu. Lagipun ST x tahan pedas...Huhuhuhuhu. 

Nie yang pertama sekali ST ambil. Seafoodnyer segar2!
MLB pilih yang ini. Just nak wat rencah dalam steamboat jer.

Terus grill ayam berempah-ratus itu dulu. 

Steamboat dah x pandang sangat dah. kami lebih suker seafood yang dipanggang.
ST masak-masak.
Ini yang second trip kami..huhuhuhu
Last action dari MLB-the food!
Saper suker steamboat dan grill, boleh datang sini. Harga berpatutan, makanan segar, toilet bersih dan ada surau. Makan pun tenang jer. Paling penting kita x was2 sebab orang melayu yang usahakan. Berbanding tempat lain yang kebanyakannya Cina. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan