Jumaat, 26 Oktober 2012

EidulAdha With MyLovely Family

Alhamdulillah, tahun ini sambutan AidilAdha lebih baik dari yang lepas-lepas. Walaupun hanya balik beraya selama sehari + dengan "Si Awie Perasan" *kete kesayangan hubby wat hal, bateri kong Aku tetap merasa puas dapat berjumpa adik-beradik & saudara -mara serta anak2 sedara yang memeningkan kepala. Di tambah dengan cuaca yang amat panas, suasana hangat dapat dikawal apabila ramai saudara yang x berapa berkenan di hati x sampai!

Raya Aidiladha kali nie, kami tidak sedondon kerana baju raya puase hubby aku dah terkoyak seluarnyer & aku plak x kuasa memakai baju kurung chiffon yang dibeli dengan harga yang agak mahal dan sarat dengan perhiasan(berat jadinya baju tu, x kuase nak pakai.dahlah warna putih lg payah nak jaga). So pakailah My Little Bucuk nie baju orange dan aku baju purple(itu baju mase bertunang dlu,masih boleh pakai lg... huhuhu) 


Paling mengujakan untuk kali ini, aku berjaya menyediakan/masak sendiri rendang utk family & ayah mentua. Macam2 dugaan yang terjadi antara kena tumbuk cili api pakai lesung batu coz hubby x suker cili api yang diblend, so semua bahan cili,lengkuas dan serai ditumbuk.dah siap2 masuk santan, baru perasan santan tu dah basi.Aduhai,mmg nek menangis lah.tp tabahkan hati,kuarkan ayam,cuci  semula dan masak semula guna susu cair dalam tin.Alhamdulillah,menjadi akhirnya dan rendang dah habis tengah hari raya semalam. Mak kata ok tp kena praktis lg...huhuhuhu.InsyaAllah,akan di usahakan lg.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan