Selasa, 8 Januari 2013

Spagetti Aglio e Olio Picannte

Hujung minggu lepas, tatkala orang ramai sibuk dengan Anugerah Juara Lagu, Sweet Tulip sibuk nak mencuba masak spagetti olio. Teringin sebab selalu tengok rancangan masakan & bace blog2 orang lain pasal resepi yang mudah dan sedap nie. Petang ajak My Little Bucuk beli barang nak buat masakan tu kat Matahari Mall & cari minyak zaiton kat Giant. Setelah lengkap segala barang, tepat pukul 8.45 malam, ST pun mulalah menyediakan spagetti nie. Memang mudah dan sedap. Maka inilah hasilnyer apabila ST beraksi di dapur. Sambil masak, ST berlari-lari antara dapur dengan ruang tamu sebab nak tengok AJL ... huhuhuhu

Spagetti Aglio e Olio Picannte
 ST kongsikan resepinyer yer. Ini adalah hasil daripada ubah suai yang ST buat agar kena dengan selera kita as orang Malaysia. Resepi asal atau original untuk spagetti olio hanya menggunakan spagetti, minyak zaiton dan bawang putih sahaja. So ikut suker nak cuba resepi yang maner berkenan di hati.

Bahan-bahannyer :
1. Spagetti rebus sehingga masak. Masukkan sedikit minyak agar spagetti tidak melekat. Tus spagetti setelah masak. 
2. Bawang putih 6 biji dicincang halus. Boleh juga dihiris nipis-nipis.
3. Bawang holland 1/2 biji dipotong dadu.
4. Sedikit udang segar. ST guna 20 ekor udang sebab kami memang sukakan udang. Lagi pun ST x perlu  nak berebut dengan MLB sebab masing2 dapat udang sama rata.
5. Bebola sotong 6 biji. ST hiris nipis-nipis bebola sotong nie. Kalau nak pakai sotong segar pun boleh. ST gunakan bebola sebab nak habiskan stok makanan yang ada.
6. Cendawan shitake 7 ketul dan hiris niis-nipis juga.
7. Cili padi 6 biji. Better kurangkan sebab nanti pedas sangat. Sebab itu ade nama "Picannte" yang bermaksud pedas! huhuhu
8. Sedikit daun Oregano kering
8. Minyak zaiton untuk menumis bahan-bahan di atas.

Antara bahan-bahan yang digunakan
Cara memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan 6 sudu makan minyak zaiton. Nak masukkan lebih pun boleh coz minyak zaiton bagus dan baik untuk kesihatan.
2. Masukkan bawang putih, bawang holland, cili padi dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cendawan shitake, bebola sotong dan akhir sekali udang. Gaul rata sehingga udang masak dan letak sedikit garam dan lada sulah.
3. Masukkan spagetti dan gaul rata. Taburkan sedikit daun oregano kering dan serbuk perasa sekiranya perlu. Gaul sehinga sebati dan boleh dihidangkan.

Mudah bukan. Tak susah pun nak buat. ST tambah lagi sikit minyak zaiton selepas masukkan spagetti supaya lebih lazat. MLB x berape suker sebab tak berkuah macam spagetti bolognese dan carbonara. Aduyai suamiku, tekak melayu botol!!!

Sabtu, 5 Januari 2013

I LovE BaYai : Majlis Pautan Kasih

Hujung tahun 2012, Sweet Tulip banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, seperti yang dirancang, 25.Disember.2012 kami berjaya mengadakan Majlis Pautan Kasih a.k.a Family Day I Love Bayai! Pertemuan diadakan di rumah sepupu ST iaitu Along Ina di Seri Bangi. Along Ina booked BBQ Pits berdekatan dengan swimming pool. Jadi sambil makan2 dan borak, boleh mandi kolam jugak. Semua ahli keluarga yang terlibat hadir kecuali Angah Ila sekeluarga yang berada di Mersing. Seronok berkumpul dan berbincang berkenaan agenda untuk group I Love Bayai.

Majlis berlangsung dengan meriahnyer. Ada masa nanti ST uploadkan video ucapan dari setiap wakil kumpulan plak yer. Memang berbaloi perjumpaan majlis nie. Pelbagai agenda telah di rancang dan akan diusahakan. Harap semua perancangan dapat dijalankan. Pelbagai kejadian kelakar yang berlaku sewaktu majlis berlangsung. Si Alif hampir lemas sebab tertidur kat tepi kolam akibat kepenatan mandi kolam. Mujur x de ape2 yang serius berlaku kerana sempat diselamatkan. Cik sumah pulak terlupa nak memberikan ucapan kerana terlalu teruja ... hahahaha. Nanti ST uploadkan videonyer yer. Sekarang nie Cik Sumah dah dapat gelaran baru iaitu Cik Sumah Lupo Lirik! Si Umar plak x boleh nak sabar makan kek, jadi die dah capai kek tu dengan tangan kirinyer. Nasiblah kena krim jer. Lau terjatuh kek tu, alamat tengok yo lah jawab eh! 

ST tak masakkan ape2 untuk majlis nie coz ST dah ambil bahagian dalam menguruskan majlis. T-shirt I Love Bayai tu design by ST sendiri. Hari Isnin, ST & MLB pergi ke Matahari Mall dapatkan barang2 untuk siapkan ayam bbq, ikan bakar, kentang bakar, salad coselow dan minuman. ST hanya membantu Along Ina untuk bersihkan ayam, ikan dan sediakan kentang bakar. Mujur seorang sepupu Juay membantu sama untuk sediakan bahan. ST rasa penat sesangat sampai MC esoknyer...huhuhuhu. Tapi ST rase gembira sangat dapat berkumpul seluruh ahli keluarga! I Love My Family!
  
Inilah Family Member I Love Bayai
Wakil Induk dari Kiri : Along Ina (kuning) Keluarga Cik Cenah a.k.a Hasnah, Pak Cik Baharin (kelabu) , Wan Bayai (Biru) Presiden I Love Bayai, Induk Sipat (Hijau) dan Cik Sumah (Ungu).

Keluarga Induk Sipat

Keluarga Cik Sumah

Keluarga Pak Cik Baharin

Kek Coklat dari Ida Sekeluarga. Kelas kau Ida!
Kamalia, Aina & Abe bersedia untuk acara renang
Agar-agar tembikai dari Cik Sumah
Antara menu kami ikan bakar, sosej stick & ayam bbq!
Koca kelaparan selepas berenang, sedapkan ayam bbq mak lang & ibu!
Abang Rosli & Kakwe. Sponser untuk hamper kanak-kanak!

Besties cousin forever Kamalia & Aina!

Makan jangan tak makan!

Inilah team BBQ Kak Ngah Faizah & Member. Thanks a lot guys!
Preparation kentang bakar by Along Zamri

Gossip group I Love Bayai!

Hope this will continue by our new generation!

Jumaat, 4 Januari 2013

Flamming Steamboat : Sekadar Melepas Tekak

Lame rasanyer tak meluahkan rasa di blog nie. Sibuk sesangat menjelang akhir tahun 2012 sehinggalah kembali lapang bila masuk tahun baru, 2013. Alhamdulillah, Allah masih beri rezeki & rahmat-Nya buat Sweet Tulip & My Little Bucuk untuk meneruskan kehidupan mengikut kalendar masihi plak. Sejak tahun baru lagi, ST dah ajak MLB makan steamboat tapi oleh kerana MLB penat bekerja, kami tak pergi. Tapi petang semalam, ST pujuk2 MLB pegi makan steamboat. MLB setuju & ST pun memulakan operasi mencari tempat2 yang sedap melalui blog2 yang ada. Kan orang Malaysia nie suker makan, so tak susah pun nak cari makanan yang sedap kat maner. 

ST pilih pergi yang dekat dengan rumah jer coz MLB tak nak memandu jauh2. So kami pergi ke area Sunway. ST ade baca review pasal Umami Steamboat di Sunway. Cari punya cari punya cari ... tak de lah plak tempat tu. Maybe dah x de kot coz review tu tahun 2011 punyer .... huhuhuhu. Maka kami teruskan aje ke Flaming Steamboat dekat dengan Sunway Piramid tu. ST dah pernah makan kat sini, so dah x rase ape sangat dah terujanyer. Sekadar makan nak lepaskan teringin jer.

Nie yang ST amik untuk permulaan. Agak tamak sebenarnyer
coz amik banyak udang & ketam

Sayur hanya cendawan sahaja. Amik tauhu Angry Bird tu sebab suker tengok  jer.
Bila makan, hmmm .... 1 jer yang msuk ke mulut nie

MLB suker dengan kupang dan sotong. Makan, makan, makan, makan dan makan lagi

Muka kekenyangan. Tapi dalam hati masih nak sambung makan lagi
ST & MLB makanlah steamboat nie sampai kenyang sesangat. Bagi ST ok jelah tempat nie. Memang banyak pilihan tapi seafoodnyer x fresh. Kalau nak makan nasi & spagetti goreng pun ade. Ada banyak pilihan makan, berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Lau nak makan ABC, Laici Kang & ais krim banyak maner kite suker pun boleh. Mereka akan sentiasa top up makanan dan minuman. Kami lepak agak lame jugak lah, dari 8.30 malam sampai pukul 11.15 malam. Makan secara santai dan sepuas-puasnya.

Harga : RM 27++ untuk dewasa & RM 10.50++ untuk kanak-kanak
Lokasi : Flaming Steamboat Sunway
Masa Operasi : 5 petang - tengah malam

ST sebenarnyer nak cuba BBQ Steamboat tapi next time kat tempat lain. Kali nie makan nak lepaskan dulu rase teringin ST jer. MLB berkenan dengan dapur elektriknyer. Harap2 ST boleh lah dapat dapur tu coz Big Boss dah mula tanyer berape harga & kadar elektrik yang digunakan. Untunglah badan kalau dapat dapur tu. In Shaa Allah, ade jeki, pasti dapat!

Before balik, sambil berjalan keluar restoran, MLB & ST sempat sambar kon ais krim dan scoop 2-3 jenis ais krim untuk makan sambil jalan ke parkir kereta. kami memang suker suka ais krim! Pesanan ST, mase amik makanan, amiklah skit2, janganlah tamak sangat macam ST nie. Nanti boleh amik lagi. Lagi pun lau x habis, mereka akan charge kita semula sebabnyer membazir. Makan dengan hemah dan cermat yer!

Jumaat, 21 Disember 2012

Home Made Tempoyak - Keli Tempoyak

Musim durian sedang rancak berlangsung sekarang nie. Sweet Tulip dah tak larat nak makan durian dah. Walaupun pun dihulur durian crepe, ST dah tak hairan dan x teruja pun! Cehhh ... bunyinyer macam berlagak tapi bile dah senang dapat & selalu dapat, ST naik jemu! Okay, tak mau cerita padal durian crepe tapi ST nak kongsikan berkenaan tempoyak, makanan tradisi orang melayu Malaysia. Tak semua orang makan tempoyak kan, ada yang tak makan durian tapi makan tempoyak. Ada yang makan durian tapi tak makan tempoyak. Kalau peminat tempoyak pun, belum tentu tahu cara nak buat tempoyak kan! Sebab semua tu boleh dapat kat mana-mana dan bila-bila masa jer. 

ST belajar buat tempoyak melalui emak saudara sebelah suami, My Little Bucuk. Family ST jarang buat tempoyak kerana buah durian kurang menjadi, hanya cukup buat makan sahaja. Di kampung MLB, ST belajar buat tempoyak dengan Mak Teh. Pada mulanyer ST hanya teman duduk2 dengan Mak Teh asingkan isi durian dari biji. Sambil2 tu Mak Teh ceritakan macam maner cara menghasilkan tempoyak. ST nie jenis dengar jer tapi tak amik serius pun. Just dengar, tengok dan try ingat2 lupe cara penyediaannya. Huhuhuhu ..
Bila dah dapat terlalu banyak durian dari Ayah sehingga x lalu nak makan, ST pun cubalah wat sendiri tempoyak hasil dari tunjuk ajar dari Mak Teh yang ST dah ingat2 luper tu! Haaa ... padan muka! Masa orang beri ilmu ST nie wat x kisah kan, la nie nak wat sendiri ST tetiba rase terkial-kial. Try recover semula resepi Mak Teh dan baca2 kat internet untuk confirmkan semula betul tak caranyer. Dengan pelan-pelan ST wat jer ikut macam Mak Teh ajar. 

Tempoyak
1. Asingkan isi durian dari bijinya. Masukkan dalam bekas bekas atau mangkuk.
2. Campurkan garam dan gula pasir dalam isi durian yang telah dihasilkan. Gaul rata dan rasa sedikit bagi memastikan rasa garam dan gula sebati dengan isi durian.
3. Simpan dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 3 hari dan akan terhasillah tempoyak. Akan ada air yang terhasil dari tempoyak tu, sila buangkan air tu.
4. Boleh masukkan tempoyak dalam bekas kecil dengan sukatan tempoyak 3/4 bekas dan boleh beri tempoyak pada ahli keluarga dan kawan2 yang lain.

Hasil dari tempoyak tu, ST bagi pada kawan2 dan ST simpan sikit untuk makan ST. MLB x makan tempoyak mentah2 macam tu, jadi malam tadi ST masakkan untuk MLB keli masak tempoyak. Tengah2 ST sibuk masak kat dapur, MLB datang tengok dan minta tambah lebih tempoyak dalam kuah tu agar lebih Umph!

Inilah hasil masakan ST. ST suker masak masakan berkuah dalam
periuk tanah sebab rasenyer lebih sedap dan tahan lama. 
MLB cukup suker dengan keli tempoyak nie. Tambah2 lagi
masak tempoyak dengan ikan kegemarannya!
 ST kongsikan di mana ST dapatkan resepinyer yer. Terima kasih pada http://www.myresipi.com/top/detail/17550 sebab berkongsi resepi dengan ST. 
Memang menjadi & terbaik!

Khamis, 20 Disember 2012

SwEet HoNey TimE : GeNtiNg HighLaNd

Musim hujan pada setiap petang kembali semula. Terasa sejuk jer cuaca sehingga Sweet Tulip offkan jer air-cond opis! Macam kat luar negaralah plak kan ... Bila dah  sejuk2 nie ST mulalah bosan coz mata dah mengantuk & badan pun lemah. Sambil tu tangan nie rajin jer nak godek2 tab dan tengok-tengok kembali gambar kenangan jalan2. Lunch tadi hujan, kengkawan dekat opis depan makan Mc Donald. Alhamdulillah, Allah masih jaga hati ST untuk tidak membeli lalu menyumbang kepada organisasi yang membantu Israel menyembelih saudara kita di Palestin. Ya ... kalau ST seorang jer yang x beli dan boikot, mereka x akan rugi tetapi ini salah satu cara ST nak mendisiplinkan diri dan menyumbang sesuatu yang tak besar tapi memberikan makna tersendiri.

 Belek2 gambar, terjumpa gambar kami pegi berjalan-jalan a.k.a honeymoon ke Genting Highland. Honeymoon ke genting jer, tak pergi jauh pun. Lagipun ST x pernah sampai ke genting lagi (huhuhu ...orang lain dah naik jemu pegi, sian aku nie). Makanyer bila MLB tanya nak ke mana untuk honeymoon, ST minta MLB bawak ke Genting Highland jer. Mesti pelik dan jelik kan dengan permintaan ST. Sebenarnyer 3 bulan sebelum kami berkahwin, MLB dah bawa ST ke Beijing, China dan 2 minggu lepas kahwin, MLB ada tugas di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan - mestilah bawa ST sekali pergi dan terus masuk ke Thailand! Alhamdulillah ... rezeki melimpah-ruah semenjak merancang untuk mendirikan masjid sehinggalah terbinanya masjid.

Seronoknyer bile dapat pegi ke genting. ST memang suker tempat2 yang sejuk. Masa ke Beijing pun kami pegi waktu musim sejuk iaitu seminggu selepas tahun baru cina. Banyak permainan yang St teruja nak main, tapi terbantut sebabnyer rase serik dengan pening & gayat lepas naik Flying Coaster. MLB plak memang x berapa minat dengan outdoor game. MLB suker indoor game tp ST suker outdoor game. Peningkan nak layan setiap kehendak masing2. ST suker cuaca kat genting yang lembap dan berkabus. Tak de panas2 macam kat bawah nie! In Shaa Allah, lau ade rezeki mahu jer beli rumah kat kawasan sejuk macam kat Goh Tong atau Cameron Highland. Suker cuaca yang sejuk dan lembap nie. 

Pukul 10 pagi baru sampai kat kaunter. Kami pegi hari Isnin, orang Malaysia x ramai tapi
Pak & Mak Arab ramai sungguh. Tetiba rase mcam kat Abu Dhabi plak.
Masa kami mula2 naik nie sampan kayuh nie, cuaca ok. Tetiba datang kabus tebal, wahhhh...
terasa sgt best coz sejuk & nyaman jer. Tapi awas boleh eksiden coz jarak penglihatan amat dekat! 
Amik gambar buat kenang-kenangan. ST seronok sebab
 dapat pegi genting dengan suami tercinta. Alhamdulillah.
Sweet Moment for us!
Seronok jalan2 kat sana. 
Alhamdulillah sampai juga ST ke sana. Ada rezeki datang lagi. Nanti ST kongsikan pengalaman ST & MLB merasa musim sejuk kat Beijing yer. Seronok berjalan ke tempat orang nie. Jauh berjalan, luas pemandangan & tingkatkan kesyukuran! Itu semua rezeki dari Allah. 

Rabu, 19 Disember 2012

TumPaNg HuJuNg JarI kaKi

Akhir2 tahun nie mesti semua company sibuk mengira keuntungan tahunan untuk bonus pekerjakan?! Ke x de bonus? Doalah bebanyaknyer, minta ade bonus. Bagi yang dapat bonus tu, minta2lah dapat bonus lebih skit tahun nie! Tapi orang yang bekerja dengan gomen semalam lagi dah dapat durian runtuh! Alhamdulillah suami Sweet Tulip salah seorang dari mereka yang dapat durian runtuh tu! Makanya ST pun dapatlah menumpang hujung jari kaki. Jadilah kan dari x merasa langsung!

MLB ambil ST dari tempat kerja terus tanya nak ape. Cakap jer, semuanyer boleh. ST memang dah tahu MLB dapat durian runtuh semalam. Tapi itukan duit die, die yang bekerja susah-payah mencari rezeki. ST minta dua perkara jer iaitu : 

Tutti Frutti perisa Red Velvet + Chocolate
Pizza Hut

Nak meminta2 nie bukan tabiat ST. Walaupun MLB kata mintalah apa sahaja, ST x mahu. Biarlah MLB urus sendiri keuntungan yang die perolehi. Sebagai isteri, ST hanya menumpang hujung jari kaki. Bila MLB offer, ST hanya terfikirkan nak makan Pizza Hut. Maybe orang akan kata ST poyo, macam x pernah makan Pizza Hut. Pernah makan tapi memandangkan MLB x berape nak gemarkan Pizza, hati ST serba-salah nak minta belikan. Bila peluang macam nie ada, ST amik peluang & MLB plak mencadangkan Tutti Frutti sebagai hidangan tambahan. Huhuhuhu ... Lagilah ST suka. Perisa RV + Choc adalah adalah gabungan kegemaran kami!

Biarpun sikit, ST gembira kerana itu tanda MLB benar2 kotakan janjinya. Hiduplah dengan cara sedarhana dan bersyukur atas apa yang dikurniakan-Nya. Berpijaklah di bumi yang nyata, sedarilah di mana kemampuan diri kita sebenarnya. Biarlah kita pakai baju biasa aje, x selip-lap baju artis, asalkan nak minum & makan x minta orang lain belanjakan. Biarlah kita x terbang berjalan sini sana, asalkan nak suap rezeki ke mulut sendiri tak berkira-kira. Doakan ST dan MLB x luper diri!       

Isnin, 17 Disember 2012

Cik Ieda, Cik Fisha, Cik Hanim & Cik Yan

Alhamdulillah, malam tadi Sweet Tulip dapat bertemu kembali dengan BFF mase belajar di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana. Sebenarnya pertemuan nie dirancang oleh Cik Hanim yang datang dari Johor. Mujurlah My Little Bucuk dapat pulang sebentar dari operasi untuk menunaikan impian ST untuk berjumpa BFF ST. Kami berjumpa di rumah Cik Fisha, kebetulan pula Cik Fisha baru dapat baby yang pertama. Sempat juga kami sambut hari lahir untuk Cik Yan (18.12.2012) dan belated birthday untuk Cik Fisha (08.12.2012)

Dari Kanan Cik Yan, Cik Puan Hanim, Puan Nafishah & Cik Puan Ieda a.k.a Sweet Tulip

Masa kami sampai, baby Iqbal Syafi baru nak terlelap. ST pun sajer kacau2 bagi Si Iqbal nie bangun semula., terus die nangis. Huhuhuhu ... nakalkan ST nie. SI Iqbal nie suker berborak rupernyer. Bile kite bercakap dengan die, Iqbal akan senyum2 dan cuba nak bercakap... hahahaha. Pandai Iqbal!




Harapan ST biarlah ukhwah kami berkekalan selamanya. Tak dinafikan jarak & masa menjadi halangan untuk kami sering berjumpa. Hanya melalui telefon dan facebook kami sering berhubung. Dengan kehadiran Iqbal Syafi, di harapkan akan ada generasi kedua yang akan menyambung terus ukhwah yang telah kami bina. Pertemuan pertama sewaktu menghadiri sesi temuduga di UiTM menjadi titik tolak perkenalan kami sehingga menjadi ukhwah terindah untuk hari ini. Setiap kami pernah melalui suka & duka bersama. Semoga Allah merahmati perhubungan ini dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas kami serta tabahkan kami di atas semua ujian dari-Nya.